Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 31, 2013

N3 demi N3 sepanjang 2013

Saya nak imbas balik isi kandungan blog saya.
Sepanjang tahun ni atau lebih tepat selepas separuh tahun,
N3 blog berkisar pasal Anakanda Ja.
Lebih tepat berkisar pasal emosi saya dan reality kehidupan saya.
Ramai yg tak pernah singgah di sini mula singgah hanya kerana Ja.
Kawan2 Ja, orang2 yg pernah bekerja dgn Ja dan yg mengenali Ja termasuk pesakit Ja.
Kawan2 lama dan baru, kawan cyber dan sedara saya rajin juga singgah,
Yang bencikan saya pun singgah..Ada ke yg bencikan saya?
Jangan begitu..Jangan benci saya tanpa sebab.
Saya ni baik lah awakkk...
Kalau benci bersebab tak apa, go ahead..
Blog saya muram saja tahun ni
Tak seceria selalu..Maaflah.
Ramai yg komplen kerana di sini air mata mereka tumpah.
Yer ke, terima kasih kerana banjir bersama.
Tahun depan saya harap segalanya akan lebih baik,
maka blog pun akan kembali seperti tahun dulu dulu.
Kita kongsi ketawa pula....
Kalau panjang usia saya dan sihat tubuh badan saya,
saya akan terus berblog, bukan kerana nama.
Tapi kerana satu satu nya tempat saya mengabadikan kenangan adalah di sini.
Annak cucu nak tau pengalaman hidup saya nanti bukalah blog saya.
Blog saya mewakili diri saya.
Kalau awak kenal blog saya, awak kenal saya.
Terima kasih, suka sangat bila dapat ramai kenalan.
Insyaa Allah, tahun depan@esuk kita berjumpa di blog lagi....



Monday, December 30, 2013

Tak tahu

2 hari saja lagi.
Duk di tahun 2013.
Adakah tahun depan saya lebih bahagia?
Lebih murah rezeki
Atau lebih berkat?
Kalau lebih amalan dan makin terkumpul pahala,
Syukur Alhamdullilah dan
Insyaa Allah.
Mungkin juga lebih uzur
Lebih menderita
Lebih payah.
Yang pasti usia makin bertambah,
Dosa?
Entah lah,
Takut untuk melangkah ke depan
Tapi tidak ada gear gostan.
Hope for the best and
Get ready for the worst.
Frankly speaking, tak pernah ready pun.

Kali terakhir

Kali terakhir hantu kasut mengganas.
Cukuplh kasut2 yg dah ada.
Tak nak beli kasut baru lagi.
Pakai mana yg ada.
Cukuplah.
Cantik mcm mana pun x trliur nak beli dah.
Dah diet kasut,
Marin beli kasut terakhir.
Terakhir buat tahun ni lah.
Kalau beli pun tahun depan.
Hehehehe.....
Tahun depan lain cerita.

Sunday, December 29, 2013

Kisah pudding roti.

Roti ada tak?
Banyak pun atas meja tu.
Susu manis ada?
Ada.
Telur?
Ada
Fruit cocktail ada?
Yup, ada.
Vanilla ?
Semua ada,
Bibik ada?
Ada.
Ok Bik, ibu ajar kamu buat puding roti
Semua bahan ni kamu gaul guna senduk.
Bisa?
Bisa buk.
Senang saja kan?
Senang buk.
Bakar dlm oven 40 minit, tau buka oven?
Tau buk.
Kamu ada nak tanya apa apa?
Ada.
Rotinya campur ngak?
Okkalohlaaa...nama pun puding roti.
Kamu faham ke tidak ni?
Kadang2 saya rasa seperti saya ni ayam dan bibik tu itik,
Itik dgn ayam,
Bahasa berlainan.
X salahkn dia sbb pertama kali dtg Msia,
Kami pulak guna bahasa Kelate,
Kesian dia, terkulat kulat.
Kadang tu saya yg terkulat kulat habis bahasa nak explain.
Sabar ticer Hani, x ada bibik sapa susah?
Akuuuuuuu jugak laaaa......!

Saturday, December 28, 2013

The way we were

I wish we can do what we usually did together.
We used to share secrets.
Gossiping about almost everybody alive
You told me about that fella.and this fella.
How he/she mistreated you or how you envied him/her
You complained about your work
You shared that stupid joke you picked up somewhere.
You laughed out loud, you bla bla bla even when I am not listening
You liked all the things that I gave you,
although it did not look good on you.
You liked my things too and my things were always your things..
Seeing you in my shoes  or holding my handbag, I got my answers
We are alike..being stubborn just like me.
You grumbled when there was a heart break or two.
You cried when once in a while reality bites.
Following my back here and there and asking me what should you do.
Sometimes you never grow up,
calling me in the middle of the night just to tell me that you were having a stomace ache,
and asking me why and.what to do.
Why? How should I know, you are the doctor,
I am just a teacher, remember ?
At other times you were wiser than me.
When I told you my troubles.
You listened.
Just listened without interupting.
When I cried,
you told me that no matter how others treated me,
you will always love me and I am the best mum in the world..
I smiled, wiping the tears and thanked God
for this daughter, for this blessing.
You promised that you will always be there for me,
never leaving me alone.
Always trying to put a smile on my face
Always
Always
Always.
Ja, Let us do the things that we used to do together.
Let us smile at each other
and Ja,
Remember  when I said ...
" Ja, in future you will look like me, but much happier than me Insyaa Allah"
and you replied..
"I want to look like you and we will both be happy Insyaa allah.."
Ja right now I am far from happy but
all I want is for you to be happy, no matter in what state you r in.
God please, let her keep all the happy moments and let her remember nothing but happiness...
I am here by your bed looking at you.
and feeling so lonely and missing you so much.




Friday, December 27, 2013

Artis mana ni sanggup posing macam ni?

Tayangan untuk orang dewasa saja
Gempar....
Aksi dirakam dengan pose paling panazzz.
Artis mana kah ini yg berani dedah p*******?
Tak takut kontroversi ke tu..?.
Seksi wehhh.....!
Pasti tersebar di muka depan akhbar esuk ni
Owh...Imaad rupanya,
mad, lain kali kalau nak selongkar kabinet kasut grandmummy pun,
angkat seluar tu dulu...
Buat malu kompeni jer la....
..

Saya memang sah debu melukut.

Minggu depan dah kembali ke sekolah.
Tahun baru dengan azam dan semangat baru sepatutnya.
macam tu lah saya selalunya.
SELALUNYA  bukan semestinya.
Selalunya saya berkobar kobar menadah tugas baru yg bakal di pikul.
Saya seronok dengan kerja saya.
Sentiasa buat sehabis baik ikut kemampuan saya.
Biasanya kalut lah saya cuba bereskan kerja saya seawal mungkin.
Sepanjang 32 tahun bergelar guru saya puas hati dgn hasil kerja saya.
Meski pun tak sehebat orang lain tapi saya telah cuba yg terbaik.
Tapi tahun ni amat berlainan.
Saya tidak mampu menjadi saya yg dahulu.
Saya sendiri pun sudah mula tidak sukakan saya.
Saya sudah tidak mampu memegang tugas2 khas yg selalu saya pegang.
Segala jawatan saya telah di gugurkan.
Saya sekadar sampah yg berada di bucu meja, tunggu untuk di kuis ke dalam tong sampah saja.
Itu yg saya rasa walau semua orang duk pujuk saya agar menerima segalanya demi kemudahan saya.
Saya faham, pentadbir cuba untuk tidak membebankan saya dgn beban tugas tambahan,
mereka tau saya ada beban lain yg perlu saya galas.
Terima kasih lah kerana prihatin, saya amat faham tu.
Tapi hati saya sewaktu menerima berita yang saya di kecualikan dari byk tugas2 saya yg biasa,
rasa bercampur baur...
Rasa tak berguna dan semacam kehadiran sudah menjadi seperti melukut di tepi gantang.
Segan pada kawan2, segan pada semua orang.
Kalau murid darjah satu menangis tak nak turun dari kereta di hari pertama persekolahan,
saya lebih dasyat dari itu...
Saya rasa saya nak masuk bilik GB, teriak guling2 dan mintak balik tugas2 biasa saya.
Ngada ngada sungguh!
Macam lah saya ni mampu lagi urus segalanya,
Macam lah saya ni boleh pastikan yg saya akan sentiasa ada masa untuk semua tu.
Sedar diri lah Ticer hani wei,
Awak tu bila2 masa saya mungkin akan terpaksa bergegas pulang, mungkin akan cuti berhari2, mungkin akan tak dapat bereskan kerja, mungkin akan membebankan orang lain tak pasal2...
Lagi pun, akhir tahun nanti awak tu dah mintak di tamatkan perkhidmatan,
duk jer lah diam2 kat sekolah...
Jadilah tiang besi yg sejuk kaku tempat anak murid sekali sekala pegang.
Huhuhuhuhhuuuuuu....!
Mungkin juga saya akan menjadi sahabat yang makin tidak di perlukan.
Uwaaaaa....!
Malang sungguh nasib saya.



Aku hanya nak tidur.....

Aku ini perlukan nyenyak,
mata sudah terlalu rindukan lelap
tapi apa daya ku,
hati masih segar mengumpul rindu,
minda masih mengulang cetak sejarah.luka.
Kiranya terus terusan begini,
aku takut pada rebah yg panjang.
akhir akhir ini tongkat ku sudah retak
langkah makin tempang dan
masa depan makin suram.
Aku tidak tahu lagi untuk apa aku perlu berharap.
sedangkan mimpi relai bertaburan.
Apa lagi yg perlu aku cari di kehidupan ini?
Harapan bahagia berkecai di dalam genggaman.
Bila bersendirian di kepekatan malam begini.
Aku bayangkan indahnya jika aku
mampu pejamkan mata dan terus tidur
selama lamanya.



Thursday, December 26, 2013

Sudah berlalu tarikh itu...

Semalam hari saya berkabung.
Di harijadi dia pecah hati saya.
Terlalu berkecamuk perasaan tak dpt saya gambarkan.
2 bijik panadol pun masih tidak boleh buat saya pejamkan minda saya.
Saya cuba bungkus saja setiap kenangan dan sorok di penjuru paling jauh dari ingatan
Boleh ke? Mampu ke?
Tak boleh, kerana semalam saya tak kuat.
Tak mampu kerana semalam saya terlalu tidak gagah.
Malam tadi saya kehilangan lelap sampai ke pagi.
Mata pejam tapi hati celik..
Minda merayau rayau ke alam kenangan bersama dia.
Bukan sekejap. 27 tahun lamanya.Lama, sangat lama.
Masih ingat bawa perut membusung mengandungkan dia
Berkongsi darah dan nyawa.
Masih segar rasa sakit sewaktu melahirkan dia.
Membesarkan dia dalam serba kesederhanaan.
Melepaskan dia di hari perkahwinan nya..
Tanggungjawap berpindah tangan tapi kasih sayang tetap serupa.
Segalanya sudah menjadi bilah yg melukakan hati.
Saya tidak mampu lagi pandang wajah lama dia.
Tolong jangan sesiapa pun hulur foto2 lama itu.
Pandangan dia itu akan meragut tangkai jantung saya.
Jauhkan dari saya, jauhkan dari saya...
Hari ini, setelah 28 tahun tuhan amanahkan saya untuk menjaga dia,
saya sudah tekad..
Saya hanya kenal dia yang si sisi saya ini begini..
Sudah cukup baik begini
Alhamdullilah saya boleh sikat rambut dia setiap pagi
Saya boleh sentuh dia hari hari...
Saya boleh renung wajah nya setiap masa..
Saya boleh terus menyayangi dia dan
memanggil dia Ja.
Cahaya mata mummy,
Belaian jiwa mummy...
Biarlah bagaimana pun keadaan mu anak,
Biarlah walau sudah tidak berkongsi nyawa,
Kamu tetap di sini, di dalam hati ini..
Ja, Ja sampai bila2 pun anak mummy.
Anak perempuan mummy.
Buah hati mummy.
Selama lamanya...........


Tuesday, December 24, 2013

Allah hu Akhbar, Allah hu Akhbar...

Esuk 25hb Dec...
Esuk genap lah 28 tahun usia dia.
Tarikh yg menyaksikan saya menjadi ibu kepada seorang anak perempuan.
27 tahun tarikh itu membahagiakan.
Tapi tahun ni tarikh ini mengundang air mata.
Ja mummy sudah tidak mau ingat,
bagaimana kita pernah bahagia
menyambut ulang tahun kelahiran mu.
Bagaimana seronoknya kamu menerima hadiah
mengumpul kasih sayang..
Hari itu biasanya mummy
masak makanan kegemaran kamu.
Pulut kuning dan daging masak merah
Asam pedas lidah
Paprik ayam
Sambal mangga
atau
Tomyam pedas dan terlebih masam.
acar ikan tenggiri
Cheese cake dan triffle..
pengat pisang dan sagu
Terbayang kamu makan sambil riba pinggan di depan TV.
Makan tak pandang belakang, suap dan suap lagi.
Kalau kamu kerja, mummy hantarkan ke wad.
Boleh makan ramai2..
balik nanti kita makan lagi sama2..
kamu ketawa Ja, tawa yg tidak lagi kedengaran sekarang.
Senyum itu juga sudah lama hilang.
panggilan 'mummy' dari mulut mu tetap mummy nanti...
Tapi esuk 25/12,
Mummy nak tido saja.
Nak tutup mata dan telinga
Nak kunci kenangan dan simpan segala ingatan.
Mummy tak mampu untuk pandang kamu pun,
terlalu tidak mampu bila kamu hanya terbaring di situ,
sedangkan di hari ulang tahun kelahiran mu ini
kamu perlu bersedia untuk merayakan nya bersama kami
.
Amat berat dan sarat rasanya hati..
Melihat kau begini..
Hari apa, jam berapa dan bulan keberapa tidak kamu ketahui.
Segalanya kamu sudah tidak dapat rasa..
Allah hu akhbar, biarlah kamu tidak tau apa apa
Biar lah kamu tidak tau sewaktu aku memandang wajah mu,
tajam nya sedu sedan yg menghiris keronggong ku,
Biarlah kamu diam saja di perbaringan itu dlm tenang..
Diam lah anak...Diamlah...
Ja di ulang tahun kelahiran mu nanti,
Mummy hadiahkan  bacaan yasin 7 mubin.
Mummy panjatkan doa semoga Tuhan tidak lupakan mu.
meringankan beban sakit mu dan memudahkan segalanya buat mu.
Semua yg menyayangi mu tidak pernah melupakan mu.
Ja anakanda yg sentiasa mummy sayang,
Tak apa lah walau payah untuk jinakkan rindu kami ini
tapi dengan lidah yg kelu dan bibir yg ada getar tangis,
kami cuba untuk ucapkan jua di telinga mu..
"Ja, Selamat hari jadi yg ke 28...."
Hari ini, sehari sebelum esuk,
sehari awal mummy sudah berikan ucapan kerana
esuk,
Mummy tidak segagah hari ni.
Esuk mummy takut mummy tak mampu mencuim dahi mu
dan berpura pura mummy tidak apa apa...
Allah hu Akhbar....!




Monday, December 23, 2013

Episod risau yg baru.

Panik.
Tiba tiba masa feeding tadi ada problem sikit.
Dah acap saya perhatikan,
setiap kali feeding dia macam tersedu sedu gitu.
kadang lama,kadang sekali dua jer.
Hari ni selepas saja feeding meleleh keluar susu dari mulut dia.
Back flow?
Kenapa?
selalu kalau backflow pun melalui tube PEG tuh.
Tak pernah2 lagi macam ni.
Dia tak batuk2 pun,
Mengeliat pun tidak masa feeding tu.
Dia diam mcm biasa malah dia tidor waktu tu.
Saya cepat2 tinggikn kepala dia. naikkan aras kepala.
Tapi mujurlah sekejap saja,  meleleh dan sempat dilap.
Mujur tak masuk dalam saluran pernafasan.
Buatnya tersedak susu tadi,
entah apa saya nak buat,tak tau lah.
Hari hari bersama dia makin menakutkan.
Saya takut bila memikirkan apa yg bakal dia hadapi.
Tak sanggup kalau sakit nya bertambah.
Yang ada ni pun dah tak trtanggung.
Kesian kerana saya nak tolong tanggung pun tak boleh.
Saya hanya boleh bayangkan kesakitan dia.
Sungguh tak sanggup untuk fikir pun..
Biarlah, saya serah pada Tuhan..
Permudahkan segalanya ..
Sekejap lagi nak feeding lagi sekali..
Risau wehhh....!

Siapa yg bernasib baik sebenarnya?

Kenapa dia masih begitu?
Tak ada perubahan langsung.
Kenapa dia tak bertambah baik?
Kenapa?
?
?
?
Sebab....
Dia ibarat syahid yg tertangguh..
Bakal bidadari syurga...
Tuhan sudah janjikan Jannah buat dia.
Tenang lah begitu..
Damai lah ...
Nasib dia lebih baik dari nasib kita.
Kesian kan diri kita ni,
Kita yg rasa bernasib baik kerana tidak di takdirkan jadi begitu
belum terjamin tempat di syurga.
Entah2 kerana 'nasib baik' di tanggapan kita
sebenarnya,
sekadar mengumpul dosa dan tiket  ke neraka.
Makin lama hidup belum tentu makin banyak pahala,
Mana tau yg kita kutip di kehidupan bahagia kita hanya lah dosa.
Biarlah dia di situ.
Nyenyak di perbaringan..
Sakit melucutkan noda dunia
Terhakis lah dosa2 lampau,
Tidak bertambah dosa baru..
Putih bersih dan suci
Tuhan memberikan dia masa untuk
tebus balik dosa dosa yg ada.
Pulang ke asalnya seperti bayi
yg bebas dosa.
Kita seharian urus soal dunia..
Dosa masih berdaki, tambah berlumut..
Kotor dan busuk
Sempatkah kita bersihkan segala dosa sebelum
menutup mata buat selamanya?
Biarlah apa orang kata,
Sebenarnya dia lebih bernasib baik dari kita.

Sunday, December 22, 2013

RM 50

50 ringgit.
kalau beli ayam boleh la 3 ekor.
Kalau beli nasi bungkus boleh lah 5-6 bungkus.
Kalau beli baju, sehelai yg tak branded boleh aje
Kalau masuk kedai roti, sah tak berbaki lah rm50 henget tu
Kalau isi minyak kereta, bergerak lah kereta tu 2-3 hari.
Kalau nak ke klinik tak cukup,
Kalau nak gi supermarket, ada sebanyak tu duit baik tok sah.
Kalau beli beras siam 25 kilo kena tambah sikit lagi.
Kalau nak upah orang mesin rumput ngam ngam jer.
Kalau nak menabung sebanyak tu sebulan, tak sempat dah nak jadi jutawan.
Apa nilai 50 hengget ni?
Kalau keluar peluh kecik besar untuk mendapatkan 50 henggit maka nilai nya besar amat.
Kalau  jumpa tepi jalan, mungkin ada yg diam2 simpan sorang sorang.
Kalau jumpa kat dlm poket seluar orang?
Duit itu bukan Ahmad Albab yg punya..tapi aku yg punyaaaa....!
Ha ha ha..!
Seekers keepers.


Terpaksa menipu,

Mudah nak tipu budak kecik.
Nak tipu orang dewasa mudah juga.
Semua orang pernah menipu..
Kalau awak kata awak tak pernah, tu menipu nama nya.
Kalau tipu Boss gini
"Boss, saya x sihat, mc hari ni...."
-Ayat tipu yg teratas d carta tipu popular.
Kalau tipu makbapak gini
"Saya ada kelas tambahan ptg ni, balik lewat"
-Ayat tipu yg makbapak kena siasat ke akar umbi"
Kalau tipu isteri?
"Saya outstation hujung minggu ni"
-Ayat tipu yg koman, isteri dah tau tapi malas nak ambik pot."
Kalau tipu suami?
"Sakit kepala laa...."
-Ayat tipu mintak simpati yg tak menjadi kadang tu..
Kalau nak menipu pun agak agak laaa...
Kena munasabah gitu.
" Grandmummy,  naper mummy x banun2?"
- Mummy demam, sakit kepala, sakit perut, sakit kaki."
Sekarang Imaad tak tanya lagi, bukan kerana dia percayakan penipuan saya tu, tapi dia dak bosan dgn jawapan saya.
Maaflh cucu, nenek dah x tau sampai bila nenek kena terus menipu ni.

Saturday, December 21, 2013

Peminat setia

Saloma twist bagai nak rak di Astro Prima ni.
P Ramlee nyanyi lagu entah apa tajuknya.
sambil tgok TV sambil makan, sambil minum, sambil mulut duk membebel.
Kalau saya dah jadi arwah,
nak ke saya biarkan anak cucu tgok saya terkial kial menyanyi gitu?
Ish, saya lain, selebriti lain...
Kalau saya mati, saya tak nak setitik ingatan pun buat saya.
Tak payah susah susah
Hidup pun hanya membebankan orang lain,
mati biarlah membawa bahagia bagi yang hidup.
Apa benda saya type ni?
Entah lah, luahan hati orang yg terlalu kecik hati kot.
Forget it, tgok TV dulu, tgok P Ramlee tu..
Hidup dia hanya untuk menghiburkan orang lain.
Saya suka tengok dia, suka ulang ulang kata2 dia.
Hafal dah setiap dialog.
ada sorang tu, rakyat di republik saya lah
perasan suara dia macam P Ramlee..
Suka benar nyanyi lagu 'Kuala Lumpur'
Nasib baik saya tak pandai nyanyi,
kalau tak, saya nyanyi lagu2 Saloma..
Tak dapat cari makan lah Siti Norhaliza..
"Sayang damak..
Hati tidakdapat melupakan tuan, sedikitpun tidak tuan endahkan..."
Aduhhh...Mendayu dayu Saloma sedang nyanyi tu
Eh, body Saloma tu sebijik mcm kerengga.
Sama lah macam saya.
Kerengga jugak, kerengga gemuk.
Hehehe....Ada ke kerengga gemuk?
Hentam saja lah labu...
best tengok filen P Ramlee dgn Wan.
Dia hafal semua dialog..
Wan, cer nyanyi sikit...
Kalau Ja dengar Ja tutup telinga.
Hehehehe... apa apa lah,
Janji hari ni saya happy jer rasa nya.





Tak pandai menari salahkan lantai tinggi rendah..

Saya x suka posting guna tab,
Tapi notebook saya ada masaalah,
Terpaksa lh guna tab jugak.
Komputer meja yg terbongkang atas meja tu,
Milik awam, x suka juga guna.
Guna tab bagi org tak reti mcm saya ni,
Acap mendidih darah!
Mana tak nyer,
Nak tekan lain, tertekan lain.
Nak bukak benda ni terbukak benda tu
Geram sungguh.
Tulisan kecik, mata tua ni terkial kial baca.
Bila nak enlarge
 mula lah jari tersentuh benda2 yg mengakibatkn page bertukar
Mulalh menyumpah nyumpah.....
Tadi saya nak publish komen dari seorang teman,
Nak publish tersentuh delete.
Ghaib, habis cerita.....
Ke jari ni yg terlebih saiz kot?
Tu pasal tak sharp shooter.
Kalau tanya jari, jari akan salahkn mulut.
Makan byk sgt, gemuk, maka jari pun gemuk juga.
Ke situ pulak.
Nampaknya apa problem pun puncanya dari 'gemuk'.
Haiyaaa....

Friday, December 20, 2013

Rumah baru yg dah x berapa nak baru

Sakit habis sendi tulang.
Penat tahap gaban.
Kami berempat mengemas rumah.
Rumah belum siap direnovate,
Kemaskan brg rumah yg bersepah,
Kumpul setempat dan tutup dgn plastik.
Baru lh x rosak perabut saya walau tukang rumah duk wat kerja.
Bukan badan saja penat, mulut penat juga,
Apa tak nya,
Banyak perabut dan barang rumah saya rosak,
Hilang pun ada.
Tu lah, pengajaran buat saya.
Lain kali kalau nk renovate rumah ,
Kena kemas sendiri benda2 yg kita syg.
Harapkn pekerja binaan,
Ni lh jadinya,
Tapi tak apa lh,
Kira hari ni saya exercise.
Keluar peluh.
Keluar segala stress jugak.
Penat tapi happy.

Thursday, December 19, 2013

Pantai cahaya bulan...

Ya, saya ke pantai tadi.
Sorang sorang.
Solo....

Seorang lebih baik dari berdua bertiga..
Kereta ku parking di tepi batu2 besar penghadang ombak.
Turun dari kereta pipi di tampar bayu,
terkejut kerana ku andaikan nyaman rupanya keras tamparan itu.
Langkah terasa berat bila angin pantai memeluk betis
Seperti tugu aku tegak menahan sebak di gigi air.
Batu yg berselerak di sepanjang pantai bagai berbisik bisik sesama sendiri,
seakan mereka mentertawakan duka di bahu ku.
Jangan lah begitu wahai batu, wahai pasir, wahai ombak...
Marilah kita berkongsi rasa..
Biarkan aku hamparkan sedih pilu ku di dada mu..
Telan lah setiap payah ku ini wahai pantai ...
Lama juga aku membilas hati dengan tangisan di situ.
Puas rasanya dapat bertemankan sedu sedan
Ganas ombak cina selatan menelan raungan ku.
Pecah berderai lah segenap duka yg ku lepaskan ke batu
Ku hanyutkan rindu ke kuala mu wahai Pantai cahaya Bulan,
Ku saksikan bagaiman lautan menelan sengsara ku.
Agaknya hari ini lautan lebih masin dari semalam
kerana lebatnya tangisan sebagaimana lebat nya hujan yg mula gugur ke bumi
Aku deras bangun dan melangkah ke kereta.
berpaling sekali lagi dan aku pastikan derita ku telah ku
tinggalkan saja di sana.
Pintu kereta di tutup dan enjin ku hidupkan.
Penuh dalam kereta,sendat dengan muatan
Rupanya,
derita ku itu mengekori ku pulang.



saya tau semua tu...

Yang marah2 ,
Yang selalu tegur itu salah ini tak betul,
Yang acap buat saya hangin satu badan,
Yang tak der kerja lain, selain duk perati tindak tanduk saya,
bukan musuh saya.
Dia tak reti pura2,
Dia lh kawan sejati saya
Tapi yang hadiahkn senyuman meleret,
Yang selalu hadiahkn puja puji
dan pandai ambik hati,
Di depan saya dia amat mesra,
di belakang saya,
Parut tikaman dari dia sentiasa basah,
Orang begini lh musuh sebenar yg perlu dijauhi.
Terima kasih lah,
Kerana mereka yg pandai berlakon ni lah,
Kita jadi lebih pandai menghargai hati budi

Wednesday, December 18, 2013

Mengubati hati sendiri...

Semenjak Ja sakit, saya KIV semua jemputan makan makan.
Ini lah yg pertama kali saya menghadirkan diri semula.
Dah 7 bulan saya tidak pernah ada acara buat diri sendiri.
Terasa udara makin melemaskan,
Saya perlu udara segar untuk memberi ruang rehat pada minda
Jadi saya tekad hari ni,
kebetulan invitation ni dari sepasang suami isteri yg saya kenal lama.
Saya tau, mereka pun sengaja ajak saya hanya untuk ubati resah saya.
Terima kasih, saya amat gembira tadi.
Seronok makan makan dan jalan2 keliling kebun tanaman dengan Jae.
Jae petik limau untuk saya bawa balik.
Setiap inci tanah kebun itu di bajai dengan titik peluh sendiri..
Bertuah nya Jae.
Rumah dia, kebun dia, famili dia,
nampak sangat bahagia..
Best nya layanan tuan rumah tadi..
Kenyang dan puas.
Yang lebih penting  saya pulang dgn hati yg lapang.
Terima kasih Nae dan Jae.
Surung papan tarik papan
Buah keranji di atas para.


Suruh makan saya makan
Suruh lah apa saja kerana hari ni saya rasa sangat gembira.

Seperti malam2 sudah...

Tak mampu nak lena..
Cuba tapi gagal.
Last2 berkawan dgn mereka 

Tau tau dah azan subuh.

Kenapa tak leh tido?
Mengenang orang jauh ke?
Pooooraaahhhhh....!
Tak sebodoh itu untuk bazirkan malam dgn mengenang orang jauh.
Mengenangkan orang yg dekat mungkin jugak.
Ada juga pekdah nya.
Sekurang kurangnya menghargai apa yg masih ada.
Sebenarnya bukan tu sbb nya saya tak jenero tido.
Sebab utama adalah gambaran masa depan saya terlalu menakutkan,
Saya takut saya tak kuat utk hadapi kehilangan.
Bila kita sentiasa kehilangan,
Bukan kita bertambah mahirr hadapi kehilangan,
Tapi acap sangat kehilangan buat saya gerun.
Gerun pada diri sendiri yg semakin goyah.
Mana tau saya akan pecah berderai..
Mana tau mungkin saya akan menjadi perindu tegar
Mana tau saya mungkin tidak lagi menjadi saya.
Saya tak pandai berpura pura tebal iman.
Sekadar cuba sabar tapi tak gerenti boleh.
Makin pikir makin takut.
Makin takut, makin x leh tido
Makin tak leh tido makin otak x betul.

Ni tulis conteng2 ni pun kes otak tak berapa nak betul lah ni.

Ok...Saya nak cuba tido dan betulkan siaran...

Tuesday, December 17, 2013

Kim to mim jom pi pa ko

Batuk.
Semua anak negeri habis batuk.
Bila saya turut berjangkit kuman batuk ni,
Ja pun ikut terbatuk batuk..
Haiya..Ini maciam talak boleh jadi lo..
Kalau makan ubat batuk, sure tidor mati malam ni.
Kalau tido mati, siapa nak urus Ja nanti.
Bila kelopak mata berat, nak bangun malam2 menjadi susah.
Baik tok sah makan ubat batuk.
Tapi kalau tak makan, duk ehek ehek ehek...
Seksa pulak tekak ni.
Ja pun terganggu tido dia duk dgr saya batuk.
Saya ni soal batuk pun jadi soal major.
Nak dekat dgn cucu pun tak boleh..
Ok, semua orang main jauh jauh...
Leave me alone ..

Ehek ehek ehek....
Teringat pula kat kawan saya sorang tu,
selalu batuk batuk macam ni lah..
acap batuk dari tak batuk....
Innallilahhh...Dah arwah pun dia.
Tak, bukan mati kerana batuk la awak,
Pandai pandai lh awak yer..
Esuk, nak pergi beli ubat batuk lain pula.
Dah bersusun ubat batuk dlm peti ais.
Ehek ehek ehekkkk....
Ehek ehek ehekkkkk....

Selamat pagi...

Sentiasa cuba menjinakkan hati.
Kadang2 boleh, acap tak boleh.
Tak berdaya menahan hati dari mengganggu minda.
Walau apa pun, saya berjanji pada diri sendiri,
Kurangkan N3 yg bercelaru.
Kawal aliran perasaan dan tulis
yang manis manis sahaja.
Tapi limpahan manis akan menjadikan
Follower saya tinggi paras gula.
Bahaya.
Nanti mereka salahkn saya.
Ada follower yg mengadu semalam,
Katanya,
Saya mencuri tangisan dia.
Maaflah, tak sengaja jadi pencuri.
Mujur curi air mata,
kalau saya curi hati tak ke nanya.
Jangan risau, saya x kan curi hati orang.
Biarpun hati sendiri dah rosak teruk,
saya tak perlu spare part.
Saya masih boleh baiki hati yg punah ni.
Pagi ni byk nk saya kongsi.
Sekejap lagi lh.
Nak urus itu ini dulu,
Yg wajib dulukan.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut baru tulis N3.

Monday, December 16, 2013

Perasan tak?

Awak tau,
kotak water heater yg kat dalam toilet tu,
yg empat segi,cute ada gambar dolphin tu,
40 tahun dulu tak macam tu...
Saya masih ingat di rumah arwah ayah,
di dinding toilet, ada tong sebesar tong gas.
Tu lah water heater zaman dulu2.
Handset ayah saya.,
di tahun awal 80an,
besar lengan.
Dia selalu pegang di tangan,
mana muat poket, handbag pun tak muat.
Tapi time tu memang kena duk di tangan sokmo,
sebab nak soho, bukan semua orang ada hset kala tu..
Maaf Ayah...betul apa?
Tu tak tengok computer pertama saya.
Bawa balik dari US.
Apple.
Besar dan sound effect dari printer nya,
duk kat depan rumah pun boleh dengar..
Ayah saya seorang usahawan.
Kat meja kerja dia di penjuru bilik tu,
adalah calculator terbongkang atas tu.
Besar amat., Manual gitu.
Ketuk2 keyboard, tarik handle..
bergulung gulung keluar angka.
Saya zaman tu, hobby main calculator tu.
bazir kertas pun tak per, bukan mahal pun.
Sebelah calculator ada talipon.
Talipon rumah diperbuat dari besi, warna biru yg berat amat.
Kalau jatuh ke lantai, retak tile.
Macam yg dalam cerita P Ramlee tu lah.
kena hulur jari, dial pusing2 ,tunggu satu2..
Semua barang jame dolu2 besar2..
Sekarang dah di srink kan sampai nak tengok pun tak nampak.
Yang paling ketara perubahan saiz, makin kecil ialah kueh.
Awak perasan tak kueh yg kat kedai tu kecik benar sekarang nih.
makan satu tak cukup, dua tak kenyang jugak.
tau tau habis sepeket.
Yang makin besar hanyalah SAYA.
Hari hari kembang kot....
Dasat laa lagu nih...


Hati yg rapuh..

Dua minggu lagi.
2013 bakal ditinggalkan
Cepat lah 2014 hadir di sini.
Tirai 2013 perlu di labuhkan secepat mungkin.
Tamatkan segala cerita duka.
Banyak sungguh.
Dari bulan 1 lagi,
saya hadapi kekecewaan.
Sangat kecewa bila ditipu dengan mudah.
Parah hati saya mengenangkan nya.
Tapi tak apa lah, saya anggap dia lebih bertuah kerana
Tuhan lebih berpihak kepada nya.
Bulan seterusnya byk sungguh cobaan.
Bulan Mei hati pecah terus.
sehingga bulan2 berikut nya
saya mamah derita jiwa.
Tidak cukup dgn itu,
suku terakhir tahun,
saya kehilngan lagi..
Payah nya melepaskan apa yg kita sayang.
tapi itu lah yg saya sentiasa terpaksa lakukan.
Tanpa rela saya menyaksikan musnahnya mimpi.
ternyata kehilangan itu bukan penutup tirai,
November itu menyaksikan,
saya menarik diri secara tidak rela,
memohon untuk dilucutkan jawatan
yg dah saya sandang sekian lama.
Tak apa lah , segala kehilangan tertumpu buat saya
tahun ni tahun saya mewah air mata.
Masih ada 14 hari di tahun ini..
Tidak tahu lah,
apa lagi yg tersedia untuk saya hadapi.
Saya pasrah dan kehilangan2 seterusnya yg bakal tiba,
sudah saya jangka....
masih berjela perkara yg perlu saya lepaskan,
rela dalam terpaksa....
Apa nak buat,
Tuhan menghukum saya.
manusia pun tak kurang juga,
menghukum saya dengan caci dan cerca.
mereka merasakan mereka lebih tahu menguruskan duka.
mata yg memandang begitu kejam menyalahkan bahu.
sedangkan mata tidak pernah tahu azab memikul begini.
Begini lah saya di hujung usia.
Kalah dan gagal dlm segalanya
Mencari  bahagia tapi kecewa yg saya terima.
Yang sudi berkongsi duka saya hanya lah saya.
Yang masih ada hanya lah sisa harapan.
Yang mengetahui segalanya hanyalah Mu Tuhan.

 Hukum alam mengatakan,
Ketawa ramai ramai, menangis bersaorangan.




Sunday, December 15, 2013

Mummy x reti.

Tiba tiba nafas dia deras.
Saya test nadi, memang laju.
133
Saya ambik bacaan tekanan darah dia,
Haah...155/114
Apasal tinggi nih?
Suhu badan biasa tanda x ada demam pun,
Kenapa ni, tak tau nak buat apa rasa nya.
Check seluruh tubuh dia,
Kot dia stress kes tak selesa ke hapa.
Ok semua nya,
May be saya kena continue bagi dia amlodipine.
Nak bagi metoprolol sekali takut darah turun mendadak pulak.
Tapi metoprolol boleh bantu slow down jantung yg laju tu.
Badan dia mulalah merah2 berbingkai mcm allergic.
Yakin bukan allergic, sbb cepat hilang.
Bila dia kurang stress,terus hilang, eluk jer kulit tu.
Nasib baik mata dia ok bukan pandang ke atas.
Risau gak takut sawan.
Saya dah stop phenytoin baru ni.
Dah lama sgt makan ubat tu sedangkan dia x pernah fitting pun.
Bisolvan pun saya dah x bagi.
Dia dah tak ada problem dgn paru paru.
Tak perlu dah ubat tu
In facts tak perlu buat suction acap sgt dah.
Sekadar cuci DB Tracie jer.
Satu lgi yg membimbangkan saya ialah tiub gastro dia tu.
Tak tau lh saya tahan selama mana.
Ke kena ganti baru?
Aduhhh....Bukan senang nak jadi ' Misi Segera' ni.
Misi bertahun kursus baru lulus.
Saya sekadar naluri seorg ibu.
Ubat yg saya bagi hari2 hanyalah
Kasih sayang.
Ja, maafkn mummy kerana mummy sgt takut.
Takut mummy tak dapat buat yg terbaik buat Ja.
Takut orang lain salahkan mummy kalau apa2 berlaku pada Ja.
Takut Ja tidak mendapat rawatan yg sepatutnya,
Tapi mummy nak buat mcm mana,
Mummy hanyalah cikgu sekolah yg hanya kenal whiteboard dan marker,
Mummy hanya seorg ibu yg seboleh bolehnya tak nak Ja makin sakit.
Please tell me what to do.......Please!

Nurun sapo laaa......

Pernah tak awak rasa takut sungguh sungguh?

Bukan soal hantu lah,
pasal suntikan.
Betul, jangan tak caya,
saya takutkan suntikan ngalahkan orang lain.
Zaman sekolah dulu masa kena suntikan di darjah satu,
Saya buat perangai..Kecoh
Sekolah terpaksa panggil ayah saya ke sekolah.
kena marah kat ayah pun tak per asal tak payah kena inject.
(last2 kena jugak dgn bantuan 4-5 orang guru)
Dulu, kalau nak ke Pulau Pinang kena injection.
Mungkin sebab naik keretapi melalui Thailand .
Ayah bawa saya untuk dptkan suntikan.
Saya ingat lagi macam mana saya peluk doktor yg nak suntik saya tu.
Peluk stail monyet sampai dia tak leh nak pegang jarum pun.
Bila terlepas pelukan, saya meronta ronta menangis satu klinik dengar.
Masa tu klinik di depan stadium sebelah padang tu.
Bila terlepas, satu padang saya lari..
Haa..tu zaman budak.
Sewaktu nak menunaikan haji dulu pun nasib baik tak jadi tajuk akhbar.
Pegawai yg nak inject saya tu sampai sudah, tak leh inject.
sebab nya saya menggeletar...Hehehehe, saya pun segan sebenarnya kat pegawai tu
tapi nak buat macm mana takut sgt2, sampai tak leh berdiri, pucat dan tekanan darah turun mendadak.
Last2 saya pergi dptkan injection dari doktor yg saya kenal.
Dah kenal tu bukan tak takut, tapi tak segan lah nak melalak pun.
Saya boleh menerima suntikan hanya waktu saya sakit sgt2.
Jam tu tak kesah lah sebab kita tak tau pun kita akan di inject.
Tau2 jarum dah menembusi kulit.
Kat sekolah, bila team kesihatan dtg untuk inject BCG murid2 darjah satu,
saya selalu cakap kat anak murid saya...
"Eleh, jarum kecik gitu tak yah nangis laa...bukan sakit pun, semut gigit lagi sakit.Siapa nangis nanti ticer nak tulis nama dia besar2 kat whiteboard..Tak malu?"
Nasib baik team kesihatan bukan datang nak inject cikgu,
kalau tidak,
nama saya lah yang paling besar terpampang kat whiteboard tu!



Saturday, December 14, 2013

tinggal mimpi saja lah.

Terliur sungguh tengok orang buat pasu tembikar.
Dari dulu lagi saya berangan nak ada studio sendiri
nak buat pasu, nak hias dan nak hadiahkan pada kenalan.
Nak meja yang berpusing pusing tu, letak tanah liat jadi pasu.
Apa nak buat, hobby tinggal hobby..Tak kesampaian.

Teringin juga nak buat batik sendiri
Nak alirkan perasaan pada lukisan
Nak warnakan kain putih dengan corak dari hati
Nak sebuah bilik untuk lahirkan gubahan fikiran

Tengok cantik nya pengantin,
rasa nak buka butik pengantin.
Suka gubah bunga, gubah hantaran dan buat perhiasan.
Suka pada yg cantik dan nak orang lain nampak cantik.
Bestnya kalau jadi boss di kedai sendiri.

Tidak kurang juga rasa nak belajar masak
Nak ambil kursus berkaitan masakan
nak beli segala gadjet untuk memasak
Nak buka kelas memasak secara percuma
Nak bukukan ciptaan resipi
nak jadikan pusaka buat puteri2..

Hadoiii...macam macam
Segala nya angan angan
Sampai tua segala perancangan tak menjadi.
Sebenarnya bukan tidak berpeluang
tapi kerana kehendak diri sentiasa di letakkan ke tepi
Sentiasa tangguhkan permintaan hati
Lebih sibuk memuaskan hati orang lain
Menghargai untuk di hargai..
Tapi bukan begitu rupanya hukum alam
Ada kala kita seperti kalah judi.
Banyak yg di pertaruhkan,
tapi saya tak dapat apa apa.
Di akhir jalan,
saya sesat sendirian
.

.


Adakah dia tau?

N3 tengah malam.
N3 mengikut hati.
Tidak semua memahami apa yg bermain di fikiran.


Senyap sunyi alam sekeliling.
Sepi menjadi teman setia.
Sejuknya sunyi membekukan hati.
Di waktu ini,
segala kenangan menerpa.
Segala bahagia sementara bermain di mata.
Cinta dan kasih sayang hanya pinjaman.
Rupanya banyak sungguh kita cipta kenangan
kenangan2 manis itu ,
Sudah menjadi pahit dan tidak mampu dihadam.
makin dicuba untuk dipadamkan,
makin acap bersiaran
Mungkin sudah begini nasib suratan,
Terus mencari cinta memburu rindu
Malam makin tua, sekejap lagi pagi menjelma.
Ku sebut nama mu berkali kali..
Tidak pernah jemu menunggu mu
Mengharapkan kau tau yang aku masih di sini
menanti waktu berganti dan masa berlalu.
Membilang saat waktu kau kembali seperti dulu
Malam menyaksikan,
seksanya bila dugaan ini
makin terasa terlalu sarat.
Hati mula terasa lemas
di belit rindu yg menjadi jadi..




Friday, December 13, 2013

Sorang sorang

Kenapa saya kesana kesini sorang sorang?
Urus itu urus ini sorang sorang...
Pelik ke?
Dah memang sepanjang usia pun saya macam tu.
Bukan satu pilihan untuk sentiasa 'sorang sorang'
Dah macam tu, dah biasa begitu.
Sorang sorang itu lebih mendamaikan.
Tidak perlu jaga hati orang lain.
Tepuk dada tanya selera,
Nak buat apa, bila dan bagaimaan
semuanya saya yg tentukan.
kalau buat silap pun sendiri tanggung sorang sorang
Kalau hati resah pun resah lah sorang sorang
kalau menangis laaagi lah sorang sorang.
Cuma bila gembira riang ria suka hilai dan ketawa,
masa ni ramai lah yg kongsi rasa.
kalau ketawa sorang sorang tu dah kes lain pulak.
Tak mau lah saya ketawa sorang sorang.
Kadang kadang ada juga rasa nak share, kongsi payah.
Tapi siapa yg nak kongsi payah orang lain?
Mana ada orang yg sukarela nak kongsi payah?
Jadi nya, untuk menjawap soalan awak tadi,
begini saja lah.
yer, saya tidak apa apa walau terpaksa 'sorang sorang '
Mati pun sorang sorang.
Tak gitu?

Jangan buat macam ni...

Takut nya saya...
Bimbang.
Orang seperti saya yg cetek ilmu IT ni,
kalau orang ceroboh blog saya pun saya tak reti nak tangani.
Tapi setakat ni alhamdullilah, tak terjadi macam tu.
Sekejap tadi, saya scroll blog2 yg saya follow.
Saya singgah di blog kawan saya.
Blog ni, penuh video lucah yg baru di muat turun.
Astaqfirullah...kerja siapa ni?.
Saya kenal pemilik nya,
tidak macam tu, mustahil macam tu.
Dia belum tau agak nya yg blog dia dah di sabotaj.
Memalukan.
Kesian dia tu..
siang nanti lagi lah tersebar..
Slalunya saya ke blog dia bila nak baca pasal herba.
Ni pun singgah sebab nak baca pasal projek terbaru dia.
Dia pakar bab kebun dan tanaman.
Seorang cikgu yg ramai follower.
Di segani dan usia pun sebaya saya.
Sampai hati orang yg buat macam tu.
Kalau dia ke blog dia nanti,
menangis lah dia...
Kesian.
Zalim nya manusia.
Boleh saja merosakkan orang lain hanya dgn kemudahan dunia cyber.
Persoalannya sekarang,
Macam mana nak elakkan?
Kalau terjadi kepada kita, macam mana kita nak delete benda2 tu?
Bagaimana kita nak hentikan pencerobohan blog begitu?
Bagaimana nak bersihkan nama?
Takut sungguh saya bila fikirkan yg di alam cyber ni kita terdedah pada segala nya,
orang boleh buat apa saja untuk malukan kita.
Mintak Tuhan jauhkan.
Astaqfirullah,
nak hati hati tapi tak tau macam mana.
Cepat lah buka blog awak tu,
Cepat la..sebelum lebih ramai orang singgah.
Takut nya....Bimbang nyer...

Thursday, December 12, 2013

Pewaris bidadari itu....

Anak siapa lah ni..
Mudah ketawa.
Membesar dlm dakapan nenda.
Tumpuan kasih sayang.
Belaian hati setiap yg memandang.
Anak siapa lh ini,
Putih bersih dan bundar matanya,
Jejari mulus geram setiap mata yang memandang.
Membesarlah tanpa apa pun kurang,
Kamu anak bertuah,
Mewah perhatian dan sokongan.
Ja,
Tenanglah di perbaringan,
Cahayamata kedua kamu,
Tak apa apa..
Kami sayangi dia,
Kami puja..
InsyaaAllah Tuhan berkati dia,
Murahkn rezeki dia,
Lindungi dia dari mara bahaya.
Iyaad,
Berbanggalah...
Ibu kamu seorang wanita
Yang kental semangat juang nya.
Ibu kamu..
Menyayangi kamu berdua sehingga
hujung nyawa..
Saya,
Berlapang ada lah,
Perancangan Tuhan ada hikmahnya,
Jadilah kuat,
Hanya untuk lmaad dan lyaad.

Lebat nya rindu ini

Rindu
Rindu pada kelmarin.
Rindu serindu rindu nya
biarpun segalanya sementara dan palsu belaka
tetap rindu juga
Hati tidak pernah menipu
Di wajah boleh saja pura pura tidak apa apa
Di hati rindu menebal
Kembalilah.
Pulangkanlah.
Mungkin esuk bila aku sudah tidak mampu senyum
tidak guna ketawa  dikembalikan
Bila nanti bernisannya harap.
berpusaralah segala cinta.
Rindu pada mu
Hanya Dia saja yg tahu.

Wednesday, December 11, 2013

Probability...

Is there by any chance, my life will change for the better?
Is there?
Whats the probability?
1,000,000,000,00 -1?
At my age, that is so pathetic..
I afraid that I have to get ready for the worst which is more likely to happen
if worse comes to worst, I just hope that I won't live long.
No, I am not asking for it,
but being me and my ill luck,
there are possibilities...
Is this the price that I have to pay for the sins that I made?
looking back at the wrong choices that I made in life,
all I have now are regrets..Full of regrets.
Sick of regrets.
No, I do not know why am I posting this silly N3.
Yes, one thing for sure right now I just feel like rubbish.
Rubbish, thats what I am.
Whats the probability of me being treated like rubbish?
1-1.
Thats it.

Sorry Uols, just to let go of this negative feelings inside.Hope to feel better afterwards.

Iffah ni....

Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan daging, last masukkan air.
Versi Iffah-masukkan semua sekali gus!
Mummy salute Iffah ...
Iffah is the best!
Punah segala resipi.
Semalam ajar dia masak.
Percubaan yg kesekian kali nya.
" Kenapa kena masak, beli jer lah.."
Tu ayat intro dia yg buat darah saya mula mendidih.
malas nak jawap.
Iffah, menumis ni asas segala nya, Budak 5 tahun pun reti.
Budak 17 tahun ni bawang putih dengan bawang besar pun tak leh beza..
Ok, now you do it!
(kalau Anis ada kat rumah, Anis gelak guling2)
Sekejap jer Iffah masak..
She do it her way.
Siap, semua kena makan.
Makan!
Kena makan dan tell me what do you think of her cooking..
Tak terkata semua nya!

Tuesday, December 10, 2013

Jangan risau Nis,

Anis frust.
Permohonan dia ke sekolah asrama penuh gagal.
Sepanjang tahun pengajian, dia sentiasa cemerlang.
Dia memang nak sgt ikut jejak kakak2 dan abang dia,
Mereka  semua belajar di sana.
Saya tak tau nak cakap apa.
Tak ada rezeki dia lah.
Bersekolah di mana2 pun sama saja,
Asal rajin usaha.
Anis,
Tuhan tahu yg terbaik buat Anis.
Ada lah tu perancangan dari Tuhan yg tersembunyi,
Mungkin esuk2 Tuhan nak gandakan rezeki Anis.
Mungkin ada hikmahnya.
Kita tak tau tapi yakin lah begitu.
Think positive lah.
Mummy tau Anis kecewa,
Bersabar lah,
Benih yg baik jika jatuh ke laut pun menjadi pulau.
Di mana saja pun Anis bersekolah kalau Anis rajin,
Kejayaan tetap menanti.
InsyaAllah.

Rezeki jangan di tolak....

Okk Alohlaa...
Bakpo tok oyak awal awal lagi?
dah siap berhempas pulas membanting tulang goreng nasi,
Dia bawak nasi dagang untuk breakfast.
Kalau tau awal awal
tak lah nangis2 kupas bawang
tak lah rendam ayam beku
tak lah susah payah makan nasi goreng yg tak sedap nih.
(Suah Payah dan tak sedap pun sepinggan tak cukup tadi, siap tambah lagi)
Dah tu 'terpaksa' pulak makan nasi dagang ni.
Terpaksa pulak habiskan 3 jenis lauk ni.
Terpaksa bermaksud mesti makan. kena makan.
Kalau tak makan, mak saya marah-ayat anak murid di darjah satu.
Saya nak diet hari ni, dah kena KIV niat saya tu.
Tak baik macam tu....
Cian kat perut saya ni, kerja lebih masa.
Kerana nak diet maka saya terpaksa lah makan nasi dagang sepinggan cuma.
Sepinggan nasi dagang, sepinggan nasi goreng...
Hmmm...Sedap wei.
Alhamdullilah, Mak saya cakap rezeki jangan di tolak.
Mak saya juga cakap saya lebih comei bila gemuk berisi.
Betul ke ni mak..Ke mak takut nasi dagang tu tak habis?
Ada siapa2 lagi yang nak seksa saya, dera saya?
Boleh aje.....
Dipersilakan...

Monday, December 9, 2013

Nak tutup telinga.

Bila tengok dia tak ada perubahan apa apa
meski pun pelbagai usaha, pelbagai doa dan pelbagai pinta.
hati bagai mau teriak.Dah! malas dah berharap.
ini kah yg di namakan putus asa?
Muak dah dengar cerita orang tu begitu, orang ni begini..
Mungkin dia tak seperti orang lain.
nasib dia dan nasib saya,
begini akhir nya.
Pun begitu,
Dia kami selimuti dengan kasih sayang yg menebal.
Tidak surut semangat yg kami bisikkan ke telinga nya
Menganggap dia masih mendengar segala tutur kata
dan dia sentiasa tahu yg kami sentiasa ada buat nya
Biarlah dia masih begitu,
Tuhan masih beri kesempatan untuk kami manjakan dia
Sekurang kurangnya hari ini,
anak anak nya masih ada ibu yg mereka sayangi.
Dia juga masih ada keluarga, masih amat di ambil peduli.

Rehatlah selama mana yg kau perlukan duhai anak.
Tenang lah di sisi ku.
Damai lah dalam tidur mu.
Mimpikan syurga yg tersedia
jangan gusar wahai wakil yg akan menunggu ku di pintu syurga,
Segalanya masih mampu mummy uruskan.
Semoga Tuhan permudahkan segala yg payah.
Mungkin hari esuk lebih cerah.
Redha itu payah.
Tapi lebih baik menerima saja segalanya dari
mengharapkan yg belum tentu..
Sudah sudah lah mengayam mimpi dari buih sabun,
Noktahkan lah bayangan dia yg lalu.
Hadapi saja dia yg kini.
Begitu atau begini,
Ja tetap dekat di hati mummy.
 



Jujur sejujur jujurnya

Baju yg menampakkan saya gemuk atau sememangnya saya gemuk?
Jawap biar ikhlas,
X nak jawapan stail ambik hati.
Saya janji akan terima saja kenyataan.
Ada brani?
Hahaha...
Bosan sebenarnya pagi ni, x ada kerja.
Soalan perangkap maut ke2
Do I look sad?
Ok, ni saya jawap.
Tak lah.
I am always smilling,
No matter what,
No matter how bad things are.
Senyiuuuummmmm....!
by the way,
Jgn duk komen pasal lain,
Terhad pasal saiz jer.
Ok?

Akak faham dik.

Dia lain dari yang lain.
Saya tak mau salahkan sesiapa
Dia yg pilih hala tuju dia.
Halal haram dia yg tanggung
Kita tak berhak nak rasa yg kita lebih baik dari dia.
Pondan
Lelaki lembut
Macam2 gelaran yg di berikan.
Kalau yg duk kat lorong2 dan buat kerja haram tu saya pun nyampah tengok.
Dia tak macam tu, dia kerja keras cari makan.
Saya kenal dia sewaktu saya mencari cari juru make up untuk majlis perkahwinan anak saya dulu.
Dia menjadi pilihan saya dan saya puas hati.
Sopan dan senyum sokmo.
Jujur dan sedia membantu tanpa byk songeh
Menghormati orang tua.
Cantik? sememang nya lebih cantik dari perempuan asli.
Dia sangat rajin, bukak kelas dandanan, jual kosmetik dan alat2 dandanan.
Kaya raya dah sekarang.
Kotor kah duit yg di hulurkan kepada orang tua nya?
Hina kah dia ?
Di mata saya,
walau pun dia keliru dengan diri sendiri,
tapi dia tidak memayahkan orang lain, biarlah..
Saya kasihan kan dia, tak tau camana nak bantu dia agar dia berada di landasan yg betul.
Kesian sangat sangat..
Saya sentiasa ingat kata kata dia..
"Kak Hani, siapa nak jadi macam ni, saya pun tau malu kerana tak serupa orang tapi nak buat macam mana, dalaman saya tak serupa yg luaran.Kadang kadang saya rasa tak nak terus hidup tapi tak kan nak bunuh diri pulak."
Betul juga, cuba kita jadi macam dia sehari saja, boleh ke, senang ke, mampu ke kita?
Kalau saya, bila tgok orang pandang2, jeling2 dan bisik2 bila selisih jalan,saya terus ubah balik penampilan.
Itu kita yang boleh brubah sebab kita hanya berlakon..
Dia dah asli macam tu, nak berubah macam mana?

Sunday, December 8, 2013

Tempat jatuh lagi di kenang...

Magrib dah..
Cepatnya siang menutup tirai.
Sehari suntuk saya sibukkan diri.
Terpaksa sibukkan diri untuk rehatkan minda.
Badan penat tidak apa,
minda penat paling saya tak suka.
Ke hulu ke hilir urus hal2 duniawi.
Ja ditinggalkan bersama Misi peribadi.
Saya selaku drebar jer,
pun sudah cukup
janji saya terlalu sibuk untuk layan hati.
Sambil memandu ada juga sekali sekala terkenang kenangan lama
tambah2 bila keudara lagu2 yg menyentuh jiwa...
Aduhh...Payah nya melupakan kenangan.
Detik2 bahagia walau tak lama tetap tidak boleh dilupakan.
Begitu juga saat2 hati terluka..
Ingat sampai bila bila..
Dendam adalah beban yg berat yang tak sepatutnya di galas.
kemaafan adalah penawar hati
tapi
bukan mudah memaafkan,
kalau mulut mengucapkan kata kemaafan pun,
hati tetap tidak lupa
Tetap ingat setiap luka.
Tadi sewaktu terdengar lagu lama.
-berhenti berharap-Sheila on 7-.

Aduh, berdarah kembali luka itu...


Marathon

Nak lari.
Tapi nak lari ke mana?
Ke bulan? Ke bintang?
Lari bukan selesai masaalah pun.
Tau, saya bukan nak lari untuk selesaikan masaalah.
Saja saja nak lari, nak bebaskan sesak dalam dada.
Bila begini, saya rasa sempitnya dunia saya.
Terperangkap dan terpenjara bukan hanya jiwa,
Hati ikut menerima hukuman alam.
Nasib baik minda boleh gak trlepas..
Pun begitu, saya bukan nak lari for good.
Lari sekejap, bawa diri sekejap, bawa hati.
Still the same problem, where to n how.
Sebenarnya niat saja tu.
Niat sewaktu otak tersumbat.
Tak buat pun.
Paling2 saya pandu kereta tanpa hala tuju.
Ikut lah nak kemana pun.
Puas kalau perjalanan sampai ke hujung jalan.
Parking mana2 dan menangis puas2
Bila lega, balik rumah,
Solat sunat, baca quran sehelai dua.
Ngadap fbook, blog dn yg sewaktu dgn nya,
Makan dan tido.
Bangun nanti mengadap pahitnya realiti sekali lagi.

Saturday, December 7, 2013

tak ada kawan malam ni

Anis dah terbang keluar sarang untuk bercuti.
Keian dia tu, memerap saja kat rumah cuti tahun ni.
Usahkan ke luar negara, ke luar rumah pun payah.
Jauh bezanya cuti tahun ni dgn tahun2 sudah.
Tapi dia faham, dia tidak meminta minta.
Dia tahu kepayahan saya.
Tapi kerana dia berhak untuk bercuti,berhak untuk enjoy the school holidays,
lagi pun dia cemerlang dlm UPSR baru ni, biarlah dia rayakan kejayaan dia tu.
saya benarkan dia ke ibu negara bercuti dengan darah daging dia yg lain nya.
Maka hari ni dia terbang dengan hati yg tersangat happy.
Risau jugak bila fikirkan dia sorang2 di airport tapi tak apa,
biar dia brdikari...
Sekejap tadi dia SMS.
Dah sampai dan dalam kereta Cikna now.
Lega hati saya.
Take care dear and convey my regards to everybody.
Do say hello to our condo and whisper to the walls that I miss being there very much.
Dahhh........tak mo ingat2 lagi kenangan itu.
Gud night n sleep tight Anis....

Paling saya nak..

Saya nak' Lampu Aladin'
Yang ajaib tu..
Yang boleh tunaikan hajat.
Jin gemuk bertoceng tu tak payah.
Dah ada.

Begini sebenarnya

Kadang kala
nak bergantung di tali harap,
biar sehalus rambut,
nak bergantung jugak.
Harap2 doa yg berterbangan ada yg
di sambut dan di makbulkan.
Mana tau rezeki masih ada,
buat Ja dan saya.
Masih menadah rahmat
mungkin tidak semua tiris di celah jari.
Kadang kala
sudah puas berharap.
Tidak mau bermimpi lagi.
Menerima saja seadanya.
Kita tamatkan usaha.
Kita noktahkan rayuan2,
mengadap Mu Tuhan hanya untuk meminta
dipermudahkan perjalanan dia.
Tidak apa lah, saya tak apa pun,
payah ini milik saya
Redha.
Kadang kadang saya menarik nafas panjang,
rentetan sejarah hidup dan masa depan
berbingkaikan tangisan.
Cukup cukup lah bahagian ini
Saya dah tak berdaya lagi
Kadang kadang
Saya terasa diri bagai di lupakan.
Kadang kadang bila dapat sokongan dari yg mengerti
saya merasa lebih aman dan tenang
Ruang untuk bahagia masih ada biarpun sempit.
Merekalah yg mengembaslikn senyuman
dan memimpin saya untuk melangkah
ke hadapan.
betul lah kata orang,
Hati sendiri lah yang paling payah untuk di jinakkan.



Friday, December 6, 2013

Sepatutnya hanya ambik ubat batuk saja.

Baru balik dari Klinik.
Doktor tu tanya khabar pasal Ja
Berbakul bakul lah nasihat dia buat saya.
Dah terlanjur ngadap doktor,
saya buat2 tanya soalan yg saya dah tau jawapan nya.
Saja gatal mulut cari serabut otak.
Cari pasal sungguh.
Soalan skema lah..
"Doktor, anak saya tu ada ke peluang untuk sembuh?"
Dan jawapan nya pun skema.
"Tak ada. Belum pernah ada orang yg Hypoxsic boleh recover."
Ambik! Dah tau nak tanya sangat.
Dah beribu kali doktor2 duk cakap gitu.
Tu ikut kajian lah..
Dah tu mula lah episod tak leh tidur malam.
Mula lah nak marah2...
Mula lah nak nanges2
Mulal ah bodoh!
Mulut ni pun satu hal lah.
Jahit kanggg....
Tok sah harapkan keajaiban dari Tuhan.
Stop talking about miracles.
So slim, not worth building false hope...
Bertapak di bumi nyata walau pahit telan jua.
Rosak mood saya hari ni.
Ni kul 10 mlm, rasa nak cepat2 feeding Ja.
Lepas ni nak masuk dlm selimut dan cry my heart out.
Huhuhuhhuhuhuuuu...............!
Biarkan saya jadi bodoh sekejap yer,
Esuk saya baik lah.
InsyaAllah esuk rational lah sikit  otak ni.
Macam tu lah mood orang yg rosak hati nya..
Mood : ke laut..

orang yg paling saya tak suka dekati adalah dia...

Iyaad yg beruia 6 bulan setengah dah tumbuh gigi.
Nenek yg berusia 53 tahun ni dah luruh gigi.
Belum luruh tapi rasa2 terpaksa pergi luruhkan.
Saya ni kalau ada saja masaalah gigi,
risau nya besar bukit, besar gunung lagi tepat.
Maklum lah orang penakut macam ni lah.
Selagi gigi tak sakit nak pecah kepala,
selagi tu tahan.
telan pain killer,
Tampal koyok
sumbat minyak cap kapak
segala petua saya buat.
Tak kira petua munaabah ke tidak, janji tak payah ngadap doktor gigi.
Ada satu petua ni, lawak laaaa...
kata nya ambik papan/kayu.
tukul dan paku.
Sambil ketuk paku tu ke papan guna tukul,
sambil niat dalam hati
"Aku bukan ketuk paku tapi aku ketuk ulat gigi"
Siapa punya idea lah ni...Hahahahaha....
Saya nak cuba lah...
" Aku bukan ketuk paku tapi aku ketuk kepala orang"
Agak2 berlubang tak kepala orang yg saya niat kan tu?
Padan laaa.....
yang bawah bumbung ni semua dah berlubang kepala tu..
Sorang tu berlubang lubang sampai tiris dah otak..
Tak ada ruang untuk di lubangkan dah..
Aduhhhh du du du....
Ulat gigi masih giat menggerudi,
Iyaad, nanti jaga gigi eluk eluk tau,
Nenek ni tanggal gigi pun padan lah dgn usia,
tapi ada orang tu seperti burung kakak tua di jendela,
gigi tinggal dua, yg lain gigi palsu semua.
Opppsss...Ampunnnnn...
Silap hari bulan kepala saya yg berlubang nih.



Thursday, December 5, 2013

melebihi paras bahaya.


Bila dengar saja paras air di sungai dah mula naik,
saya tak leh duk diam, nak sangat keluar tengok dgn mata sendiri.
Jom Anis, kita keluar beli barang dapur.
Mesti beli kat Tesco.
Sebabnya...
Tesco tepi sungai.
Good reason to go.
Jadi nya dah kebetulan bersusah payah shopping barang dapur,
why not pergi tengok air sungai.
dekat jer, walking distance.
So, up up and away.
Dapat juga tgok air yg dah nak melimpah.
Happy.
Hantu air jumpa banjir.
 Deras nya air dari hulu..
Kuning berlemak..
Pekat.
Laju angkut sampah..
Terus ke laut atau 
mungkin petang ni muntah di birai ini.
Wahai deras nya arus,
ku sembahkan duka ku..
Bawalah ia pergi jauh dari ku
Hanyut lah segenap kesal yg membusung
Pergi lah...Nyah lah....
Ku lihat ada kayu mati terumbang ambing 
mabuk menari nari di air yg menggila.
sekejap tenggelam sekejap timbul
Hilang kuasa dan suara..
Menunggu pecah di kuala.
Kesian kayu mati itu..
Nasib nya tak ubah seperti aku.

Sekuk Tawar cicah Kopi O

Khabarnya hujan lebat telah membawa banjir ke rumah mak mertua saya.
Rugi lah air naik di tengah malam,
kalau tidak,
swimming pool size olympic tu sah ramai perenang negara di dalam nya.
Saya perenang tetap tapi tahun ni terpaksa pencen.
Khabarnya jalan utama pun terputus hubungan waktu hujan lebat tadi.
Biasanya jalan tu tak lah banjir teruk,
mungkin kali ni ada air sebak di mana mana..
Apalah yang menyedihkan langit tu,
sampai begitu sekali tangis nya tadi.
Di ini saya ditemani lagu hujan.
Sejuk sampai ke tulang.
Sejuk sungguh.
Berstokin dan menaip pun bawah comforter.
gigil2 dalam dada..
Apa sejuk sgt nih?
Laaa....Siapa bukak air con hujan2 gini?
Padan lah sejuk, ingatkan kesejukan hujan.
Sejuk palsu rupanya.
Yang tak palsu hanya lah bunyi perut ni.
Hujan bagai petik butang lapar ...
Musim ini musim 'Sekuk cicah kopi'
Bukan sekeping sekali cicah, dua sekali gus..
Biskut Tawar cap Ping Pong tinggal sebaris lagi.
Esuk kena keluar beli..
Pasangan Sekuk Tawar ialah Kopi O.
Kopi Cap Badak Cap lain tak leh.
Cicah ngap, cicah ngap..
Sebaris biskut dari peket lenyap sekelip mata.
Sepeket ada 3 baris, 3 kali kelip mata habis lah.
Sudah nya saya yg jadi badak..
Padan lah Kopi tu cap badak....
Adoiiii.....Hujan2 ni makin giat ternak lemak.
 


Wednesday, December 4, 2013

Demi saya

Dia rajin berbudi pada tanah.
Saya rajin makan hasil dari titik peluh nya.
Dia kalau datang rumah saya bawak segala jenis hasil tanaman.
Saya kalau ke rumah dia, bawa balik macam macam.
Baru ni dia bagi ubi kayu seguni.
Sedap..ubi muda dan baru di gali.
Marin saya yg tak reti malu ni,
mintak nak lagi...
Aduyaiii.....
Hari ni hujan, tapi dek kerana saya, teman baik ni,
dia gali juga ubi walau basah kuyup.
maka terhasil lah puisi 'Gali Ubi' ni
Lawak laaa awak ni Nae.
anyway, tq Nae dan Jae,
sepasang suami isteri yg sentiasa memberi sokongan moral buat saya.
You both are awesome!
Ni puisi dia yg nak saya kongsi dgn pembaca sekelian..

Cikgu Nae Paras air tidak lg memintas buku lali apatah lg paras lutut dan pingang
Cuma tak tahan curahan yg menimpa
Diriku bak burung pucung kesejukkan

Menahan curahan yg mencurah curah
Ku gagahi jua demi sahabat
Cangkul ku hayun penuh longlai
Ku tarik ku hentap ku gocang
Dicabut satu persatu
Ku leraikan selut dan lumpur
Demi mendapatkan serumpun dua
Sekadar sekali rebus mau pun sedikit kuih
Agar memenuhi kehendak diri
Sebagai tanda ingatan
Bagi mengharungi banjir yg melanda diri
Jua tanda sokongan agar badai dan taufan yang melanda
Akan segera pergi
Semoga diri kembali tegak berdiri
Terhindar segala dugaan dan rintangan
Biar ia segera pergi
In Sha ALLAH doa yg dipanjatkan
AKAN SEGERA TERMAKBUL...


Hebat kan?




Lemas

Sudah banjir kah di daerah mu?
Sudah terlebih basah kh bumi?
Debar mata menilik air di buku lali
Entah sekejap lagi ke paras pinggang.
Angkut lah kenangan mu pindah bersama
Sudah penuh bahu mengusung resah
Jejak yg ditinggalkan sudah tenggelam
Biarlah banjir mengikis sejarah semalam.
Esuk bila tengkujuh berundur,
Bilang lah cinta yg masih setia.
Yang hanyut itu hanya mimpi dan
saki baki rindu semalam
Tebal lumpur di lantai jiwa perlu dibersihkan
Bayang2 kelmarin larut bersama hujan
Hati yg sejuk mula berkulat lapuk
Mentari merajuk mengajak waktu
merangkak dan kiam sekali sekala
Harap2 kau belajar berenang,
Kerana kebanjiran hati bisa saja
melemaskan.
Pun begitu..
Banjir di daerah mu tidak
Sedasyat banjir di hati ku...

N3 awal pagi

Tuhan ku...
Pintu Mu ku ketuk,
knock knock
knock knock
knock knock
knock knock
knock knock
........
.......
berkali kali kali kali....
Tuhan, pintu Mu ku ketuk,
Buka lah pintu rahmat Mu untuk ku..
Buka lah...
Buka lah
Buka lah
Buka lahhhhhhh...........
Subhanallah,
Walhamdullilah
Walailahaillah, wallahuakbar..

Tuesday, December 3, 2013

Tuhe jah tau

Hujan berek berek
Langit gelap gguguk
Katak galok
Kambing kembung perut,
Ubi rebus berasap
Nyior parut dan
Putu halba.
Air takkung di tangga
Leccah.
Kaki sejuk cari selimut
Hati beku.
Wei laa...
Uje uje nih,
Tok seko,
Tiba tiba
Teringat ko dio.

Saya undi Mud....

Bukan hanya orang bijak pandai,
orang tak bijak dan tak pandai pun sama pentingnya.
Sebuah negara yg maju membangun memerlukan segala kategori otak.
Semalam kawan saya marah2 pasal Tukang kebun dia pecahkan pasu laman.
"Dah berkali pesan supaya hati2...Tak reti reti lah, memang banggang ke hapa Si Mud nih..."
Nani, memang lah dia payah nak reti.
Dia tak sekolah pun, membaca pun tak tau..
Lurus bendul....
Budak lain duk cyber cafe, duk rempit, duk dating kalau seusia dia
Yang bijak pandai duk U, yang bodoh tapi berlagak pandai malas kerja..
Mud banting tulang bantu ayah ibu cari belanja harian
Tapi, kerana dia lah, laman awak tu bersapu.
Kerana dia lurus lah, awak maki dia macam mana pun dia senyum.
Kesian saya tengok dia tu, terbongkok2 hormat orang.
Tu, semail yg awak upah mesin rumput hari tu, yg cerdik tu..
Bukan ke dia larikan perkakas pertukangan dari setor awak?
Bukan ke dia kerja curi tulang..
janji nak datang esuk lagi sekali tapi ghaib tak datang2..
Tu kes dia bijak lah tu, orang bodoh mana tau menipu.
Maka Datin, bersabarlah dgn yang tak berapa cerdik tu..
Syukur dia macam tu, tak reti nak tipu tipu...
Kan Mud kannn....?
Minggu depan Mud dtg rumah Mummy yer, jgn lupa.
Nanti mummy masak bubur kacang hijau yg Mud suka tu.
Biarlah Mud bodoh sikit (Ke banyak?)
Mummy suka sebab Mud suka berterus terang,
"Mummy muda dari Datin ke? "
Hahahaha....nasib baek ko tanya belakang Datin,
Kalau depan Datin,
Mau nyer hilang kerja tetap ko tuh!
Hari tu Mud larang saya duduk di bangku lama tu,
Dia kata " Mummy gemuk, bangku tu goyang, tambah rosak nanti"
Sampai hati ko Mud.
Mud, ko tak payah jadi perancang ekonomi lah,
ko dah cukup baik jadi Tukang kebun..
Menghiburkan daku...
Ok, Bubuk kacang cicah roti goreng.
Beresssssssssssss...!

Monday, December 2, 2013

Saya lah ni..

10 perkara yg tak betul mengenai saya.Ada ke patut katanya saya macam ni,
1. Sombong
2. Tabah
3. Gagah
4 Berani
5 Pemaaf
6 Keibuan
7. Loaded
8 Hati hati
9 Matang
10. Mudah ketawa
Salah laaa....Saya sebenarnya,
1, Mudah mesra cuma kena kenal dulu, x reti break the ice saja.
2. Tak tabah mana pon, tu pasal buat acap keputusan mengikut hati
3.Lemah sebenarnya, tak mampu menegakkan kehendak hati, sentiasa buat keputusan tanpa rela.
4. Penakut sangat2...acap mengalah kerana tak suka bersaing.
5, Saya pendendam tapi dalam diam..Api dlm sekam.
6. Jauh dari watak keibuan..Tanya anak2 saya, ibu rimau pun tak mcm ni tau!
7 .Hahaha..loaded with problems! sentiasa broke lah, harapkan tajaan saja.
8. Careless..very careless! ada jer kesilapan dlm hidup
9 Childish lagi tepat...walau usia dah tua tapi kadang2 bertindak mcm budak2.
10..Mudah menangis sebenarnya tapi tak suka nangis depan orang, cuba untuk pamirkan senyum, sentiasa ceria...Menangis dalam hati, menangis sendiri dan menangis sepanjang hidup ini.
Haaa...kan dah cakap, awak tak kenal saya kalau yg 10 di atas rtu tanggapan awak mengenai saya.
So now. still want to friend friend a?

Tak kenal maka tak cinta.
Sudah kenal tak cinta pun tak apa.

Si Dia

Agak2 laa,
Kenapa ada yg suka komen pakai nama anonymous..
Tak sudi berkenalan dgn saya kot.
Ke specis pemalu?
Tak apalah, apa apa jer lah...
Saya hargai komen dari semua.
Kalau saya tersinggung saya cakap saya tersinggung
Kalau saya naik hangin, saya lepaskan balik hangin tu..
Hahahahaaa...Ke ada yg nak main sembunyi2 dengan saya,
suka ek buat saya tertanya tanya...
Tapi dari gaya bahasa pun saya dah boleh hidu siapa gerangan orang nya.
Betul, saya ni ada six sense la awak.
jangan main main...
Buat seorang anonymous yg anggap saya tak tau siapa tuan punya badan tu,
dengar sini nak cakap,
Tq Tq Tq...
Always waiting for you to drop by..
Eleh, malu malu pulak...Senyum sorang sorang lah tu...

Pulau pandan jauh ke tengah....

Perkahwinan.
kenduri kendara
riuh suka hilai tamu
Saudara jauh dekat pulang kongsi bahagia
Pah, maaflah,
hari ni kamu menerima menantu.
Hari yg amat penting buat kamu.
sepatutnya aku dari kelmarin,
menghulurkan tenaga.
berkongsi kemeriahan,
Pah, kamu byk membantu ku dulu
Pantun pembuka bicara itu,
Nasihat2 dan pandangan iklas
meringankan minda dan bahu ku.
Pah maaflah,
Hari ini aku tidak dapat hadir,
bukan kerana kekangan masa,
atau kerana kaki ku di rantai
tapi sebenarnya
aku tidak mau di hujani 1001 soalan dan pertanyaan.
Penat nya untuk menjawap,
lelah aku menepis tomahan
Pandangan mata mereka mungkin menjadikan aku gelisah
dan aku tidak mau begitu, merosakkan majlis mu..
Nanti aku kekenyangan bukan dari pulut kuning yg kau hidang,
tapi dari lemak bisikan tamu lain yg mengenali ku dan
masin nya ulasan selari yg mereka hulurkan.

aku kuathir tangisan ku di situ akan mematikan bayu ceria.
Jadi nya Pah, aku terpaksa membayangkan bahagia mu melalui cerita teman2.
tersangat terkilan tapi apa daya ku Pah,
aku tidak kuat lagi sekarang.
Aku dihantui bayang2 semalam.
Maaf lah Pah,
Aku harap kau faham
Kirim kirimkan lah foto riang ria di hari bahgia itu.
Selamat Pengantin Baru Afiq..
Selamat menerima menantu Pan dan Din
Semoga bahagia hingga hujung nyawa..

Saya ada sebab awak apa sebab?

Posting pukul 1 pagi.
Posting sewaktu semua orang sedang tido kecuali orang Eropah.
Saya tak tido bukan kerana saya ikut timeline Eropah,
tapi kerana urusan saya belum selesai.
Pukul 2 nanti baru urusan saya selesai.
Urusan apa lagi kalau bukan urus/jaga kebajikan anankanda Ja.
Mengantuk?
Tak lah, dah biasa
Saya tido awal,seawal lepas Isyak.
Bangkit semula pukul 10 mlm.
Dari pukul 10 tu, saya buatlah apa yg patut, yg wajib dan yg dah jadi rutin.
masa ni juga saya layan fikiran, layan blog dan layan TV...
Kadang kadang layan perut.
Ni yg tak best ni, makan makan makan...
Lepas tu tido.
Haiya....
Yang awak tu terconggok kat sini belum tidor jugak ni kenapa?

Sunday, December 1, 2013

Awak rasa patut ke saya wat camni...

Harap harap tak hujan hari ni.
Saya yg suka hujan pun kalau boleh nak panas sampai ke petang.
Tuh, penuh di ampaian bawah porch tu..
Kain baju minta matahari juga.
Harap2 la kering semua ....
lagi pun hari ni saya nak ke sekolah.
Bertugas dalam cuti.
Tak kena mengena dgn cuaca,
tapi
saya rasa nak buka sayap dan mengepak terbang hari ni.
nak ikut haluan hati..
I really need some space right now.
Apa susah,
Hari ni Private nurse ada temankan ja.
Bibik pun dah ada untuk urus rumah
Anis pun ada boleh bantu mereka..
why not saya ambik kesempatan ini untuk rawat hati...
Lama dah duk berkurung tak keluar2 kecuali ke pasar.
Lama sgt dah saya hanya urus keperluan orang lain,
keperluan hati sendiri saya abaikan.
Boleh kan saya pentingkan diri saya hari ni..
hari ni jer.
Yes, why not.
Niatnya lepas ke sekolah, nak calling2 member
keluar shopping, makan2 dan jalan2...
Boleh ke?
Should I do that?
Tak salah ke?
Ok ke?
Kita tengok saja nanti ok......
Hari ni entah kenapa hati rasa tak gusar, tenang dan happy jer..
So be it...

Syafiqah

Tu nama dia.
seorang gadis yang sopan tutur kata.
Tidak banyak cakap tapi sentiasa senyum.
Bila saya terpaksa tinggalkan ja di rumah,
Syafiqah lah yg menjadi saya.
Private Nurse khas untuk Ja
Mengurus segala keperluan Ja ,
menemani Ja dan memudahkan kerja saya.
Terima kasih Syafiqah,
Mummy harap Syafiqah sentiasa ada.
Jangan berhenti kerja ya.
Susah lah mummy nk cari nurse lain yg seperti kamu.
Ada duit pun belum tentu dapat pastikan,
orang yg di gaji ikhlas dan jujur.
 mummy tak bimbang bila tinggalkan Ja sekarang.
Mungkin Tuhan permudahkan
Bertemu Syafiqah,
hati mummy sangat lapang.

Saturday, November 30, 2013

Kata hati perempuan yang bernama 'Nor'

Adakah saya menguris hati orang tanpa saya sedari?
Mungkinkah saya tersilap memtafsir niat..
Atau
ada kalanya saya menjadi terlalu perasa, mudah trasa dan cepat terluka,
yang membawa kepada keputusan keputusan yg tidak di relakan hati...
Maafkan saya jika terpaksa tidak percaya,
sangsi pada kata janji..
Kerana acap nya setia itu tercalar
maka untuk percaya adalah tidak mudah.
masih adakah ruang kemaafan buat saya,
jika tidak pun, terima saja kebodohan saya.
sebenarnya saya tidak pernah membenci sebegitu rupa,
hati sekadar memberontak kerana kerap kali
diri terasa seperti tidak beharga.

Nor, cuba lah untuk tabah....


Manusia macam macam hal

Memang lah dalam ramai2 manusia ni, saya tergolong dlm manusia yg malang.
Malah ada yg anggap saya paling malang yg pernah dia jumpa.
Ok, terima kenyataan itu, dah nasib nak buat macam mana kan.
Ada juga yg rasa tak sanggup jadi saya,
ada yg kata masaalah mereka nampak kecik kalau banding dgn masaalah saya.
Iyerrrrrr......Faham sangat dan tau sangat.
Tapi hina kah orang yg di duga Tuhan berkali kali ni?
Bau busuk kah badan orang yg di rundung malang?
Berjangkit kah nasib buruk itu seperti wabak yg menakutkan?
Mungkin saya tidak sebahagia orang lain,
tapi saya tidak lah sesusah orang lain juga.
Alhamdullilah, byk yg boleh saya syukuri.
Nikmat Tuhan yg sedikit, yg mungkin orang lain tak terlintas untuk mensyukurinya,
amat besar maknanya buat saya..
Syukur wahai Tuhan,
Walau dugaan buat saya begitu lebat tapi
saya tak seperti mereka..
Saya tak pernah ada beban hutang yang menakutkan.
Tidak pernah terpotong gaji kerana hutang itu ini.
Walau tak jutawan tapi saya juga tak pernah kesempitan kewangan.
Makan pakai cukup, anak2 dapat apa yg sepatutnya mereka dapat.
Dah serata dunia kami lawati dan segala jenis makanan dah menghilangkan lapar kami.
Bumbung tempat berteduh pun cukup memberi keselesaan walau pun bukan istana.
Saya juga bersyukur kerana di beri kesihatan yg baik.
Kawan2 saya yg sebaya saya ramai yg dah berkenalan dengan segala jenis penyakit yg kronik.
Kalau saya kebas jari, kira minima sangat lah bi bandingkan yg terpaksa telan ubat bercupak setiap hari.
Tuhan juga masih memberi saya nafas untuk di hela.
Masih boleh bergelar manusia dan masih boleh melihat anak cucu menjadi dewasa.
Yang penting masih bernyawa dalam keadaan yg tidak menyusahkan orang lain.
On my feet and kicking kata orang putih.
Syukur lagi sekali kerana saya ramai saudara mara.
Penuh rumah kalau ada berkumpul.
Bantuan dan sokongan moral saya kuat.
Sebut di mulut, sekejap saja ada yg sukarela membantu.
Hubungan dgn besan, mertua dan ipar duai sangat akrab.
Saya ada bahu untuk saya sandarkan duka, bila2 masa..
Bukan senang nak kekalkan hubungan begini tapi
Alhamdullilah, tidak ada masaalah bagi saya kalau melibatkan hubungan keluarga.
Kawan2 saya ramai dan saya sentiasa dalam ingatan mereka.
yang jauh tak lupa bertanya khabar,mengirim rindu dan mengutus salam.
Percaya tak kalau saya katakan yg semenjak 6 bulan anak saya terbaring sakit,
belum pernah sehari rumah saya tidak di kunjungi..
Tetamu dtg bawa rezeki buat penghuni nya, kala org murah rezeki..
Alhamdullilah....
 Syukur amat banyak cuma tak larat nak sebut semua.
jangan kata saya ni riak dan nak menunjuk nunjuk pula,
saya hanya nak ulas kebenaran bila ada yg beranggapan yang saya ni insan yg di lupakan oleh rahmat Tuhan.
Salah tu, Tuhan tidak pernah lupakan saya.
Tuhan duga saya supaya saya sentiasa dekat kepada nya.
Samaada saya bahagia atau tidak,
saya banyak kali di duga atau tidak,
ini semua tak penting kerana saya redha.
menerima ketentuan Tuhan seadanya.
Hahahaha...Nak tergelak pun ada.
Apa tidak nya, ada yg kata saya ni tak cukup amalan, itu pasal Tuhan kadha kepayahan.
Apa apa lah....itu antara Tuhan dgn saya.
Salah ke saya sekali sekala meratapi duka saya?
Sekadar melegakan otak yg tersumbat.
Saya kan manusia biasa...
Terima kasih lah kerana memahami keadaan saya dan tidak mencemuh.
Terima kasih kerana tidak menganggap orang2 yg sentiasa di duga ni adalah orang 'pendosa'
Terima kasih Tuhan,
Sekurang kurangnya setengah dari dosa2 saya telah saya bayar di dunia,
Bukan kan dugaan2 itu penghapus dosa?
Alhamdullilah,...




Tarik nafas lega.

Perhatian...Perhatian..!
Ada pengumuman penting nih.
Satu masaalah dah selesai,
at least at a time being selesai.
Last night saya di hadiahkan seorang pembantu rumah.
Happy nyer..............................
Semenjak bibik saya balik indon bulan 12 dulu,
segala kerja atas batu jemala patek.
Daily helper tu adalah.
Tapi tau aje lah kalau nama pun sementara.
kerja tak beres jugak.
Akuuu lahhh jugak!
Malam tadi seorang bibik terpacak di ruang tamu.
Haah?
Wan hadiahkan mummy seorang bibik?
Alhamdullilahhhhhhhh....Terima kasih lah Wan.
InsyaAllah kita pakat doa semoga bibik ni ok.
Bibik yg dulu bertahan bersama saya selama 7 tahun,
Dah seperti ahli keluarga.
tapi syg terpaksa balik Indon kerana dia 'termengandong'
Opsss..Jgn silap faham, kami bawak suami dia sekali kerja dgn kami ni..
(Tu pasal lah, next time jgn pandai2 gaji both husband n wife)
Harap2 yg ni tak bermasaalah.
Yer lah, Bibik2 ni macam gamble gitu,
kalau ok, ok lah..
Kalau tak ok nak buat camna.
Cuma setakat saya duk pakai pembantu ni,
tak pernah lagi yg bermasaalah.
Wan,
Terima kaseh kerana memahami..
Mummy tahu bayaran untuk seorang bibik sangat mahal.
Mujurlah Wan memudahkan.
Syukur.
Harap2 satu persatu payah mummy berakhir.
Sangat berharap begitu .
By the way, Wan dear, tau tak malam tadi Wan buat hati seorang mak mertua sangat happy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...