Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 31, 2008

Because I don't know how to say ' NO '

Assalamualaikum Gb ku yang ku sayangi,
Dari semalam kita nak nangis bila kenangkan jadual waktu yang Gb bagi semalam tu..GB, kenapalah GB buat macam tu..Saya ni kan anak yatim,cian saya la..GB pun tahu kan saya ni dah berpuluh tahun ngajar BI dan merupakan guru BI Opsyen dan terlatih gitu...Subject sampingan pulak arts or music..Happy kalau boleh stay that way la sir..
Apasal tiba2 saya di masukkan ke Panatia KT jugak ni..? Tambah satu lagi panatia? BI dan KT? Music and Arts? Saya ni kan 'Zero' bab sukatan matapelajaran tu..kesian saya, kena lah start frm the bottom pulak..Bukak buku dan study balik. Bukan senang nak belajar sejarah dan geog ni kalau dah berpuluh tahun tak ambil pusing..
Bab ngajar tu satu hal, nampaknya tambah tinggi lah 'Bukit buku tulis' untuk di semak bila ditambah dgn buku2 KT pulak..Runtuh meja saya nanti..Time semak kertas ujian pun mesti tenggelam la saya di timbuni kertas2 ujian...subjektif lak tu..Dah la BI pun ada written sheets, tambah KT lagi..Boleh juling mata saya nanti..Bertambah la power spect saya ni
Anyway GB yang di sayangi, terima kasih lah kerana beri kepercayaan kpd saya untuk memikul tanggung jawap ni..
Saya akan cuba jugak la demi anak2 murid saya.

Terima kasih
atas kepercayaan,
atas dorongan.
Untuk maju ke depan
tidak ada yang mustahil
Segalanya...bisa saja
Walau berat
Walau terpaksa
Demi rebung yang perlu dilentur
aku rela..
Kita sama sama cuba
mengajar dan belajar
Menjadi manusia...

Perasan


Lepas waktu sekolah I singgah kat pasar..”Cikgu, ikan segar2 hari ni, tak nak ke??” Ini mesti parents student I la ni..Beli sikit ambik hati dia…
Pas tu ke kedai runcit..”Kak Hani, karipap segera ni sedap tau.” Iklan percuma ni mungkin dari ex student atau mungkin anak2 jiran yang I tak berapa cam..Tak per lah, sedekahkan senyum saja sebab niat hanya nak beli minyak masak.
Sebelum sampai rumah singgah lagi kat gerai buah..”Pn Hani, nak buah apa hari ni?” Apa ramah benar orang hari ni..? Heran jugak yer. Di mana2 saja ada org yg mengenali diri I ni..Hai, terasa macam artis gitu u..Glamour kut...
Sampai rumah baru tahu kenapa..Opppps, Padan la..! ’Name Tag’ lupa nak tanggalkan sebelum kuar dari pagar sekolah tadi…
Ini publisiti murah nama nya ni...Alahai!

Tuesday, December 30, 2008

6th day


'YES' I am still dieting and thanks for the moral support
and

'NO' these are not my feet Ok....

Sediakan payung sewaktu hujan saja..


Hujan…Kita berpayung dari kereta ke Pasaraya..Nak window shopping dan buang masa lah ni..Menghabiskan sisa2 cuti yang berbaki. Macam biasa laa..try baju,cuba kasut..belek hbag..Tak perlu gesa gesa, pagi lagi..Dah puas hati tawaf dalam mall tu kita pun kuar dan balik rumah..Alamak! Dah tak hujan tu lupa lak nak ambik payung tadi..Tertinggal lagi, bukan sekali, dah acap kali. Setiap kali musim hujan entah beberapa kaki payung yang aku sedekahkan ..Tak per, tahun baru, azam baru, payung pun kena beli baru…

Monday, December 29, 2008

fifth day now

Apa sal duk macam tu jugak, tak kurang satu gram pun nih! Ini yang aku frust ni..Lapar separuh mati dah, badan belum gak susut..
Aku duk depan cermin, pandangan sisi ke, depan ke, belakang ke, masih macam tu gak.Posing la cam na pun, masih macam teddy bear. Kebaya oren ku tu ku cuba sarungkan..Sendat, tak leh pakai lagi ni..tak per, simpan dulu, soon k..
Hari ni aku nak makan apa...Fruits n tea for breakfast, grilled fish for lunch,vege salad with lots of mayonise, ops! no, just chilly sauce..and for early dinner I'll have clear chicken soup or hot n sour beef stew with home made bread...Saper kata dieting is hard..Byk yang boleh dimakan dan menu sihat lagi u...Sesekali dapat makan laksa kelate tu best gak knnn?????

Mau tak geram...


Parking penuh..Dah tiga kali pusing, satu tempat kosong untuk parking pun tak ada. Ada lah mamat ni nak keluar dari parking agaknya .Kita pun tunggu lah kat belakang kereta dia .Sopan santun sungguh,5 minit tu bab cari kunci kereta saja. Masuk nak start enjin pun sopan jugak..Take your time,sir (Agak nya lupa nak start enjin macamana tak.).Pastu jawap panggilan pulak..Hset tu hampir cair kat telinga..Lama sungguh..! Kita kat belakang ni lampu signal dah letih berkedip..Lampu reverse tak jugak nyala2..Apa hal mamat nih?? Tiba tiba dia kuar balik..Hset masih di telinga lagi tu..Kunci balik kereta dan terus berlalu cam tu saja..Hai, apalah salahnya bagi lah tau yg awak tu tak nak kuar lagi, tak la saya ni macam orang bodoh, macam tunggu buah tak gugur…Bukan enjin kereta saja panas ni,.Hati mau nyer tak menggelegak!

Sunday, December 28, 2008

I AM WHAT I AM


Muatan lebih timbangan...

Hari ni kita naik mesin timbang...Bukan JPJ punyalah.! Apa awak ingat I ni Lori container ke??
Mula tu takut gak nak tengok..Dah terpaksa intai dengan hujung mata lah bacaan tu..Berapa? Alamakkkk, tak nak cakap lah, rahsia...!!! Nasib baik tak terbang Alat Penimbang tu ikut tingkap...Nyaris dah..
Wah, berat tul lah I ni..Hehehe, buat2 tak tau pulak.... Tak de, ingat lebih padding tang situ sikit, tang sini sikit saja...rupanya bukan padding lagi lah...kira wrap up dengan lemak dah...Tak pernah2 I seberat ni...Apa kena I ni...Apa pasal boleh naik seheavy ni a?
Bila buat post mortem, hasil nya macam ni..
Gemuk I ni disebabkan oleh.....
1. Makan makanan berlemak
2. Makan tak ikut masa
3. Ini penyebab utama nih...MAKAN BANYAK!!
Ha...Tau pun..Kalau sekadar makan makanan berlemak tu tak jadi masaalah kalau tahu had dia, makan tak ikut masa pun kalau quantiti boleh di kurangkan tak la jadi cam ni..Major cause tak lain tak bukan, overeating n enjoying the food too much.
Dah, tak payah salahkan Yap yang bawa Nasi Belauk, bukan salah Pizza Hut atau McD, Chocolate Ice Cream pun tak berdosa...Nasi Dagang Chek is proven not guilty jugak.
So, Kalau dah diri sendiri yang bersalah menyebabkan 'gemuk' ni..Terima lah balasan nya...Berdiet lah kamu sehingga kamu turun ke berat badan yang tidak membahayakan kesihatan kamu lagi..Thats the verdict.Hu..huuuhuuuu!!!!
( By the way, I snap a photo of my 'big' version..another 3 or 4 months, I'm going to pose for my new version...The thinner version,InsyaAllah...Nak canang satu kampung nnti..Jangan jelessss!!!)

4TH DAY- ????

Their breakfast.......Hmmm, sedap!!
My breakfast....Uwaaaa!!..Sabarrrr...

Saturday, December 27, 2008

Cupcakes for tea anyone?


They are making some muffins today.
Anis choose to make 'Chocolate Muffins' but Iffah insisted in making 'Strawberry n Vanilla' ones.

Half the kitchen is in havoc when two 'Chefs in the making' get busy with their little fingers..At last, these are the hot and mouth watering muffins made by them.

As to make them happy(Although I am in my 3 month diet programme) I take a bite at their Cupcakes/Muffins. Wow! Unbelievably soft n just perfect!

My darlings, one day the two of you will be a good cook..At least for your love ones.Just remember to cook with love and it will be just perfect...

Untuk Adik Ruzainie

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-13.Semoga bahagia ke anak cucu..

Salam dari akak
Ruza apa khabar...
Ada kah senyum itu tanda bahagia?
tanda hati berbunga..
Atau senyum itu sedekah buat ku di pagi sabtu
Masak apa hari ni Dik..?
Menu yang lazat dan berkat
Secawan kasih syahdu
Sebanyak mana pun rindu tetap mewangikan
dan menyelerakan
Sejemput rajuk penambah perisa alam rumahtangga
Nak kemana Ruza nanti..?
Melewati batas2 kenangan bersama dia
atau terus menyusuri hari hari esuk
Semoga sampan penuh berisi sejahtera
Semoga pelayaran menuju puncak bahagia
Ruza adik ku,
Bilanglah rahmat yang berlegar di sekeliling mu
Panjatkan syukur kepada dia
Dengan izin Nya yang maha kaya
kau terpilih untuk bahagia...


(Salam untuk Adik Nik)

Aku berdiet lagi-3rd day

Friday, December 26, 2008

Badai itu semangat juang


Orang kata kalau tak nak di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai..Silapnya dah buat rumah kat situ..kena lambung ke, hanyut ke, kena pastikan boleh bertahan lah..kalau tak lemas jadi nyer.setakat ni paras2 hidung gitu..Hampir tenggelam tapi terkial kial berenang lagi ni..Yer la nak pindah kat bukit pun takut tanah runtuh macam Bukit Antarabangsa pulak.
Sebenarnya kat mana pun kita berumah, selagi kita cekal dan tabah..Kita boleh terus menjalani kehidupan dengan seadanya..Bukan semua orang boleh duduk dalam istana..Malah dalam istana pun bukan semestinya segala nya di jamin selamat.


"Aku ingin berumah dihati mu,
Bermukim di jiwa mu..
Bukan musafir lalu yang
layaknya hanya singgah..
Hamparkan aku rindu mu
Aku tidak lagi datang
untuk bertamu.
Kaki ku sudah penat.
Aku harus berehat di rimbun
kasih mu..
Selamanya..."
I have something on my mind that is so difficult to put it in words..

Wednesday, December 24, 2008

Like always...resolutions

New year is creeping in. Its time for a new resolution..Like always, I got a list of resolutions and I bet you do too. This year it might be a bit different. I'm going to be more positive and strong.They say "Grow old like wines..Gets better with age!"
And these are what I have in mind...MY 2009 RESOLUTION. I have a few more days to think of something better but at the moment here they are...

- To leave behind what I considered as confusing and heartbreaking.
-Start fresh by focusing on my career,health and making the best of my final days.

Tuesday, December 23, 2008

To err is human

My mistake is I thought people are different but they are not.
I thought that people stay as they are but no, they changed
I thought that people meant what they said but sometimes
they just want to make you feel better and lied.
I thought that I am not taken for granted but acually I am!
My mistake is I am making the same mistake again,
and again, and again, again, again, again............

Monday, December 22, 2008

Dah tak bermakna lagi..

R u ok? pendek dan ringkas..Fine,tq..Jawapan yang ringkas jugak kan..?Bukan susah sangat nak balas pun...Setiap kali menerima SMS kita tau yang ada orang yang ingatkan kita..On someones mind gitu..
Sebenarnya setiap kali kita sms kat orang, kita expect orang yang menerima tu reply..at least kita tau sms kita di terima ke tak...Tapi yer lah, kita tahu kita tak de hak nak paksa paksa orang..Lagipun tak nak lah kalau orang hanya jawap sms kita hanya kerana kita remind suruh reply..Tak nak la macam tu...
Bukan ke lagi baik terus terang kalau tak suka terima sms dari kita, kita tak lah nak ganggu lagi..Kita pun faham orang sibuk..Pantai lagi kan berubah kan, ini kan hati orang...Banyak sms lain yang perlu di balas..Banyak hati lain yang perlu dijaga. Hati kita ni apa lah sangat kan...
So, hari ini kita dah buat keputusan yang kita tak akan lagi memalukan diri sendiri dengan menghantar sms kepada orang yang entahkan baca entahkan delete terus sms kita tu..Dan terima kasih lah pada yang selalu membalas sms kita tu dan kepada yang rajin benar sms tu, insyaAllah cepat atau lambat kita akan tetap balas sms awak tu..
' Luv u n miz u'....x yah jawap, dah tak ikhlas dahhh...........

Kasut baru ku

Semalam I ke mall untuk lupakan sarat nya resah..Buat apa lagi, beli kasut laa...Terubat kah hati ???

Tq for asking

Yes, I am alright.
I have always been. I am and I will still be.
Tq for asking.
Tq for letting me know that I am not alone.
Tq for offering a shoulder to cry on.
Tq for being here for me when I really need someone to talk to.
I will be fine, thank you so much...

Aku masih begini




Saturday, December 20, 2008

God knows

I'm not ok today and I don't want to discuss the matter with any breathing soul. I just wanted to be alone.

Friday, December 19, 2008

ENTAH APA APA


Karya seorang teman yang sedang 'Benggang' dengan seseorang kerana ditinggalkan di depan computer tanpa early warning..

Nak makan lauk apahari ni?
Makan oh makan
kenapa kau ada dlm vocab
Alangkah bahagia nya dunia ini
kalau x ader kau
boleh la aku lama sikit
depan computer ni
Sekarang kena lah aku
masuk dalam botol
usang aku
Tunggu untuk di gosok lagi
Macammana nak dilastikkan
ke bulan yang jauh
Dia nyer jauh sangat
'Bisa di atur' kata jin
Labelkan botol tu 'jambang'
supaya boleh angkasawan
buat ujian mereka
Any request on subject untuk reserch
selain dari jambang??

( Wahai teman ku...Karya pertama awak ni boleh buat saya ketawa guling2..)

Hati mau baik


Tak lah kite tak marahhhh...!!
Kalau awak tu ketam, kita dah cabut dah kelapan lapan kaki awak tu..
Kalau awak tu biskut kita dah gigit gigit dah..
Kalau awak tu tv, kita dah tukar channel lain dah...
Kalau awak tu kerusi meja, kita dah patah patahkan...
Tapi awak tu kan 'XXXXXXX'
Kita kalau boleh nak awak tau perasaan sebenar kita kat awak..
Salah kita jugak tak pernah terus terang..mengalah dan ikut jer kata awak
Paling paling kita masuk bathroom bukak shower dan nangis sorang sorang
Atau ambik suis kereta dan pandu laju laju...
Bila tenang sikit, ambik air sembahyang, solat sunat dan ngadu pada 'Dia'
Bila jumpa awak, kita senyum,
TAK LAH......KITA TAK MARAH..!!!!!!!

Thursday, December 18, 2008

On my mind

What I must do and when...

1. Visit my mum...Esuk2 kut.
2. Call Cik Zah and tnya khabar condition Abg Nik.....Pas ni
3. Isi borang pembetulan address yang syarikat saham tu hantr...Nnti2 lah
4. Call someone and let him know that I miss him??...No, don't..!
5. Pergi tempah baju sekolah anak( tailor dah call beberapa kali dah )..Petang sikit
6. Contact Astro n find out whats the problem....Suruh my son tolong lah
7. Setting sms dengan maxis pun belum lagi.....This can wait.
8. Download segala benda dlam note book baru..hehee..kita ada note book baru..alah, suruh Nasir jer yg buat kn..Nasir kan..boleh la tolong akak ek??
9. Window shopping? Ini bukan what to do ni...Ini what I like to do....Ok,salah tajuk!
10. Knock someone on the head because he asks me about my weight in a most annoying way...sepatutnya I dah ketuk dia tadi tapi Sabaaaaaar!!
11. Must stop sitting in front of this laptop and start doing what must to be done.....NOW!

Tanda Sayang la tu...


Pot pet pot pet...Bla bla bla...Sumer org tau kn itu bunyi yang paling tak sedap di dengar, bingit telinga!! Membebel la tu...Nenek I suka membebel kat my mum, my mum kejenya tak de lain, bebelkan I and my siblings ni..And according to my kids I too am being like my mum..Membebel jer kerja nya. But do u know that "membebel" comes together with love?? Tak de orang yang tiba2 membebel kat orang yang tak dikenali. ..Acually it is in the form of a reminder..reminding our luv ones to do what should be done..Do you think we will remind it over and over again if the things that should be done is already done on the first place?? Salah orang yg di bebelkan jugakla kan.. Consider yourself lucky lah kalau masih ada orang yang sanggup membebel..Ada orang yang masih sayang la tu. Ada orang ambik berat dan ada orang yang keep reminding u that u r forever luved and cared for.. Someone ada la cerita kat I pasal seorang suami yang sanggup buang wife dia dalam perigi buta sebab bosan dengar isteri dia membebel sepanjang berpuluh tahun kawin.. One day dia rasa sunyi and he went to look for his wife again...Tak di sangka dia bertemu dgn penunggu perigi buta tu yg kurus dan cengkung matanya..Kenapa? Sebab semenjak wife orang tu tinggal dalam perigi tu, penunggu tu dah tak der peace of mind, tido pun terganggu..Infacts dah tak senang duduk dah ..... Hrmmm..ini cerita ke nak perli I ni...??

Wednesday, December 17, 2008



Alhamdullilah....Back in KB today...Phew! Letih nyer..Ada tak saper2 kat luar tu yang nak jadi part time driver?? 6 hours drive ni buat I flat...Asalnya plan nak balik petang but ada orang khabarkan yang weather tak berapa eluk so change of plan. I started early this morning..and reached Kb time zohor..My bibik punya lah mabuk, ngalahkn yg teguk todi kat estate...Cian dia tak makan tak minum...Sampai jer terus flat jugak..Tdi masa kat Gua Musang-K.krai I kena tahan dek Polis...Speeding and 'ter' memotong kat double line...bukan tak biasa..hehehe..Maaf Tok, janji esuk tak buat lagi...lusa? InsyaAllah...InsyaAllah tak buat dah....

Tuesday, December 16, 2008

My son Kimi @Adik



Alah Dik,

sepuluh

pedang

pun

tak

heran

kalau

muka

cute

camtu..

My way ......( Frank sinatra )


And now the end is near
and I face the final curtains
My friends I say it clear
I rest my case of which I 'm certain
I've live a life thats full
I've travelled each and every highway
and more, much more than this
I did it my way
Regrets I've had a few
but then again to few to mention
I did what I had to do
and saw it through without exemption

I planned each chartered course
each careful steps along the highway
but more, much more than this
I did it my way
Yes, there were time I'm sure you knew
when I bit off more than I could chew
but through it all
when there were doubt
I ate it up and spitted it out
I faced it all and I stood tall
and I did it my way

I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
and now as tears subside
I find it all so amusing
To think I did it all
and may I say not in a shy way
Oh no, not me
I did it my way

For what is a woman
What has she got
if not herself, then she has not
to say the things she truely feels
and not the words of ones who kneels
the results shows I took the blows
and did it my way

Monday, December 15, 2008

Money talks


Duit duit...Di mana kau duit?? Bulan ni gaji keluar awal sebab Krismas, plus bonus lagi u! Senarai dalam kepala dah berjela..Tunggu gaji saja. How does it feels to be a billionaire...??Hmmm, nak jugak try if given the chance. Kawan I kata lah, kaya raya pun mati, papa kedana pun mati jugak...lagi baik kaya raya kann? Sekurang kurang nya tak la mati katak.
So, if I were to be a billionaire what next? First of all, I'll buy a new mansion by the hill sides. Ops!Hellooo...Not there please, I don't want to be buried in landslides.
Perhaps I will buy a boat and go sailing..Enjoy the breeze n the majestic sea.Wait, what about the pills...I'm sea sick for goodness sake. I'll spend a fortune on the sea sickness pills and by the end of the day I'll be too weak to enjoy the blue sea. No, a mistake again. I 'll cancel this out of my list.
May be I will go to the best plastic surgeon in town and do some nips and tucks..But what for, I don't need to look like a model anymore. I am way too old for that. Remember what happened to that minister's wife...I'm not that stupid.
Why not I just have a grand feast and enjoy the best foods I can get hold of. Be merry and live like a queen. Be pampered and surrounded by friends and people who cares...At that point,I think no body care any longer about me ..They are more concern about my wealth. About how long am I going to be breathing oxygen? Who is going to inherit my belongings is an issue here..there's nothing to do with love...Money talks!!
So dear people, better stop having silly ideas about being a billionaire..its just not worth it. Happiness is what matters most. True, money can buy you everything but you don't need everything to be happy...As for me, having someone to love me without condition will make me feel like a billionaire...Money can never buy the pleasant look and sweet smile I get whenever I see u..Your loving heart is priceless!
For God's sake...cepat laa gaji!!!!

Sunday, December 14, 2008

Balik laa.......ayah!!!

Ayah,

Hani ni susah hati, ayah..Sehari dua ni Hani ingat sangat kat ayah. Memang tak pernah lupa tapi entah kenapa akhir akhir ni ingat sungguh, sampai terbawak bawak dalam mimpi..Agak nya Hani akan menyusuri jejak ayah tak lama lagi.

…Ajal maut di tangan Tuhan.

Kalau lah ayah ada depan mata Hani sekarang, nak sangat hani menangis di ribaan ayah.Nak sangat mengadu segala duka di hati ni. Dah sarat sungguh beban yang Hani tanggung ini dan tak sanggup lagi menanggung nya.

Ayah tau tak, di waktu ni, ketika ni,masa Hani sedang menaip ni ,di kerongkong terasa tersumbat tangisan yang tak berbendung lagi. Nak nya Hani nangis dan ngadu kat ayah canma orang telah melukakan hati anak ayah ni…Dulu kan ayah lah tempat Hani cerita segala galanya. Balik sekolah belum pun letak beg dah berbakul cerita hani luahkan…Hani ikut ayah kedepan ke belakang selagi belum habis cerita yang Hani nak ayah dengar tu..Ingat tak Hani akan ketawa dan ayah pun turut ketawa bila ayah selalu cakap ayah nak pergi tembak saja kawan Hani yang Hani marah sangat tu..Ayah ada saja cara nak selesaikan masaalah Hani..Samaada nak tembak atau pun nak tangkap jual ke ‘Keling Botol’…Apalah ayah ni! Pas tu ayah mesti ajak Hani makan sebab ayah kata kalau rasa nak marah, telan dan kunyah kuat2..Biar hancur Mamat ke Minah tu…Ayah kata ayah makan pun sebab nak tolong mamah jugak. Lawak la ayah ni..

Hani masih ingat hari jadi Hani yang ke 17. Ayah kan janji nak ‘surprised’ kan Hani..Tak sabar tunggu tarikh tu..Dua tiga hari sebelum tarikh tu Hani ngekor ayah kemana saja.Ingat lagi ayah cakap ayah nak talipon polis suruh tangkap Hani sebab ayah dah lemas dengan sikap Hani tu…

Rupanya hadiah yang ayah janji kan itu merupakan hadiah yang Hani tak akan lupa sehingga akhir hayat..Ayah, sampai hati ayah pergi buat selama2 nya di hari jadi Hani itu…Itukah hadiah yang ayah maksudkan? Ayah tahu, Hani nangis guling2 hari tu.Tidak ada siapa boleh pujuk Hani masa tu kerana Hani sangat marahkan ayah yang mungkir janji.Bukan pasal hadiah tapi ayah kan setiap pagi masa Hani nak ke sekolah, hari2 ayah cakap yang ayah tak akan tinggalkan Hani sorang. Ayah nak tengok Hani kawin dan dah ada orang yang boleh ambik alih tugas tembak musuh Hani tu..Sampai hati ayah tipu Hani…

Ayah…Ayah tengok laa..sekarang ni orang yang patut tembak musuh Hani tu telah terlebih dahulu menikam Hani dari belakang..Sapa nak Bantu Hani ni..? Ayah, pulanglah tembak orang ni….Please….Please ayah….

.Ayahhhh..Selamatkan Hani ni…(Al-Fatihah untuk ayahku..)

Hati yang terluka dan masih luka


Tadi terdengar lagu ni ..
Tersentuh jugak hati dengar lagu tu..
Hebatnya pengaruh lagu pada perasaan..
Kalau time hati bercelaru, bila dengar lagu yang seakan mengulas apa yang kita rasa, boleh pancing air mata kan...

Kan ku cari dalam nya sunyi
Untuk menghindar dari mu
Ku berjanji tak akan lagi
Tak kan ku lagi menjumpai mu
Di tengahnnya kabus bermandi embun pagi
Dingin membuat hati ku membeku
Kau.... yang telah membuat luka di hati ku
Kau..... yang selalu buat janji2 palsu
Kau..... yang selama ini aku sayangi
Kau..... merubah cinta ku jadi benci

Kau merubah cinta ku jadi benci
Kau merubah cinta ku jadi benci
kau merubah cinta ku jadi benci..benci...benci..!!!!

Saturday, December 13, 2008

Resepi Hari Minggu..

Tau camna nak masak ‘ Meehoon Goreng’? Sekejap saja dan mudah sungguh.

  1. Bukak kabinet amik Meehoon satu paket.Tiba2 teringat yg Mesincuci dah lama stop.Letak meehoon, pegi jemur kain dulu.
  2. Cari besin utk rendam Meehoon.oh, besin dah guna buat letak ubi kayu yang beli kat pasar minggu semalam, guna periuk lah. Clear the dishes dlm sink dulu so that senang nak buat keje..Dah terlanjur nak clear the sink, baik kutip gelas gelas di yang ada merata rata hingga di sebelah katil pun ada..Scan, pick n wash. Meter membebel pun dah mula meningkat.. Mmbebel tu option laa..nak buat ke tidak, selalunya 'on' laa..
  3. Dah rendam Meehoon dah, bukak Peti Ais amik lauk,ayam ke, telur ke, sea food ke..and sayur sekali. Sebagai hiasan jer tu..Pas ni anak2 sure gali sayur tu dari pinggan mereka untuk di jadikan 'Bukit sayur' di tepi pinggan. Potong kecik2 n cuci.
  4. Kupas garlic n kejutkan anak dara yg masih tido. Woi, bangun laa...!!!Pot pet pot pet smbil kupas garlic dan masukkan ke dalam blender. Blend dengan udang kering. Rasa macam nak blend dengan anak dara tu sekali!!!
  5. Amik kuali..Ni saper goreng telur tak cuci kuali nih? Pegi bilik anak untuk bagi ugutan stail 'Mafia' gitu…Dan tak lupa juga untuk tambah tajuk baru dalam bebel tu iaitu tajuk gemuk, tajuk bilik bersepah dan tajuk2 yg sewaktu dengan nya.
  6. Ok, tumis bawang, masukkan lauk, sayur n meehoon. Perasa jgn lupa…Sambil tu kalau ada roti ke, biskut ke..makan sambil menggoreng boleh jugak.
  7. Tambah air sikit..Balik2kan hingga serata.Rasa dulu cukup tak masin, masam n manis nye. Ambik piring ( Jangan pinggan ) Try sikit..banyak pun tak jadi masaalah...hehehe..
  8. Suruh anak dara yang masam mencuka kuarkan pinggan mangkuk and set the table..Perlahan lahan lah anak oooi, bunyi pinggan mangkuk tu mengalahkn bunyi kerja buruh kontrak kat depan tu…Lady like la sikit buat keje tu..bla bla bla bla!!!!
  9. Jerang air untuk buat kopi sambil sambung lagi ulasan selari tentang ‘Anak gadis zaman sekarang’. Stop kejap, rupanya aku cakap sorang, Budak tu dah kat depan nonton TV dah..Air mengelegak. Hati menggelegak jugak. Buat kopi dan makan hati..Hu hu huu..
  10. Potong limau nipis, daun bawang dan buat cili kicap.Tak lupa goreng telur mata kerbau untuk anak lelaki yang tak leh tak ada telor mata kerbau. Goreng sambil bagi penerangan percuma tentang bahaya makanan tinggi kolestral.Nak brapa bijik ni…satu ke dua.???
  11. Siap dah semuanya terhidang..Baca doa dulu belum makan..Eh, nnti, adik dah berus gigi lum? Now! Now!!!Lain kali jangan duduk kat meja makan kalau belum berus gigi..Esuk2 pesanan penaja ni ada siaran ulangan lagi ni..
  12. Along buang sampah jap sambil tunggu adik siap berus gigi.Sambung beberapa siaran iklan seperti keenakan mcD dan Pizza hut (supaya tak yah masak lunch nanti).
  13. Sendukkan meehoon ke dalam pinggan dan tuangkan kopi yang masih berasap tu
  14. Laaa..Tadi tak cakap nak horlicks, malas tul lah nak buat horlicks ni..Ok, ok, tunggu jap..Saper nak apa lagi? Cakap sebelum mummy sits down…
  15. Alhamdullilah…Selamat menjamu selera..Hilang penat lelah bila anak2 cakap “Sedap laa meehoon mummy goreng ni….” Hehehee…Tau, nak bodek jer tu…………

Kan senang tu..Masak apa pun sedap bila di tambah perisa 'Kasih Sayang'..Itu sajalah perisa yang tidak di masukkan dalam makanan yang di beli...

Friday, December 12, 2008

ROOSLISA @MRS SAMAD@ANAK MATZAIN@MY BEST FRIEND

Itu lah kawan ku 'ZA'. Dan berbulan I tunggu kehadiran dia kat ruangan ni..Haa..Kan dah muncul. Itu pun I pasti anaknye yang tolong bukak suis kat dinding dan hidupkan bendaalah ni..Za, za..awak ni tak berubah rubah, masih cam dulu..Ingat tak masa mula belajar nak chatg dulu..I sampai guling2 gelakkan awak tu..Macam siput. Siput yang paling slow dalam dunia...laa ni dah ok dah, infact ngalahkan Tok guru..Ok dik, bila lak nak buat blog?? Ini mesti pening pulak kepala ku ngajar orang ni..Wait, wait..I gi telan panadol dulu k then I'll teach u...Last but not least Za dearest, tq for the comments n don't miss out the one I wrote about our memories at SKPC(2)..Bahagia giler jam tu!!!

Thursday, December 11, 2008

'Jem' yang kurang manis




Saper kata jem tu manis? Mai sini, I nak ketuk kepala tu...mana ada manis??? Hari ni I terperangkap dalam jem yang amat pekat...Kalah jem strawberry yang I beli kat Cameron hari tu..Pekat dan pahit! Tak de manis nyer..
Silap I jugak, janji dengan anak2 nak ke Midvalley, dah tu lupa yg hari ni Selangor cuti..I tell you, dari Jln Ampang hingga ke North Court, Mid valley tu jem nya tak reda langsung..Nasib baik tak drive..Parking full sumer nya..Rela bayar rm18 untuk Cab fare tuh..Mau nyer tak sayangkan duit..tapi nak wat cmna dah janji mesti di tepati.
Ni satu hal, org kat m.valley tu macam ulat. Tak seronok la kalau ramai sangat.Nak acu cuba try kasut pun tak leh la you..Terkilan betul. Ni yang budak berdua ni tau nya lapar mmanjang. Mummy dia pun lapar jugak tapi buat2 tak lapar, control gitu. bukan kedekut tapi dah pasang niat dari rumah nak skip lunch.Diarang pun dah makan tadi, saja dah jadi budaya,shopping means eating out.. tambah2 lalu ikut 'The Laksa shack'...Hrmmm..goyah iman mummy! Apa lagi gals, lets have a seat and enjoy the lunch..Best nya laksa!!
Dah puas pusing and posing kitaorg pun rehat kat Mph Bookstore..Eh, niat asal nak ke MPH dahulu sebenarnya, tapi tukar acara, MPH jadi last stop..Wow, this is heaven. Dapat duduk dalam lautan buku ni buat hati rasa tak nak balik...Lastly zohor pun dah nak habis, should be goin back n we all head for the taxi stand...Sekali lagi kami makan 'Jem'..

Wahai Jin Di mana dikau...


Kalau ku temui 'Jin' dalam botol
Bertoncang dan berekor
Berasap keluar sujud dikaki ku
Berjanji memenuhi
Merialisasikan mimpi..

Akan ku pinta sebuah cinta
Bersulam rindu tenuan setia
Hadir hingga akhir nyawa
Bahagia hanya bersama dia

Pinta ku yang kedua
Sejahtera dan afiat
Jauhi babak dan sebarang
Ancaman kesihatan
Bersih diri bersih hati

Ketiga aku mahu nikmat
Rezeki melimpah ruah
Kerana bila wang berkata kata
Kebenaran tidak berharga

Jika ada peluang keempat
Atau mungkin yg terakhir
Aku minta dipanjangkan usia
Mana tau di lain kali
Aku dapat bertemu lagi jin ini
Walau hanya di alam mimpi….

Wednesday, December 10, 2008

Ini yang ku rasa

Aku sudah tidak percaya ada nya cinta

Kalau pun ada mungkin bukan milik ku

Sudah penat memburu rindu

Aku sudah tidak sanggup lagi

Mengumpul mimpi

Tidak lagi perlu bersuluh

Di hati mu yang ku temui hanya lah

Keliru

Kemana harus aku usung kecewa ini

Aku harus beredar dan memujuk hati

Menerima saja takdir yang tertulis

Di perhentian ini aku terus berdiri sendiri

Bayang diri mu tidak ku temui

Entah bila aku harus melangkah

ke lain destinasi

Atau mungkin saja

Aku harus bermukim di sini

Mengutip sisa cinta

Di hujung senja

Tuesday, December 9, 2008

Am I asking to much???


Driving again today..
I seem to remember every curves n turns...
every signs n landmarks...
most of all I remember the feeling of loneliness and unappreciated deep inside whenever I'm at the wheels...
Traffic and space does not matter when all there is on my mind is the memories of once opon a time when I was dump like rubbish...
God, how painful is the hurt and worst still is when the revenge steps in....


Ya Allah ya Tuhan ku, berkali kali aku memohan kepada mu..Aku rela kau lucutkan apa yang bukan untuk ku dan kekalkan apa yang terbaik bagi ku dan berilah apa yang sepatutnya aku miliki kerana Kau maha mengetahui dan Kau maha pemurah...Segala yang berlaku adalah kehendak Mu dan Kau bukan menzalimi diri ku kerana Kau maha adil dan bisa merubah segalanya dalam sekelip mata...Aku lah makluk mu yang sering terlupa.

Monday, December 8, 2008

She will be alright...


Iman,
One day you will grow up to be a beautiful woman.
I wish I can hold your heart in my hands so no one can break it..
I wish you will wear the smile on your face forever..
But Iman dearest, life is not always sugar and sunshine..
Sometimes for a rainbow to appear, we have to face the thunderstorm....

Berkorban apa saja










Salam Aidil Adha kepada semua teman..
Well, dlm sibuk2 pun aku cuba jugak isi sedikit catatan dlm blog ni...
Hari ni umat Islam di seluruh dunia menunaikan Ibadah Korban.
Macam biasa lah, family aku ni tumbangkan seekor lembu...
Kat sebelah rumah dalam kebun mak mertua aku.
Kawasan tu semak sikit,
Aku memang tak jengok pun sebab aku takut pacat.
Lagipun aku sibuk di dapur.
Terdengar riuh, hilai tawa dan gurau senda sedara2 yang jarang2 dapat berkumpul ni...
Sesekali aku intai menerusi jendela dan apa yang aku nampak ialah beberapa orang sedang melapah lembu yg baru tumbang..
Yang lain tu tukang sibuk jer.
.Ayah Mae nmpak tercegat menjadi penonton yang setia.
Ayah chik pula berpeluh peluh..
Along pulak jadi cameraman, tak lepas peluang amik gambar..
Iman tu dah nangis sebab takut tengok darah..
Aisyah sedaya upaya pujuk sepupu nya tu..last2 makin kuat jerit nya..
Pak kop, tukang sembelih begitu penat hari ni..bajunya berbungakan darah haiwan.Kata pak kop lembu kami tu yang ke 11 yang dia sembelih hari ni..Kalah serial killer nih!
Kimi, Syakir Dan Ismail bergilir gilir hantar daging ke dapur untuk di potong oleh Cik Ti dan Cik Na..
Iffah dan Syaza duk melayan yang kecik2..ramai sungguh, boleh bukak nursery..

Tiba tiba mata ku tertumpu ke bangku kayu di tepi pintu belah dapur..
Wajah nya tidak seceria biasa..
Namun senyuman nya masih cuba di ukir di bibir walau aku sedia mengerti ada sesuatu di hati nya..
Hati seorang ibu yang tersentuh..
Mama, sabarlah, Kami semua tahu apa yang Ma rasa.
Kalau boleh tak mahu Ma menanggung duka itu.
Begitulah Ma, dugaan datang dalam berbagai bentuk
Kita harus redha menghadapinya.


Ok, makan tengahari dah siap...Jom makan.
Aku nak naik ke bilik atas jap, nak solat dan tido.
Let me alone k.
Aduuuuui....penat nya!!!!!

Sunday, December 7, 2008

Jangan lupa kn diri ku...




Hari ni aku tak happy. Rasa terpencil dan kehilangan mentari.Tau la musim tengkujuh tapi la ni hati aku yang banjir ni..Moody dari pagi. Tak nak cakap dengan sapa2 pun rasa nya..Nak diam terpuruk di sudut yang paling jauh..Rasa nak meraung ni..Frust and jeles giler! Hu hu huuuu...Kalau aku ni anak2 dah aku menangis guling2 dah...dah aku mengamuk hentak2 kaki ni...Uwaaa....Benci la camni..tak suka, tak suka, tak suka!!!
Tapi aku dewasa, punya akal yang rasional. Kena cool, kena buat2 relax and pura pura memahami situasi yang terpaksa di hadapi. Ok, I'll be fine.. Relaxxxx...Kena sabar melalui hari2 yang memayahkan ini. Harap2 aku berjaya memujuk hati yang degil ini untuk tenang sepanjang masa. Tapi degil ku ni bukan degil yang suam2 kuku tapi degil yang hard core..Bukan senang nak pujuk tau! Sapa nak cuba di persilakan tapi risiko tanggung sendiri...

The Bonds

.....Selamat Hari Raya Korban untuk semua umat Islam yang terbaca blog ini..Khas untuk kawan ku yang berbaju hijau ni, Selamat tumbangkan lembu dan makan daging tu hati hati ..jangan banyak sangat nanti tumbang orangnya lak..
Setiap kali pakai gelang tu, I will think of u. Semoga di lain masa di lain ketika kita bertemu lagi. Nice knowing u both.

Saturday, December 6, 2008

Give me an answer...


1. Where were you yesterday?
-At home
2. Where would you rather be?
-On an island, alone
3. Who is the person on your mind now
-someone
4. Why?
-because that someone is making me crazy
5. If given the chance will you fall in love with the same man/women again?
-Never with capital'N'
6. Do you let people you like know that you like them?
-Of course..
7. Who is the last person u talk to?
-Anis my daughter
8. What did he/she say?
-Tak nak mandi..sejuk!!
9. Do you want to change your name n why?
-Sure...because this name is giving me trouble
10. Do you want to be somebody else? who?
- yup....The next queen of England
11. Where are you going after reading this?
-to the bathroom n force Anis to shower.
12. What have u got to say for yourself?
-I am sick of pretending to be happy
13. What do you want to say to others?
-Stop taking me for granted.
14. When is the last time you get real angry?
-Just now
15. What did you say or do?
-Pgi mandi cepat!!Wait till I get u..Do u hear me Anis Qistina..
16. Will you say that again?
17. - I'm saying it again now n again n again..
18. Do you have regrets in your life?
-Yes, one greatest regret
19. what??
-Sorry....Biarlah rahsia...

So, you my dearest friends...don't you wish to answer my questions too? you are welcome n go ahead...shoot!

Emelda Marcos must be smiling..


I am so obsessed with shoes..I got more shoes than I could think off..Shoes, sandals, pumps, slippers,boots and all those stilettos,kitty heels, high heels and the best of all is plain comfortable 'Clarks', 'Hush Puppies','Scholl' and 'Lewry', ' I love to buy the feminine type, with ribbons n bits and I hate broad ends .My foot wear comes in various colour to suit my outfits but black is the most popular one.
Whenever I stand in front of my shoe corner as i call it, my most common complaint is "Takde kasut yg sesuai laa hari ni..." and I'll get this responds from my family members who happened to be sick of me saying that..." Tu yang berlambak tu, bukan kasut nama nya tu..."
Normally when I go out to the mall, when I say " Mummy masuk tengok kasut jap....tengok jer ".....That means after this we all can go home but not before ...Never! As if I am not in my normal mood if I don't peek into those shoe shops and bring back a pair or two..not always, sometimes!
Well, may be this is my point of weakness. Guess what, buy me a new pair of shoes and I'll sure will vote you for the next election....
But today I don't have time to go buy any shoes cos I am going to a reunion party with my ex schoolmates. The theme is 'The seventies'.... Tak de kasut yang sesuai laa, nak pakai yang mana ni...????
Kan dah kata.......

Friday, December 5, 2008

THE CLOWN

ALWAYS THE FAMILY CLOWN..

The cows are getting restless..

I bet they do...mana tak restlessnya, Tok Wan Dollah sehari dua ni rajin sungguh asah pisau..Berdiri bulu roma sang lembu tu dengar..Nasib baik laa aku ni manusia, kalau aku ni jadi lembu mau nya rm400 sebahagian. Itu kata saupi.Betul la Saupi sayang oi, pandai la awak yer ....Sekurang kurangnya ada jugak yang menghargai ku kalau aku ni lembu...Dah jadi orang ni, satu sen orang tak hargai....Tapi Tok Wan, kita tak nak la jadi lembu korban Tok Wan tu..Tau, Tok Wan baik hati..Bagi makan cukup, kalau nampak panas, alih ke tempat lebih redup..sayangkan binatang betul Tok Wan ni...Kita nak berkorban cara lain laa...La ni jadi manusia pun dah banyak kita berkorban. Hari hari berkorban..Korban perasaan, korban keinginan, korban kasih sayang dan korbankan seluruh kehidupan..
Ish ish, x nak cakap bab kita lah..Ini tajuk lembu ni, dah lari tajuk lak. Wahai lembu lembu yang dihormati sekelian...Dah nama pun kau lembu, orang dah tak ngata kau lagi..Tapi kalau manusia yg perangai cam lembu tu susah gak laa..Pakai pakaian berjenama, eksyen ngalahkan orang lain tapi otak lembu...Sorry ek lembu2 yang terbaca ruangan ni..Betul, memang hot sangat dgn si lembu2 jadian ni..Patut nya dah di tembak masa wabak penyakit kuku dan mulut hari tu..Anyway, last but not least, pesanan dari ku untuk warga2 lembu yang ku kenali..Duhai lembu, dari kena cucuk hidung tu baik mati laa. Haa, kan aku dah kata, aku ni kan cakap tak reti berlapik.. Straight to the point tu! So, get ready for the Aidil Adha k....Sama sama la kita berkorban. Hu huu huuuu...!!!

Thursday, December 4, 2008

Like daughter like mummy


One thing for sure, we both like pink n we both are chubby..
Compared to 'Strawberry Shortcakes', of course we are sweeter...
Not always but most of the time we are.
Any objections??? hehehheheeee....

Aku, dia dan dia..



Ku korban kan kemahuan ku,
keinginan ku, cinta ku…
Demi dia yang ku sayangi.
Rela berdiri sendiri di penjuru ini
menghirup sisa cinta sambil membelek
kenangan kelmarin yang kami cipta
Relakan aku menjadi bayang
mengikuti langkah nya secara diam
Cukup lah asal ia tahu dan sentiasa ingat
Aku masih di sini mengumpul rindu
menjinakkan cemburu... .
Aku kan pujuk rasa demi semusim bahagia
Menyedari aku hanyalah musafir
yang bertamu dihati nya….
Ku undur selangkah memberi ruang
agar dia dan dia
selesa berbahagia
Memahami dan sedia tahu
Siapalah aku... ...

Wednesday, December 3, 2008

Rebonding





Kecik2 dah tahu nak melaram..














Iffah tu dah dpt keputusan cemerlang dlm UPSR, hadiah yang dia nak ni lah-Rebonding rambut..

Dah Iffah nak rebonding, Anis pun nak jugak laa..

Nipis dan ringan laa purse mummy hari ni...

Angah pun nak jugak??




Hentam lah labu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...