Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 18, 2013

Musim minta Zakat dah tiba...

Nak tutup pagar, nanti nyusahkan tamu yg datang untuk lawat Ja.
Tak tutup pagar kang, berduyun duyun Si Peminta Zakat singgah
'Si Peminta Zakat' ni memang selalu hinggap setahun sekali.
Mereka datang dalam kumpulan.

Saya pernah tanya mereka berapa kumpulan asnaf yg membolehkan terima zakat.
Mereka tak tau pun.
Suruh sebut 2 dari 8 pun tak tau.
Hukum hakam tak tau mana, bab zakat beria ia
Sekadar ambil kesempatan cari duit lebih buat raya.
Bukan saya hina mereka tapi saya dah lali dah dgn tipu helah mereka.
Dah lebih 50 tahun saya tinggal di kejiranan ni.
Kawasan ni memang menjadi tumpuan mereka .
Yang tak best nya mereka ni memalukan orang Islam.
Ada ke patut jiran saya yg bangsa lain pun dia orang mintak zakat jugak.
Mana pergi penguatkuasa? Ambil lah tindakan.
Kebanyakan mereka bukan org Msia pun, nun orang seberang.
Mintak tu satu hal, paksa pulak tu.
Siap marah2 kalau bagi sedekah kurang dari yg di minta.
Saya ni kalau setakat nak sedekah tu boleh lah sikit2.
kalau zakat, tak berani saya nak main bayar ikut suka mcm tu.
" Makcik, saya bagi sedekah saja lah, boleh buat beli kueh berbuka nanti"
Wahhh....sewaktu dia hulur tangan, saya tgok rantai tangan emas dia lagi besar dari yg saya pakai.
A yo yo ......

2 comments:

Irfa said...

betul tu, bukan nak hina tp mmg ada golongan yg ambil kesempatan sempena bulan mulia ini

smoga ada perubahan + utk Ja

Nizam.Ariff said...

elok kasi tazkirah dulu tentang nilai keikhlasan dan menipu dalam bulan puasa, tentang hukuman dan azab siksa di akhirat kelak..

sumber tazkirah boleh di google dari internet... sambil tazkirah, sebelah tangan pegang iPad atau Tab...

Untuk menyenangkan proses, kumpul mereka ramai2 di satu lokasi untuk tazkirah.. .sehabis sahaja tazkirah, panggil pihak berwajib cekup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...