Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, September 14, 2013

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
esuk jangan layu layuan
Intai mummy antara nampak
esuk2 mummy gi ngajar, Ja duk sorang.
Huhuhuhuhhuuuuu.......!

Saya harus kuat.
Harus cuba fikir jalan terbaik.
Tak perlu lah saya keluh kesah, tak membantu pun.
lagi baik saya terima payah itu dan cuba buat ia lebih mudah.
Takper, tarik nafas, think positive..
kalau GB kata kena ngajar semula, ngajar semula lah saya.
Dah perancangan kita tidak di restui Tuhan,
kita redha dgn perancangan Tuhan.
Saya yakin Tuhan dah ada plan yg terbaik buat saya.
May be,
By going to school again,
tekanan perasaan saya akan berkurangan.
May be that familiar surroundings boleh mengubati sedikit duka.
Apart from that, I will get to spend some time with my friends,
gather strength from them, 
Yes, busy tu memang lah akan bertambah buzy,
responsibilities pun berganda,
but that does not matter, Insyaallah.I will survive.
Ja kat rumah akan saya cari kan Nurse.
A good and certified nurse.
Kena pejam mata lah bab bayaran tuh.
( Bibik + 2 org nurse)
Saya sanggup berhabis asal dia dapat penjagaan rapi.
As long as she is in save hands.
Masa feeding dan medication Ja akan saya adjust semula
Saya akan make sure Ja tak apa apa.
Tuhan ada, serahkan pada Tuhan.
Ikutkan nak buat alasan,
byk alasan boleh saya cipta untuk tidak kembali ke sekolah.
Hati memang berat untuk tinggal Ja tapi
saya cuba untuk tidak fikir yg bukan bukan.
Tuhan ada, Tuhan ada..
Saya pesan pada hati supaya find ways and means to makes things easier.
not to find excuses and reasons to make things worst.
Ja, sebulan lagi mummy kena tinggalkan Ja kat rumah.
Please behave yourself and be a good girl.
You need some space too, dah berbulan duk dgr mummy membebel every second,
now you can have some peace of mind..
( mayb Ja lagi suka mummy gi skolah, kurang sikit sound pollution)
Please God, take good care of her
Tuhan, tolong lah mudahkan urusan saya.
Berikan saya kekuatan untuk terus memikul tanggung jawap yg di amanahkan.

Agak2 la, kalau awak di tempat saya, apa yg akan awak lakukan?



11 comments:

makcu B said...

Makcu gembira dengan keputusan K. Nie untuk kembali ke sekolah. Mengisi satu perdua minda dengan cerita lawak kekawan di sekolah manakala ruang yang masih luas itu isilah untuk Ja, waima hati sekali pun, berilah untuknya. Tapi diri sendiri perlu juga diwarnai.... biarpun ada warna-warna yang kak Nie tak suka di sekolah nanti. Tak kisahlah... sbb sekarang rambutpun sudah tak sama hitam. Berhabis duit bagi makcu tidak seseksa mengirai cerita duka terutama bila kesepian menjengah. Jom lah kak Nie...

Anonymous said...

Fikir positif.. gi kerja dapat gaji..bole bayar pengasuh ja..boleh bersosial cara sihat.
Moga pilihan terbaik memberi kesan baik kepada ja juga. Hanya jauhari yang mengenal manikam. Saya ni cuma bersuara guna jari je...
Ya Allah, kau rahmatilah keluarga ini, berikan kegembiraan dan kebahagiaan sebagaimana doa keluarga ini. Ameen.

Anonymous said...

Salam kak..

Banyakkan berdoa dan tawakkal kpd Allah. Kalo perlu dan ada kebimbangan di hati cuba pasang cctv hala ke Ja tanpa diketahui caretakers nya.

Sesungguhnya Ja insan bertuah punya ibu setabah kakak.

ma yusoff said...

Ya Allah ...Permudahkanlah...

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum kak Hanie
insyallah ada hikmah setiap yg berlaku..Allah tak akan menguji hambaNYA andai dia tidak mampu..selama ini kak hanie sgt kuat dan tabah..terukan ketabahan itu..
sy hanya mampu berkata sebab tak duduk di temapt kak hanie tapi kita sama2 diuji dgn cara yg berlainan...doa buat akak dan Ja..mudah2an Allah sentiasa lindungi dia walaupun jauh dari ibunya..

insan marhaen said...

Selamat mengajar...

IM pun dok lai li lai li tampelom samada nak terus ke 60 atau stop takat 55...

Luxee said...

In shaa allah semuanya selamat teacher!
Buatlah apa yg teacher mampu buat,
Semoga Allah s.w.t rahmati ja..

Anonymous said...

aunty, setuju cadangan psg cctv. bkn x percaya kpd caretakers Ja, cuma utk rujukan aunty saja especially dimasa2 aunty rindu kan Ja. leh tgk realtime :)

Anonymous said...

Salam aunty.. xsilap saya dekat pasir tumbuh ada buat company yang boleh provide nurse terlatih..mcm2 pakej ada, by hours by days 24hrs pun ada..

Anonymous said...

kalau saya di tempat awak, saya akan ikut gerakan hati saya pilih mana yang kuat sesudah beeristikharah dan kemudian bertawakkal yang itu lah pilihan yang terbaik. Trust HIM.
apa yang awak pesan pada hati, sama seperti yang saya ingatkan diri saya juga. I'm going through tough decision making too and like you, i want to focus on finding ways to make things easier and not be distracted by excuses.
we'll find peace inshaaAllah when we put our TRUST in HIM.

Anonymous said...

kita merancang
Alah jua merancang
Perancangan Allah itu yg terbaik...
inshaAllah...
Allah tahu yg terbaik...
Allah uji sbb nk tgk pergantungan kita pd Dia...
sejauh mana kita yakin dgn Dia..
inshaAllah...
semuanya akan jd yg terbaik...
hikmah yg manis akan nampak bila kita yakin dan sabar..
Allah xtgk berjaya atau tidak kita..
tapi Allah nilai usaha..
semoga kaknie sekeluarga dalam redha Allah

p/s : peringatan utk diri sndiri jua ni... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...