Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, August 28, 2013

Hati saya, saya layan lah...

Saya perlukan telinga yg mendengar apa yang nak saya luahkan.
Kerana isi hati dah kembung macam belon yg menunggu pecah.
Setiap kali nak luah kat blog, lain yg nak di luah lain yg di type.
Betul lah kepada Allah tempat kita mengadu,
sentiasa buat macam tu tapi ada kala nak juga mengadu pada yg sedia mendengar.
Masih adakah telinga yang mendengar dan tidak menilai saya begitu begini?
Masih ada kah yang sanggup pinjamkan bahu untuk saya sandarkan kepala?
Terasa sangat sangat sepi bila Ja membisu seribu bahasa.
Ja, makin hari mummy rasa makin tertekan,
tambah2 melihat ja tidak ada perubahan.
Banyak yang mummy nak kongsi dgn Ja,
Yang Ja nak kongsi dgn mummy pun tentu byk juga.
tapi kita terpisah oleh hilangnya suara dan kelunya lidah.
Ja, bukan senang untuk mummy menyesuaikan diri dengan situasi baru ni .
Mummy sedang mencuba okey.
Tapi ikhlas mummy nak bagi tau.
Mummy tak pernah lagi rasa kesepian seperti yg mummy rasai sekarang.
Mummy berkesaorangan.
Sungguh mummy bersendirian mengubat hati, memujuk rasa dan merawat duka.
Mungkin kah sampai akhir usia mummy,
mummy akan kekal begini?



2 comments:

Unknown said...

sentiasa ikuti dan mendengar dalam diam...cuma tak mampu untuk membantu

('',)pzAEdy~ said...

Sy tak akan pernah jemu utk menjenguk blog ini stp hari. Teruskan menulis sgala luahan supermommy .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...