Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 1, 2011

Saya rasa nak kurung Mamat ni bawah besen .

Makhluk Tuhan yang paling zalim adalah manusia.
Binatang hanya membunuh bila lapar atau di ancam.
Manusia ni tak kira masa. Sengaja. Hobby.
Tadi saya ke kedai 'SantanSegara'
Tobat saya tak akan ke sana lagi.
10 kali tobat!
Si penjual santan tu sangat zalim pada binatang.
Seekor anak kucing masuk ke kedai dia.
Di ambil nya anak kucing itu dan di letakkan di bawah besen plastik di tepi kedai tu.
Bila saya bertanyakan dia sampai bila kucing tu akan di situ tanpa udara,makanan dan minuman,
dengan senyuman dia cakap..
"Tak per kak, jap lagi bila kena panas besen tu mati lah kucing tu.."
Tak selesa dengan jawapan dia tu, saya suruh saja dia lepaskan anak kucing yg kedengaran menggiau ngiau dari bawah besen.
Selamba jer dia kata yang dia selalu buat macam tu, kadang tu dia selamkan saja kucing yg di letak dlm beg plastik berikat ke dalam besen besisi air.
"Kalau bawah besen tu sehari mati lah, kalau selam kejap jer kak"
Bangganya dia cerita pasal kezaliman dia tu.
Ya Allahhh...Kau lembutkan lah hati lelaki muda ini.
Serapkan lah sedikit kasihan belas kedalam hati dia.
Agaknya dia tak pernah rasa sakit sebab tu lah dia tak pernah letakkan diri dia di tempat anak kucing tu..
Ya Allah, kasi dia sakit sikit boleh tak?

12 comments:

Mie said...

Salam Jumaat kak.. Kalau dirakam dgn hp boleh jadikan bukti utk buat laporan ni.. Lain kali kita pakat2 kurung dia pulak bawah besen tu, amacam? hehe

Granny Hani said...

Salam buat Mie jugak,
yer lah Mie, akak tak terpikir nak rakam tadi..

Anonymous said...

tak pernah jumpa org kejam macamni dengan binatang
sadisnya..tsk!

salam kenal dari MDT :)

Anonymous said...

Salam cikgu, memang manusia ni zalim. Semasa di perantauan, saya juga pernah mengalami situasi ni. Tapi tikus. Bila tikus tu ditangkap hidup hidup, dihentam kepalanya sampai mati. Menangis saya masa tu walaupn ia seekor tikus.

Makcu B said...

Kalau makcu lah, makcu mintak aje anak kucing tu, cakap nak pelihara. Hodoh ke, comel ke anak kucing tu.... bukan alkisah. Yang penting ia terlepas dari mamat tuh.

Granny Hani said...

salam MTD,
tq kerana sudi singgah.

Granny Hani said...

Anonymous,
Dalam diri haiwan tak ada manusia tapi dalam diri manusia,haiwan bermaharaja lela.

Granny Hani said...

MakCu,
Agaknya kerana terlalu marah dgn mamat tu jadi tak terfikir pula saya begitu, tau nak cepat2 berlalu dari kedai dia tu.

Ann Huda (Ate) said...

Eeii. Takutnya. Tak ada rasa ehsan skit pun dia. Malah bangga pulak bercerita ttg kezaliman yg dilakukan. Mcm org sakit jiwa.

Granny Hani said...

Ann huda,
Tuhan itu adil..tak selamanya dia boleh buat zalim macam tu..

attholib said...

Gilaaa!! Gilaaa! HUH! hmm... hatiku terasa sakit kembali.. :(

Granny Hani said...

wahai Mutalib attholib,
u share my feelings well...cam tu kah akak rasa masa tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...