Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, September 1, 2013

Tarian Yang ku persembahkan.

Telah ku kumpul segala duka yang berselerak.
Kelmarin yg luka bersama mu anak, aku ketepikan,
Aku tidak akan biarkan sakit itu memayahkan.
Resah pilu hati seorang ibu, ku usung ke belakang tabir,
rehatlah kau di situ sementara aku terus menari.
Di pentas ini langkah masih belum tamat,
Gendang selampit kehidupan masih kedengaran
Lihatlah liuk lentuk alunan hati yg menghiasi jari
Hayatilah masa kini Sang Ratu
Seorang penari seperti aku
harus terus menari walau lantai berduri
terus lakonkan watak serikandi.
Berlindung duka di sebalik rentak
bergermelapan selendang payah di bahu
dan di bibir warna pura pura merah menyala.
Di sanggol tersimpan duka semalam
bermahkotakan gemerlap bahagia yg palsu
Di mata celak menyembunyikan tangisan.
Tirai baldu sudah di buka,
ayuh lah, bertepuk tangan lah, dan lihat lah aku menari.
kerana persembahan Sang Ratu telah bermula.
Di tabir belakang duka mengintai gintai..
Sekali sekala biarkan jelingan ku menghala ke situ
Aku lah Sang Ratu yang memulakan persembahan baru
sedangkan pementasan semalam belum lagi khatam.

(Terima kasih kepada semua yang masih menerima saya sebagai kawan di account facebook yg baharu. Kita biarkan yang lama berkubur bersama luka kerana saya perlu melangkah ke depan dan biarkan duka semalam menjadi bayang..Cukuplah duka itu mengekori saya dari belakang... Saya sedang mencuba untuk bangun semula, terima kasih atas bantuan semua)

4 comments:

D Yatie said...

Sy doakan semua yg tbaik utk akak.

makcu B said...

Payah tetap payah, susah amat susah bila ia melibatkan soal hati. Namun... gagahilah demi sebuah kehidupan yang di hadapan sebelum semuanya terhenti.

kaknor tmj kl said...

as salam,
saya sering mengikuti blog puan (SEJAK SEBULAN LALU), simpati dgn nasib yg dialami oleh Ja, saya turut berdoa agar Ja sedar dr komanya. Utk puan sy doakan sentiasa tabah dan sihat mhadapi ujian Allah ini.Saya juga meminati gaya penulisan puan yg kadangkala penuh puitis dan simbolik

Azian Elias said...

saya dua'a kan yang terbaik buat semua.. INSYALLAH will be ok soon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...