Saya Failed!
Hidup saya memang failed.
Sepanjang hidup saya, saya banyak kali gagal.
Macam macam jenis kegagalan dah saya rasa.
Dari bayi sampai lah sekarang, hanya kegagalan yg terhidang buat saya.
Bukan tidak bersyukur, saya tak nafikan nikmat Tuhan buat saya.
(itu pasal lah saya cakap banyak kali failed, bukan sentiasa failed.).
Tapi hari ni saya nak focus pasal perasaan saya yg terkini.
Hari ni saya rasa kecewa dengan hidup saya.
Rasa down.
Rasa tertekan.
Rasa stressful
Rasa nak mati..Betul, macam tu lah yg saya rasa.
(tau lah mati itu tidak menyelesaikan masaalah tapi macam tu lah yg saya rasa sekarang)
Cukup lah segala luka yg dah sedia ada,
Kalau segala payah ini ibarat air , saya dah lemas tenggelam.
Kalau derita ini ibarat api, saya dah hangus terbakar dah.
Rasa seperti nak jerit kuat kuat..
"Cukup cukup lah segala derita ini!'
Tapi siapa lah saya untuk menolak takdir saya,
siapa lah saya?
Siapa lah saya?
Siapa lah saya?
Siapa lah saya?
Hanya lah makhluk Tuhan yg kerdil, yg sudah kering air matanya, yang sudah lelah berharap dan yang masih bersujud kepada Nya dan memohon simpati Dia.
3 comments:
Kita hanya makhlukNya...
Please....don"t hate your self. Kekecewaan yang diluahkan di dada maya ini sebenarnya menjadi penyuntik semangat kepada manusia di luar sana yang juga sedang lelah menghadapi 1001 musibah...panasaran dengan dugaan yang tak berkesudahan. Dan suara hatimu yang sungguh polos diamuk kecewa itu juga sebenarnya menjadi penawar untuk manusia yang selama ini tidak tahu bersyukur dengan segala kelebihan dan kemurahan rezeki yang mereka sedang nikmati. Membaca coretan mu akan menjentik semangat baru untuk mereka berundur setapak ke belakang, mencari sisa harapan yang tertinggal, dan maju ke depan dengan 1001 kekuatan.
Pandang Ja....dia amat memerlukan ibunya yang kuat semangat itu sebab kini Ja hanya boleh mendengar saja tapi tak mampu melakukan apa2, untuk meneruskan kelangsungan hidupnya . Ja tahu ibunya wanita kuat. Ibunya sangat tabah. Dan ibunya sentiasa berpegang pada tali Allah swt - yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Ja itu sebenarnya dihadirkan dalam keadaan begitu untuk memberi peluang kepada semua insan di sekelilingnya untuk berebut-rebut berbuat pahala. Mendoakan Ja, dapat pahala. Mengubatkan Ja, dapat pahala. Melawat Ja, pun dapat pahala. Apatah lagi menguruskan Ja, memanjakan Ja dan memberikan sepenuh harapan kepada Ja untuk terus bertahan menanggung ujian.....semua itu pahala pahala dan pahala untuk kita semua - yang ditakdirkan masih kuat dan ada kudrat.
Allah boleh saja mengambil Ja tapi tak dapatlah ibu, adik, orang tersayang dan handai taulan peluang untuk menambah amal jariah dan menyemai pahala untuk dituai di alam sana. Ibu berkorban untuk Ja dan sebenarnya Ja juga sedang berkorban menanggung segala ujian kerana kita hanya hamba-Nya. Kalau Allah kata hidup, maka kita akan hidup. Inilah yang berlaku kepada beberapa pemuda beriman yang sudah tertidur beratus-ratus tahun, tapi Allah boleh hidupkan semula demi menunjukkan kekuasaan-Nya yang boleh kita singkap dalam Surah al-Kahfi.
Hasbunaullah wa nikmal wakeel. Jaga diri. Doa ku untukmu ibu, Ticer Hani yang tabah...
Jarang saya tinggalkan komen, tetapi tiap masa saya ikut perkembangan blog ni..perkembangan Ja.
Dont let Ja down..U have to be super strong in and out!! Allah beri kita kerja (Ujian), make sure kita lulus ujianNYA itu dengan jaya. Ini la kerja kita, tugas kita, nanti ALLAH sendiri akan bayar Gaji kemudian..Sabar lagi, Tabah lagi dan Kuatkan hati tu lagi dan lagi..
I have been there, trus me..
Post a Comment