Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 26, 2013

Semua orang duk tanya...

Letih dah saya duk lari dari menjawap soalan2 cepumas tu.
Dah berapa lama saya duk pendam jawapan saya.
hari ni dah tak boleh pendam dah.
Mulut dah bocor.
Jawapan 1.
Yer, Ja jadi macam ni kes kecuaian doktor dari sebuah klinik swasta.
( Dah la anak saya jadi macam ni, kena bayar lagi tu....hampir rm8 ribu-bayaran untuk kecederaan? Biar betul)
Jawapan 2
Yer, saya memang amat kesal walau saya tahu segala yg berlaku adalah dengan izin Allah.Amat kesal kerana profesion kedoktoran di perniagakan.
Jawapan 3
Yer, saya dah dapatkan penjelasan sebenar mengenai keadaan Ja.Sebagaimana serius nya Ja dan prospek penyembuhan Ja.
Jawapan 4.
Yer, betul..Mereka tak datang tanya khabar pun keadaan Ja, keadaan saya selepas kejadian yg merubah hidup kami sekeluarga tu. Mereka sibuk agaknya, nak raya lah katakan.
Jawapan 5.
Yer, saya tak kan diamkan diri kerana keadilan harus di tegakkan demi Ja dan cucu2 saya. siapa yg nak membela cucu saya kalau tidak datuk nenek mereka? 
Jawapan 6
Yer, siapa tak marah? Saya dan Ja kehilangan kerjaya, kehidupan dan masa depan kami pun belum tentu.
Cucu saya mungkin akan menjadi Yatim dan saya mungkin kehilangan seorang anak.Mereka dapat duit.
Jawapan 7
Betul, yang berlaku tak dapat di ubah kalau pun saya bertindak tapi sekurang kurangnya menjadi pengajaran kepada orang lain supaya berhati hati dengan khidmat yg serupa itu.
Jawapan 8
Betul, saya amat marah dan kesal.Semua orang tau cerita sebenar, tak perlu mereka nak dolak dalih.
(Terima kasih kepada kementerian kesihatan kerana panjangkan siasatan)
Jawapan 9
Betul, Saya yakin Allah itu satu,Allah tidak akan menzalimi maklukNya.Allah itu adil..
Jawapan 10
Nak tau lebih detail? pergi saja ke hospital, semua maklumat ada di sana...
Jawapan terakhir
  Memaafkan? Hellooooo..... kes silap beri ubat batuk boleh saya maafkan.

Puas hati? Tu lah, saya dah cakap jangan duk tanya soalan2 ni berkali kali...
Hampir setiap orang yg tengok keadaan Ja merasakan saya perlu bertindak.
Ada yang marahkan saya kerana saya lambat bertindak.
Maaflah, saya nak tumpu masa untuk rawatan Ja dulu, saya amat sibuk urus Ja sekarang.
Tapi hari nya akan tiba jua.
Pasti.
Kirim Salammmmmmmmm.....

15 comments:

pena rozie said...

Semogantabah menghadapi ujian di bulan ramadan.....

Anonymous said...

Dear auntie, sy br bc ur blog beberapa hari yg lalu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga auntie cpt membuat tindakan dan sy berdoa moga ja boleh sembuh..
Ur doter anis mmg bdk yg kuat, semoga dia juga mampu menghadapinya..

Anonymous said...

Semoga Allah melindungi pja auntie dan keluarga selalu.

Anonymous said...

Sedihnya dgn apa yg berlaku..moga Allah sentiasa bersama ja n family. .

Anonymous said...

Moga ja n family tabah..

Anonymous said...

Bolehkah tau hospital manakah..tq...

Anonymous said...

Betol. Justice for Ja and all her love ones! What is done cannot be undone but it can prevent any future stupid mistake by that so called private hospital! Like u said Puan, they are only into business..

Anonymous said...

Kbmc

Anonymous said...

setuju sangat...biar jadi pengajaran

Anonymous said...

Apakah nama doc yg tlah lakukn ksilapan itu ye

Anonymous said...

Like ur answer to number 7. This may not bring the old Ja to you but it will be a jariah from your family to others. Let the people know especially layman and orang kampung so that they will be careful of selecting hospitals. Still believe in public hospitals than private hospital...not all but .majority are money making doctors

Anonymous said...

Mummy...doctor tu...Dr.Suzi ke? (tanya lagi)......maaf sb plan bsalin dgn beliau

Anonymous said...

Dr s

Anonymous said...

Cikgu....ja masih koma ke? Sy pun br sedar dari koma... sy bersalin d kbmc ngn dr suziaty bakri feb 2013.. sy koma d hrpz11...

naja laa said...

as salam auntie. sy br tau kisah yg sama dgn kisah adik sy, arwah Rara Zikry &arwah kak fauziah. Kisah kak Ja pun sy tau dr en abil fikri. smoga tabah...Kita sume kuat. ujian hanya diberikan kepada yg mampu...sy akan follow blog auntie lps ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...