Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 3, 2013

hanya kita yang tau...

Baju raya ja dah lama siap.
Pernah saya suruh dia cuba pakai, kalau2 perlu di alter apa2.
Dia cakap tunggu lepas bersalin sebab baju tu siap masa dia dah sarat mengandung baru ni.
Saya macam biasa lah bebel panjang, bukan apa risau kalau2 nak baiki time tukang jahit dah tak nak terima.
Setiap tahun saya jahit baju raya buat anak menantu awal2 lagi.
Belum puasa dah siap.
Tak lah berebut tukang jahit dgn orang lain.
Farah dah ambik baju dia warna coklat.
Iffah warna maroon.
Anis warna Purple.
Ja punya warna gold.
Tahun ni warna tak sedondon, tapi kain sulam corak lebih kurang sama.
Tak ada tema warna, dah muak dah pakai baju warna sama kata anak2.
Jadi nya...........
Raya nanti yg bertiga ni akan pakai baju kurung ni.
Ja pun akan pakai jugak.
Mummy akan gunting baju tu di bahagian belakang.
Kira masukkan kedua tangan dan dari depan akan nampak mcm betul2 sarungkan baju.
Tak kira lah Ja, rosak baju tu pun tak per.
Malam tadi mummy duk belek2 baju kurung Ja.
Biasa lah, sambil belek sambil nangis.
Teringat segala kenangan bersama dia.
Tahun lepas hilai tawa dia memeriahkan raya.
Tahun ni kebisuan dia mengikis tawa dari kami semua.
bila Ja macam ni,
Wan sangat sedih...
Along tak de mood nak raya.
Farrah kata kita teman Ja saja.
Arman Imaad dan Iyaad tak tau apa2.
Kimi tak beli songkok baru pun
Iffah nak duk rumah saja
Anis tak nak main bunga api pun.
Papa kata papa hanya akan solat sunat sahaja.
Mummy rasa eluk lah kita beraya sesama kita.
Bahu kita sama2 memikul duka lara ini
sama2 kita memahami dan merasai nya
Mata yg memandang boleh saja buat tanggapan macam2.
Biarlah apa orang kata, kita beraya dgn cara kita.

5 comments:

Anonymous said...

Setiap kali tika hendak baca nukilan dari blog Hani saya selalu kata pada diri saya... saya mesti tabah, tak mahu nangis2 lagi...tapi setiap kali juga saya gagal... kerana apa yang di tulis ni meresap jauh kedalam sudut hati.. kerana saya juga seorg Ibu yang dapat merasakan apa yang Hani rasa..

Semuga Hani tabah menghadapi segala cubaan & cabaran ini.....Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum Pn Hani,
bila baca nukilan Pn hari ni, ada disebut nama menantu, anak2 lain dan suami Pn, bg saya ini satu perkembangan yg sgt baik. Pn bukan keseorangan dlm menghadapi kesedihan dgn keadaan Ja skrg. Doa dr "strangers" pun sy pasti tak putus-putus utk Ja dan Pn sekeluarga. Spt Pn kata : berayalah...sambutlah Aidil Fitri dgn cara tersendiri, sambil bersyukur krn all of you still have each other.

Abil Fikri Ahmad said...

Menjaga Ja begitu, kita ni jangan bersedih sgt. Semangat kita juga sebagai penawar untuk Ja..Raya ni cuba meriahkan di samping Ja, InsyAllah Ja boleh rasa kemeriahan tu nanti..InsyAllah.

Anonymous said...

Salam Pn. saya pernah kenal Ja sms induction sblm start keja dulu. walaupun kenal skjp but saya ingat Ja ni sbb she's very friendly n not to mention beautiful. Saya baca blog Pn nak tahu perkembangan Ja n family...setiap hati terkenangkan anak2 dia bila sy tengok anak2 saya. Saya setuju dgn En Abil, cuba meriahkan sikit suasana raya, for Ja, Imaad n Iyaad's sake. Ja masih ada, walaupun dia belum bangun sepenuhnya but she is still around. saya faham it's still early untuk Pn dan family adjust dgn keadaan Ja but if possible for her sake, be positive ok. I'm sorry kalau menyinggung atau kalau pn rasa sy tak sensitif. cuma rasa Ja maybe akan rasa lebih positive energy around her.mmg doa tak pernah putus utk ja, ibu saya seorang guru, dah retired n she's also praying for Ja m family. Semoga Pn dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaan Allah ini.

Nik Ainaa said...

semoga teacher tabah mengahadapi ujian ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...