Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, September 13, 2013

MIL

Ibu mertua saya bukan stail ibu mertua Kassim Selamat.
My MIL is the best.

Hari ni Ma datang dari kampung naik teksi.
Susah payah Ma bawak nasi kerabu.
(selain nasi kerabu ma tak lupa bawa tajuk2 tazkirah yg biasa dia bawak, ulang siaran gitu)
Dia tau saya sibuk dan dia tau saya suka nasi kerabu yg dia masak.
Thank you Ma, Ma lah MIL yg faham jiwa menantu.
Jiwa Pemalas menantu.
Tapi tak best nya Ma ni kalau datang rumah saya,
mula lah nangis bila tengok Ja.
Dia cium cium pipi Ja sambil panggil Ja
"Ja, tengok Ma ni... jawap Ma panggil ni...."
Ja cucu perempuan sulung dia.
Ma sgt sayangkan cucu2 dia.
Tu pasal lah air mata Ma luruh setiap kali usap kepala Ja.
"Bak po laa cucu Ma jadi macam ni..., Oyak ko Ma Ja sakit di mana.."
Mula lah Ma  layan perasaan dia, hati dia, seorang nenek yg merindui cucu nya..
"Ma ni dah tua Ja, sempat ke Ma dengar suara Ja sekali lagi sebelum Ma mati?"
Ma jangan lah cakap macam tu.
Empangan air mata saya tak pasal2 Ma kasi pecah.
Tu lah Ma, lain kali cuba cakap macam ni..
"Ja, bangun makan Nasi Kerabu, kalau Ja tak bangun, mummy Ja makan tak berbaki nanti....."
Ma, jangan menangis lagi, dah laa...
Kita cuba, boleh tu..
Saya pun jarang dah menangis sekarang, dah boleh menerima hakikat.
Kecuali bila Ma datang bawak nasi Kerabu dan lecture pasal over weight.
Bab ni memang buat saya menangis.
Uwaaaaaa.....Nak tambah nasi pun terbantut!
Apa lah Ma nih.

6 comments:

D Yatie said...

Allah kak...
Semoga akak sekeluarga terus kuat ye..
Pasti ramai yang mendoakan akak..

ma yusoff said...

berguguran si air mata...

Anonymous said...

Ya Allah sedihnya..
Mohon ditunaikan doa Granny Ticer dan familynya.
~Rie, JB~

diana said...

sedihnya baca..sayang nya pada cucu dia tu nampak tak berbelah bahagi kan..harap tabah ye..

Kak Rose said...

Ya Allah, dengarlah rayuan nenek Ja dan orang2 yang sayang padanya...sedih sangat2.

Anonymous said...

Ja.....bangunlah Ja.....tgk mummy awk ni...tgk anak2 awk ni.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...