Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, September 20, 2013

Bila 'jiwa kacau' bersuara.

Bertimbun ubat dan supliment yg biasa saya makan, terbiar dalam kabinet.
Lotion, mosturiser dan cream what not, kering dan habis tempuh tanpa perlu di ganti.
Tak hingin saya teruskan walau semua tu dah sepanjang hayat saya duk telan.
Apa yg saya gemari tidak lagi menyenangkan hati saya..
Semua perkara menyesakkan hati.
Malas.
Biaq pi!
Tak perlu dah jaga diri semacam itu.
Tak kisah lah kalau penampilan saya dah jadi macam hantu.
Tak apa lah kalau rutin lama tak di teruskan,
hidup sekadar kerana masih bernafas.
Yer, saya dah terlalu putus asa bila memikirkan masa depan saya.
Saya dah hilang segala sebab untuk think positif.
Asyik duk think positif saja, keadaan negetif cam tu jugak.
Tak perlu.
Bosan dah berharap.
Punah segala reason to live.
Get lost segala mimpi..Nyah dari tidor ku!
Dalam usia sebegini,
Apa yg bakal mengubat hati?
Nothing!
Too late.
Kematian sudah menghampiri,
Tunggu saat mati saja,
Hidup sudah sia sia..
Makin hari makin pahit realiti kehidupan yg terpaksa di telan.
Makin tajam mencucuk kerongkong udara yg di hela
Kata lah awak nak kata apa pun..
Jatuhkan lah hukuman keatas saya.
Label lah dgn label jenama macam mana pun saya tak kisah dah.
Saya terima.
Letih dah saya cuba untuk tunjuk yg saya tak apa apa.
Saya apa apa sebenarnya.
Salah ke kalau saya jadi macam ni?
Perlu stay kuat,strong, tabah, redha ke?
For what?
May I ask you for what?
Penat sangat2 dah...
Please la,
Bagi saya ruang untuk saya lurut segala stress dari diri ini.
Bagi saya peluang untuk lontarkan negatif feelings ke laut...
Just let me be free to cry my heart out.
God, being alone and no one to talk to is not easy..
Kenapalah saya rasa macam ni lately.
Dah sewel agaknya saya ni.


6 comments:

Anonymous said...

Faham. Bukan sekadar faham hanya membaca tp apa yg dialami sprti puan. Diri ini juga ditimpa ujian besar.sekelip mata.tanpa dsangka.tanpa diduga. Senyuman yg ikhlas terus diragut sampai ke hari ini. Mengapa sy kata faham sbb kita hanya manusia biasa bukan maksum.org yg tidak faham jika tidak berada di tempat kita akn berasa pelik. Mengapa nukilan kelmarin nmpak kuat..tp hari ini lemah sedih kembali..esok kuat balik lemah balik bersilih ganti. Mengapa.. sbbnya kita hanyalah insan biasa.hanya insan2 yg ditimpa ujian2 sebegini akn faham maksud ini. Sekadar berkongsi..pakar motivasi penah kata kita kena bg semangat dkt pelajar bermasalah utk rajin belajar selama 7hari paling lewat.pastu kita kena ingatkan balik.jika tak mereka kembali malas nak belajar.sampailah ia menjadi satu habit pd pelajar terbabit mengingatkn dirinya sndiri.puan seorng guru pasti memahami maksud sy. Samalah sperti kita.kita bukan robot. Boleh switch off on memory. Jika kita boleh right click n delete mcm dlm komputer tu pasti da lama kita buat.otak kita penuh dgn kenangan berperang dgn keadaan yg kita lihat d depan mata sekarang. Susah ya Allah susah. Benarlah sabar itu separuh dr iman. Bukan senang kita mahu mengapai kesabaran yg jitu.bukan senang! Rahsia Allah yg tersimpan kemas 'keming' tanpa kita sedikit pn tahu walau sebesar zarah. Jawapan bocor yg diberitahu dlm alquran hanya satu iaitu hikmah yg bakal mendatang bg mereka yg mengenggam kepal kemah2 sebuah kesabaran. Baca kisah puan smasa kecik dl sgt indah.nmpak puan seorng pejuang dek dr mengalah dgn usikan2 nakal rakan2. Jadi mari kita LAWAN dg perasaan serabut, takut, sedih,rindu, sakit. Ingat akn jawapan bocor yg diberitahu dlm alquran disaat2 perasaan berkecamuk dtg. Bayangkan syaitan2 ada dikiri kanan kita sedang berpesta bertepuk tangan bersorak di saat kita meratapi nasib kita.kita LAWAN. AKU KUAT AKU KUAT AKU KUAT. Sy hanya insan hina berkongsi cara sy lawan perasaan ketika sy ditimpa ujian berat sperti puan.bukan nak mendabik dada demi Allah..hampir 2tahun perasaaan sy masih sperti puan tp makin lama tidak terlalu ketara..kita sama2 kuat ye puan..

Marina Monroe @Nanie said...

AsSalam Hani,

Astagfal banyak2, memang pernah akak rasa gitu kerana bertahun2 akak hadapi sakit ini, keluarga fikir akak dapat mengatasinya, kerja2 rumah mesti diurus setiap hari..

Pernah terfikir nak luah dengan doktor pakar sakit jiwa, tapi permintaan ditentang oleh suami, katanya "you ada Allah utk mengadu, why doktor sakit jiwa?"

Kadangkala, emosi mcm yoyo, kejap okay kejap down..
Ishhh..bilalah boleh berakhir episod sedih dalam hidup.

Anonymous said...

Dear..bkpo pulop bca entri pgi ni lain mce benar byi nyo..tpi sbagai manusia..meme kito xleh lari dr to hv mix feelings..meme gitu lah kito..metar sero ok..sero hepi..metar sero sedih...sero kecewa yg mbungkam dada..meme perasaan gitu silih bganti slagi kito msh idup..slagi kito x bgelar muloh.

che mid said...

Kalau rasa nak cakap, cakaplah apa apa pun.. kalau rasa nak marah, marahlah.. kalau rasa nak jerit, jeritlah... aku kat sini temankan.. aku kat sini, tak ke mana-mana pun.. aku tunggu kau tenang.. kan kita kawan..

Anonymous said...

Dear auntie, first time sy bg comment kat sini. i'm one of the silent readers yg slalu ikuti perkembangan auntie n pija. terlalu berat ujian yg menimpa pija n auntie sekeluarga. kdg2 tak tertanggung oleh diri sendiri. as a docto,sy rase ade baiknya auntie jumpa doktor just for medical check up. luahkan mslh auntie, stress yg auntie alami. setiap penyakit physically or spiritually insya Allah ade ubatnya.

Anonymous said...

firstly, we must acknowledge that we are humans hence we are weak. On top on that we have strong forces around us, our enemies who will never give up, not even for a second, to see us fail and give up. that's why we go thru such emotional breakdowns.
you asked for what. may i try to offer the answer. however, I believe u know the answer. even then we do need reinforcements to strengthen the defense system. do reach out and accept reinforcements. this is the time when we cannot keep to ourselves. i believe many around u are more than willing to be the support system. it is normal to be very exhausted, hence the need to be recharged

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...