Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 4, 2013

Dua Beradik

Imaad kalau dah main game kat hset Daddy, tak pandang keliling dah.
Cian Iyaad, boring tahap gaban dah tu.
Tak per, nanti Iyaad besar sikit, Iyaad pun nak main game jugak
Sementara tu garu telinga dulu lah.
Iyaad, iyaad tahu tak,
if worst comes to worst,
both of you have each other.
Always be there for each other.
Support each other.
Berdua kamu akan lebih gagah.
Mujurlah Imaad kamu ada adik,
mujur lah Iyaad kamu ada abang.
Kamu tidak akan keseorangan insyaAllah.
Iyaaddddd...tengok sini, smile......!
Iyaad tak nak smile walau pun dia murah senyum biasa nya.
Anis tangkap gambar mereka ni sewaktu mereka duk baring2 di katil sebelah mummy dia orang.
Iyaad hari2 baring dekat dgn mummy.
Mujurlah grandma rajin bawak Iyaad dtg jenguk mummy dia.
Hari2 grandma datang, cuba untuk bagi ransangan di minda mummy.
letak Iyaad dekat2 biar mummy dapat bau,rasa dan dengar.
Grandma selamba saja, dia lebih kuat dari saya.
Saya pulak tak leh tgok budak2 tu lama2 kat tepi mummy mereka,
mulalah rasa nak tembus kerongkong di asak sedu yg terpendam.
Aduhh...Grandmummy dah mula lah ni..Huhuhuhhhuuu....!
Ja, anak ja dah pandai ketawa dan tembam sungguh.
Semakin mirip Ja.
Cepatlah sembuh anak, bangun lah tengok kedua anak lelaki Ja ni.
Mereka rindukan sentuhan ibu, belaian ibu dan kasih sayang ibu.
Bangun lah anak, biarpun semua orang kata dah mustahil untuk Ja sembuh,
saya masih berharap pada kasihan belas dari Tuhan.
Demi Imaad,
Demi Iyaad..
Tuhan sentiasa mendengar.

9 comments:

Unknown said...

Mereka berdua bertuah, punya granny sekuat kak hani.

Azian Elias said...

sayu je. tapi apa yang ditulisnya nanti depa boleh baca.. kenanagan.. keep on writing.

Anonymous said...

Comelnye..ada mirip mummy dia. Insyaallah auntie, kita sama2 doakan yang terbaik. Kisses untuk budak comel 2 org tu. They have been very strong. So have you auntie. I pray for the best for all of you. Lots of loves and doas.

makcu B said...

Iyaad dah semakin comel, semakin cerah. Tergugat Imaad nanti.... apa2 pun mereka berdua amat bertuah berpayung di bawah rimbunan dedaun walaupun bulan masih di balik awan. Kupohon padaMu Ya Allah, Engkau berikanlah mereka "bulan" yang satu itu.

Anonymous said...

Amin,amin,ya rabbal alamin.insya Allah mommynye akan bangun.insya Allah the day will come.yg kenal,yg tak kenal,yg kenal gitu2 je have been praying for her.we hope the best for all of u.

Anonymous said...

Runtun jiwa mbaca nukilan ini dan melihat pandangan suci si anak :'( sy mohon share post ni ye

Anonymous said...

Rindu pja sgt sgt

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Sejahtera Hani,

Sayu akak nengok cucu2 tu..

Akak masih berdoa untuk Ja.
Moga Allah permudahkan segala urusan Hani.
Tabahkan semangat Hani yea.
Allah sentiasa melihat dan mendengar. Hanya perlu tunggu bila Allah akan berkata2 akan penyudah kesenggaraan ni. Yakinlah.
Akak telah melaluinya...

the life of cikgu sue said...

Tahniah kak Hani kerana masih lagi mempunyai kekuatan dalaman.Jangan biarkan kekuatan itu bersisa demi Ja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...