Masih tak sedap badan.
Sebenarnya otak yg tak berapa betul channel
maka badan turut tempias siaran tergendala itu..
Berat benar belakang tengkuk, rasa macam ada batu bergantungan di situ.
Bukan batu tapi beban masaalah yg di tanggung dah menjadi kaku.menjerut leher.
Nak makan panadol lagi ke tak ni?
kalau telan sebijik dua, mata mula lah nak pejam manjang.
Bila di paksa celik mula lah tambah kuat denyut di kepala.
Mana boleh tak paksa celik,
bukan boleh rebahkan badan lama lama pun,
banyak yg perlu di buat.
Saya rasa saya akan lebih sihat jika,
saya dapat kongsi ribut taufan dalam hati ni.
Tidak apa lah kalau tidak boleh kongsi kerja dan urusan,
cukuplah jika saya tidak merasakan saya bersaorangan.
Sungguh, amat letih bila bersendiri melayan hati..
Mujur ada blog ni, dapatlah saya meluahkan rasa.
Tapi luah kat sini pun satu hal jugak,
ramai yg hebat2 kat sini, yg tebal iman dan tak jahil mcm saya..
Bukan nya buat hati lebih tenang tapi kadang2 tu buat hati lagi rasa tertekan,
Apa tidak nya...
Diulasnya pasal dosa pahala sampaikan saya rasa saya ni seolah seorang pendosa
yg memang patut di uji sebegini rupa.
Ya lah, betul lah, memang begitu lah resam dunia,
Mudah nampak kesilapan orang lain,
diri sendiri saja lah yang betul sentiasa.
Tapi saya kagum dgn kawan2 yg tak saya kenali tapi amat mengerti.
Hati terubat dgn kata perangsang dan nasihat ikhlas dari mereka.
Sentiasa doakan kesejahteraan saya dan bantu saya bangun dari rebah.
Mereka seakan bidadari dari syurga yg mengingatkan saya bahawa..
Tuhan ada.
Tuhan tidak pernah lupakan saya.
Dia mendengar sentiasa
Dia tidak akan membiarkan saya begini selama lama nya..
InsyaAllah.
3 comments:
Ticer hani, jaga diri bagi sihat supaya nanti dapat jaga Ja yang sakit.....muga Allah sentiasa mendengar
Sakit itu tanda Tuhan masih sayang pada kita. Kalau kita sentiasa sihat, mungkin kita tak ingat dan tak sebut nama dia...
Semua manusia pasti diuji..hya bentuk ujian sj yg berbeza antara satu sama lain..kita xdpt lari dr rsa sedih..kecewa..pilu..gembira...putus harap..teruja...smuanya dtg silih bganti..sy sdripn sdg bperang dgn emosi sdri..sdg mgumpul kekuatan utk menerima hakikat yg org yg sy sgt sygi rupanya sudah tggalkn sy krn ppuan lain..tiada kata yg blh mgambarkan segala kesedihan..kepiluan..kekecewaan..kelukaan hati sy ketika ini..ini ke hga yg perlu sy bayar atas sgala cinta n kshsyg sy..madu yg sy bg dibalas dgn jadam...smpai hati dia..smpai ati dia permainkan cinta sy...smpai ati dia tggalkn sy...mmg sy rsa sgt sedih..rsa hilang smangat utk buat apa sj..moga Allah kuatkn hati sy utk bangkit dr kekecewaan ni..
Post a Comment