Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, March 31, 2011

Mummy kalau boleh pilih tarikh, nak tunggu sampai Anis dewasa baru nak mati...

"Anis, kalau lah mummy mati, Anis nak tinggal dengan siapa?" Tiba2 terpacul soalan ni di bibirku. Anis mengambil masa untuk jawap.
"Nak duk dengan CheNa.." Jawap dia perlahan.
"Kenapa pilih CheNa?" Tanya ku lagi.
"Anis boleh jadi babysitter Ilham Dan layan Iman main". Kata Anis.
Budak kecik pun tahu, kalau menumpang tu kena tau balas budi. Bagi Anis in return for the trouble yang CheNa ambik untuk jaga dia nanti akan di balas dengan membantu CheNa babysit anak2 dia.
Lumps in my throat.
Betul, hampir nangis saya.
Macam mana lah nasib anak anak saya nanti jika saya tiba2 dipanggil mengadap Dia?
Pandaikah mereka membawa diri sebagai anak yatim?
Menyusahkan orang kah mereka nanti dengan kerenah mereka?
Saya tau macamman rasa menumpang kasih, maka kalau boleh saya tak mau anak2 merasa begitu.
Anis sedia mengerti yang Papa dia tak sihat.
Hanya saya lah harapan tempat bergantung buat dia.
"Mummy jangan lah mati dulu, jangan mati sampai bila bila lah, boleh tak?"
Saya telan tangisan dulu sebelum bagi jawapan yang tak akan melegakan hati Anis.
"Anis jangan risau, kalau mummy mati pun, ramai yang sayangkan Anis sebab Anis budak yg baik, Anis tak akan terasa pun kehilangan mummy nanti."
Ini janji saya ke?
Boleh ke saya berjanji yang Anis tidak akan merasa kehilangan saya?
Adil kah buat Anis kalau saya berjanji begitu?
Sedangkan saya sendiri pun tak tau macam mana keadaan Anis tanpa saya nanti.
Entahlah,
Entah kenapa saya tiba2 terfikir akan nasib anak2 saya setelah bergelar yatim piatu.
Jap yer Anis, mummy nak check semua pintu dulu, dah berkunci ke belum...
Sepi nya malam ini bila hanya kami berdua saja yg menghuni rumah ini.
Anak2 lain sibuk dengan urusan masing2, kehidupan masing masing.
Papa.........Cepatlah balikkkkk.....!!!!

20 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Ala..sedihkan kak, kalau 'cakap2' mcm tu ngan anak2. Terbukun tekak, sesak dada. Serahlah pada Allah. Siapakah lagi yang terbaik dalam menjaga dan melindungi jika bukan Allah Al Hafiz.

Anonymous said...

Sedihnya entri ni..terkedu saya membacanya. Teringat pulak nasib anak saya. Manalah sama menumpang kasih pada org lain.

definitely.me said...

terfikir sejenak bila baca entry ni.
rindu makk kt rumah..
nak balik.. ='(

Granny Hani said...

Ann huda,
Segalanya di dunia ini hanya sementara.Allah sajalah yg memelihara anak2 kita, memastikan semuanya baik baik belaka.

Granny Hani said...

Anonymous,
Di hati ibu ni hanya Tuhan yang tahu...

Granny Hani said...

FzaIbrahim,
mak mana tak sayang anak..tak kira anak besar ke anak kecik ke, sama saja rindu dan sayang itu.weekend ni balik la skejap tgok mak.

mykhalis said...

semoga Allah memberi RahmatNya dan diberi kesihatan yang baik buat akak..

hottest entry di blog khalis :
18sx pakaian zaman dulu dulu

Makna disebalik kata-kata seorang perempuan

nidus2 said...

Pak Nidus pun terasa sepi bila Makcu tiada di sisi...Boss cepatlah balikkk.

Makcu B said...

Masa anak pertama dan yang kedua masih kecil, adalah juga ambo mintak mati... dek tekanan perasaan. Tetapi setelah mereka membesar di mata kita dan seringkali rebah, ambo mintak Tuhan stop dulu permintaan pertama. Mula memohon untuk Tuhan teruskan memberi nyawa bahkan mintak subsidi lagi demi anak-anak.

Granny Hani said...

mykhalis.
tq..InsyaAllah.

Granny Hani said...

ak nidus,
hahahahaaaa...sapo boss nih? pak nidus ko makcu?

Granny Hani said...

MakCu,
Sebab tu lah Tuhan siruh kita jaga perasaan anak yatim, mereka ni bila bergelar yatim, cepat terasa.
Ambo anak yatim jugakkk...Uwaaaa.....!!!!

nidus2 said...

Pak Nidus panggil boss SIC, sian pulak....Anis rindu atau mummy yang rindu.

Granny Hani said...

Pak Nidus,
bibik balik indon, duk berdua rasa takut jugak, kalu ada boss boleh wak jadi jaga sbb dia tidor lewat...bab rindu tu lok ko pakCu jah la...heheeheh

Ibu n Abah said...

cikgu hani...
walau saya pernah merasai 'hujung nafas'waktu sesak nafas 2 tahun dulu... tp untuk bertanya dan memikirkan apa lah yg akan jd pd anak2 yg masih kecil - Aisya 6 tahun - jika sekiranya saya pergi.. belum sanggup rasanya... tp jika benar2 berlaku.. saya berserah saja pada ALLAH swt semuga anak2 diberikan yang terbaik...

Granny Hani said...

Ibu dan Abah,
Hanya pada Dia lah kita berserah segalanya.

Anonymous said...

Anis,woohhooo bangga ah jadi pilihan & u're most welcome to stay with us. Insyaallah ada hayat kito, kita jaga anak2 sedaro.. Iman & Ilham surely happy lah dpt kakak.. Iman sokmo mintak sorang big sister! : )

Che Na!

Granny Hani said...

Anonymous/CheNa,
I know you will. tq.

VimmiYasmin said...

salam cikgu

ini ke ANIS?
wahhhhh sama besar ngag wardina
bolehlah satu hari kita jumpa2

Granny Hani said...

yer vimmi, tapi cuba tgok foto terkini, seiras.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...