Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 17, 2013

Mereka sayangkan Ja

Alhamdullilah,
Terima kasih kepada bekas2 penuntut Sek Men Naim Lilbanat.
Atas usaha kawan2 Ja, mereka telah mengumpul dana buat Ja.
Bukan jumlah yg saya nak highlightkan,
tapi ingatan, setia kawan dan keikhlasan kawan2 lama Ja.
Setau saya sejauh Negara Holland, berita pasal Ja telah di war warkan.
Terkedu saya bila bekas2 penuntut SMKA Naim Lilbanat balik Msia dan dtg melawat Ja.
Ramai sungguh kenalan Ja,
ramai yg sayangkan dia rupanya.
Ramai jugalah yg doakan kesejahteraan Ja.
Alhamdullilah.
Tak kurang juga bekas2 pelajar MARA Taiping.
Bekas penuntut jurusan kedoktoran di Cork, Ireland,
semuanya datang untuk hulurkan bantuan.
Bukan dari segi kewangan sahaja tapi tenaga, khidmat nasihat dan sokongan moral.
Tuhan pun sayangkan Ja.
Padanlah Tuhan mengurangkan beban dosa2 Ja.
Padan lah Tuhan membuka pintu syurga buat Ja InsyaAllah.
Siapalah saya untuk menyayangi Ja lebih dari Tuhan?
Astaqfirullah.
SubhanAllah.....
Ja, Ja hanyalah amanah Tuhan yg di pinjamkan kepada mummy.
Sampai masanya mummy harus pulangkan dengan redha.
Ya, mummy tak lupa tu.
.

4 comments:

shaliza said...

Alhamdulillah...

Ros said...

ya kak..
Allah Maha Pengasih dan Penyayang...
kita semua dalam genggamanNya..

pena rozie said...

Alhamdullilah,,...

indah-chan said...

meremang bulu roma sambil bergenang air mata tatkala membaca tulisan ini.. subhanallah. sayangnya aku pada anakmu. yaAllah, sayangilah pja kerana aku dan ramai lagi yang menyayanginya. Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...