Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 30, 2014

lol...

Dengar lagu Michael Jackson 'You r not alone'.
Sedap, halwa telinga.
Kalau betul mcm tu baru betul2 sedap,
Ada yg ambil peduli di waktu terasa amat bersendiri,
But in reality, life is not that easy.
Alone is not a matter of being all by yourself,
Still feeling alone in a crowd, thats the worst case.
I know that feeling.
The silence of loneliness is so deafening.
Alone.
Are you sure you are that alone?
You r not alone, I am.

Friday, March 28, 2014

Jumaat dah?

Projek byk yg belum beres.
Cuti sekolah dah nak berakhir.
Aduhhh.....
Masa berlalu laju tapi tulang empat kerat yg makin uzur ni,
makin perlahan buka langkah.
Terasa tua sgt dah.
Segala nikmat kuderat dah menipis,
nasib baik kesihatan ok lagi.
Tak pelik lah kalau yg sebaya saya dah ramai yg di jemput Nya.
Saya hanya tunggu masa tibanya giliran saya.
Separuh abad hidup entah apa yg saya capai.
Kegagalan lebih banyak dari kemenangan.
Yang saya idamkan masih kekal dalam mimpi
Yang saya tak nak tu lah yg saya dapat.
Malas lah nak ulas pasal nasib dan suratan.
Kalau ulas pun, orang2 yg lebih bernasib baik akan kata...
redha lah, pasrah lah, hadapi lah dgn sabar...
Biasa lh kan, mereka tak berada di tempat kita.
Mereka yg kurang bernasib baik pula akan kata
mereka lebih dasyat, bersyukurlh kita tak di tempat mereka...
Hentam jer lh labu..
Suka tak suka, dah ini jalan hidup kita,
Kita hadapi saja lah,
Kita mintak doa semoga Tuhan bagi kesabaran buat kita.
Hmmm...ptg ni matahari turun, esuk terbit lagi selagi belum kiamat.
Saya pesan pada diri, bernafaslh selagi belum sampai ajal.
Cubalah...
Ni duk ngadap tab ni, tak berasap lah dapur...
Out dulu lah, nak ke pasar, nk masak, nak makan, nak urus serba serbi....
Byeeeeeeee.......


Thursday, March 27, 2014

Rasa mcm pendatang...

Tak tau lah, di tempat baru segalanya baru.
Hari pertama di sini ada jiran yg bertamu, kunjungan yg membawa erti kehadiran saya di kejiranan ini di alu alukan.
Daerah ini senyuman lebih murah, kiri kanan ada senyum yg ditawarkan.
Berlainan dgn daerah lama saya yg mana kami semua duk dlm rumah saja, tak pernah keluar kecuali berkereta,
Semua jiran lama saya tu non malay dan we just mind our bussiness.
Kita hanya menyapa bila kebetulan bersua muka atau kebetulan melintas depan mata.
Sekadar 'having a good day?' atau hanya senyum.
Setahun sekali waktu perayaan dpt atau bagi hamper, tu jer.
Tapi saya selesa mcm tu, dah dari kecik mcm tu.
Saya tak pernah tinggal di taman perumahan yg majoritinya kaum saya, bangsa saya dan agama saya.
Risau jugak takut tak pasal2 dpt label sombong.
Saya tak tau apa patut saya buat.
Should I go n give them a visit? Salam kenal gitu?
Or should I let time take cares of it?
Entah.
Petang semalam anak saya ke rumah nenek dia yg selang beberapa biah rumah saja dari sini.
She came home telling me that she loves being here, friendly faces are everywhere.
Anis, mummy tak berani nak comfirm lagi bab happiness tu.
Kena tengok dulu, blend in dulu...
Doa pada Tuhan agar di sini lebih baik.
Please God, I know you are hearing.

Saturday, March 22, 2014

Planning mesti ada...

Nak ternak ayam itik
Nak ternak puyuh
Nak bela arnab
Nak bela kucing
Nak tanam sayur
Nak tanam pokok berbuah
Nak tanam pokok bunga
Nak macam2
Tanah sekangkang kera,
Tanah orang pulak tu
Last2 tanam dn ternak dlm mimpi saja lh
Takkkk, bukan tuan tanah tak kasi buat semua tu,
Malas, ada masa free saya tidur.
Merancang bagai nk rak
Buatnya tidak.

Friday, March 21, 2014

Bila agaknya Nor akan bebas dari luka ini,.

Kecewa mu sudah bertimbun
Puas kau semai budi Nor, tetapi sentiasa tidak di hargai.
Berkorban apa saja tapi sia sia juga akhirnya
Kau mengabaikan keperluan diri sendiri, mendahulukan orang lain tapi sudahnya seperti hampas kelapa yg di buang setelah kehabisan santan.
Cuba sehabis daya tapi tak pernah berjaya.
Nor, sayang sekali
Kelebihan mu tidak pernah disyukuri dan yg di hitung hanya kekurangan diri.
Hinaan demi hinaan..
Caci maki tersarung di badan.
Hinaan jadi mahkota hiasan kepala.
Jiwa menderita.
Deraan emosi dan deraan rasa.
Segalanya telah kau rasa
Kau terdampar di penjuru mata, pandang pun tidak sudi.
Nak bernaung di rimbun kasih jauh sekali.
Lantang sekali bahasa benci itu.
Dan bila sedu sedan menjadi teman,
Makin sehari makin kau merasakan, membazirnya nyawa ini.
Kau sentiasa bertanya.
Untuk apa bernafas di udara yg sebegini?
Kerana bagi mu,
Hidup begini maka lebih baik mati.

Nor, malangnya nasib kamu..

Wednesday, March 19, 2014

Esuk yg samar

Rindu ini hanya Tuhan yg tahu.
10 bulan saya kehilangan dia.
Ada seperti tiada..
Allah hebatnya dugaan dari Mu.

Tuesday, March 18, 2014

Ya, saya masih celik.

Dah pukul 2 pagi.
Benci tul kslau mata buat perangai.
Tengok saja lah subuh nanti, mula lh ngantuk.
Tak payah orang lain, mata sendiri yg dera tuan nya.
Bila tak tidor malam yang paling merisaukan saya ialah tumpuan saya pada pengajaran esuk nanti.
Tak kan nak tidor dlm kelas mcm cerita P Ramlee,
Cakap pasal kerja ni satu hal jugak.
Saya ni dah tak berminat sungguh nak teruskan kerjaya saya ni.
Terpaksa saja ni.
Kerana kesiankan murid2 saya cuba juga mengajar mereka.
Saya sebenarnya memilih untuk cuti tanpa gaji sehingga sampai kelulusan pencen, tapi GB  menasihati saya supaya hadir juga ke sekolah.
Katanya urusan cuti tu memayahkan.
Kemungkinan juga tidak di luluskan.
Saya akur, ye lah bukan srnang nak dapatkn guru ganti tambah2 guru dua bahasa.
Maka dgn hati yg berat, saya teruskan dulu masuk kelas keluar kelas,
Hari2 saya menanti kelulusan permohonan pencen optional saya tu.
Saya hanya mengajar, kerja lain saya dah tak berminat.
Jangan salahkan saya kalau saya tidak aktif seperti dulu.
Terus terang saya tak nak jadi cikgu lagi.
Tak nak kerana tak mampu menanggung tanggung jawap itu.
Tanggung jawap saya yg lebih menuntut tenaga saya, kesediaan mental saya dan kestabilan emosi saya, perlu saya hadapi sekarang.
Kalaulah saya boleh beri tumpuan pada keluarga saya, tanpa perlu gangguan dari tugasan sekolah, alangkah lebih tenang lh saya.
Tapi apa daya saya..
Dalam situasi saya sekarang, hanya Tuhan yg memahami..
Tengok lah, malam ni contohnya...
Terkebil kebil jam ni..
Cepat la luluskan pencen saya tu.........

Monday, March 17, 2014

Bercupak cerita yg tergendala

Malas.
Saya tak berapa rajin update blog akhir2 ni.
Kalau ada N3 pun sekadar cincai lepaskan batuk di tangga.
Malas bukan kerana x ada modal nak di bentangkan tapi malas kerana terlalu byk benda nak di kongsi...
Tak tau nk tulis pasal apa lebih dahulu.
-MH370 masih entah di mana
-Nyamuk Aedes masih mencari mangsa
-Kemarau dan jerebu di sana sini
-Catuan air di daerah kamu turut saya rasakan payahnya.
-Konsert entah hapa2 yg menakutkan setiap ibu bapa yg ada anak muda.
-Permainan politik terkini? No komen.
Tu semua baru isu luaran, isu dalaman?
-Isu PBS dan kelulusan pencen masih peringkat 'tak tau'.
-Anakanda yg sakit pun belum ada tanda2 positif.
-Proses pindah rumah yg sedang menuntut tenaga dan kesihatan akaun bank jugak.
-Kesihatan diri sendiri dah lama terabai dah
-Soal hati?
Hmmmm........Tak cukup blog kalau nk cerita segala.
Tapi saya rela brkongsi rasa di sini dari berkongsi dgn yg ada nyawa kat luar sana.
Kadang2 otak lebih serabut bila cuba untuk luah pada yg berada di sekeliling ni.
Biasalah kan, yg kenal kita lh yg selalu menikam dari belakang.
Yang tembak kita, pasang jerangkap samar pun yg kenal kita lh.
Yang sentiasa saya alami ialah ...
Orang yg sepatutnya menjaga hati kita lah yg paling acap melukakan...
Betul tak?
"Those that you love the most are the ones that kills you softly,
Strangers never do that, they just pull the trigger n you are a dead meat!"
Really.?


Saturday, March 15, 2014

Pindah, penat dan panadol.


Urat saraf rasa macam nak terburai.
Tulang yg bukan besi saya paksa jadi besi
Urat yg sekuat benang saya anggap sekuat dawai.
Haduhhhhlaaaa......
Terpaksa dera diri sendiri secara fizikal,
(Secara mental dah hari2 kena dera pun)
Banyak kerja perlu di buat sebelum berpindah.
Rumah lama perlu di tinggalkan dlm keadaan kemas dan bersih.
Rumah baru perlu sesuai untuk di huni.
Banyak sangat lagi kerja2 mengemas dan menyusun atur.
Kerja pembersihan tak habis2 lagi.
Tambah lagi rumah masih belum siap renovation,
Bahan binaan masih berlonggok longgok.
Kenapa terburu buru pindah?
Nak kata terburu buru tu tak jugak.
Dah hampir 10 tahun rumah yg di beli ni terbiar tanpa di huni.
Baru sekarang, setelah di renovate sikit sebanyak,
baru rasa sesuai untuk keluarga besar mcm ni.
Mungkin hujung minggu ni,
Mungkin hujung bulan ni...
Tak sure, bergantung pada Sang Tukang itu dan Sang tukang ini.
Insyaa Allah, kami akan mula melakar kenangan2 baru di tempat baru pulak,
Cukuplh kenangan luka di tempat lama, biarkn segala pedih pilu di sini.
Tinggalkn saja di sini.
Kita merancang Tuhan menentukan.
Aduhhh..., sakit urat wehhh!
Masa mengemas tak hingat donia,
Malam macam ni baru terasa sakit nya,
Hadoiyaaaaaa...Tolong urut boleh tak?

Friday, March 14, 2014

Kemarau di hati kita

Dah lama tak hujan,
Rumput hilang warna.
Debu bermaharajalela.
Tali air hampir tinggal tali,
air nipis sekali.
Dahaga di tekak unggas tidak terubat
Ikan2 di lubuk kerisauan
Di mana kau awan pembawa basah?
Langit biru nampak lebih tinggi tanpa mu.
Semalam katanya ada gerimis.
Simen menelan lembab sebelum sempat aku tengok.
Hujan masih kah kau merajuk?
Sudi2 lh kemari,
halau lh Sang jerebu di mata ku.
Dari semalam aku perhatikan,
Bumi kemarau berpanjangan
Meskipun semua mata di daerah kami di hujani tangisan.
Hati merekah bila harapan bertemu lagi terbang bersama mu
Entah bila wadi ini berubah menjadi gurun..
Aku terus menanti khabar hujan yg menyejukkan
Pasti suatu hari jiwa kontang akan menerima hadirnya hujan.
Atau mungkin kah ribut taufan yg akan memusnahkan akal fikiran?
Berserah pada Mu Tuhan
Redha atas segala kemungkinan.

Penantian itu satu penyiksaan..
Semoga hari ni segala persoalan kan menemui jawapan.
MH370 ....Dimana kamu?

Thursday, March 13, 2014

Dari hati kanak2

Budak2 pun tahu.
Tahu cara budak2...
Saya tanya murid2 saya yg di kelas paling corot,
Saja nak tau apa dlm minda mereka..
" Awak tau tak pasal kapalterbang yg hilang tu?"
Terkejut saya, serentak mereka bagi respon pada soalan saya tu.
Semua tahu.
Ada yg tahu cerita yg saya pun tak tau.
Kata Zulhakim...
Abah kita cakap kapalterbang tu ada kat udara belum fikir nak turun ke tidak.
Kata Firdaus..
Bukan mcm tu lh, dah turun pun, ada kat dlm hutan, duk tunggu askar dtg bawak keluar.
Kata Aqim...
Mana boleh hidup lama2 dlm hutan, lapar lh, air oren yg pramugari bagi tu tentu dah habis..Mesti dah dahaga sgt dah tu...
Fayyad kata....
Ada yg patah kaki sebab terjun dari tingkap..
Ikhwan kata...
Wat per terjun dari tingkap, bukak pintu lah...
Atirah kata...
Dia org tak call sedara pun.....
Mirza kata...
Hset habis bateri sbb main game...
Wei..wei la wei budak2 bertuah,
Kamu ni ngalahkan wartawan
Buat spekulasi mcm2...
Tapi yg best kata budak yg bernama Mohsen ni kata.
"Tu pasal lh kita x nak naik kapalterbang, takut jatuh...."
Mohsen, naik kereta pun boleh xsiden jugak tau.., kata saya.
Mohsen pandang saya seperti x faham.
" Kereta mana pulak jatuh mcm kapalterbang, Ticer? "
Yer lah, yerlah, awak aje lh yg betul.
Payah nak xplain kat budak2 ni....
Tapi
Payah lagi nak xplain kat org dewasa yg suka cari salah orang lain dalam misteri kehilangan kapalterbang ni..
Sekurang kurangnya budak2 ni tak salahkn sesiapa.
Kadang2 budak lagi cerdik dari orang tua.

Wednesday, March 12, 2014

Esuk sah ngantuk dlm kelas

Mengantuk dan bantal dah di sorongkan, tiba2 mata tak mau lelap pulak. Hati duk pujuk minda supaya rehat sekejap dari duk ulang tayang kenangan lama tapi minda degil benar. Badan sangat penat, kepala sekejap mengiring ke kanan sekejap ke kiri. Bantal terasa panas walau bilik sejuk bagai bersalji. Apa kah malam ini akan menyaksikan seorang aku membilang detik waktu sehingga pagi?
Wehhhhhh......Tidor lh wehhhhhh.....!

Hati tua cepat terasa

Bila usia sampai ke penghujungnya,
Masihkan ada sisa kasih sayang buat ku
Paling tidak,
Masih berbaki kah simpati..
Akan melimpahkan tangisan mengiringi pemergian
Atau
Usungan hanya diiringi langkah terakhir,
Tidak akan datang menziarahi ku lagi,
Hilang di mata, di hati lenyap sama.
Entah lah..
Tuhan saja tau segalanya.
Walau apa pun,
Aku hanya memohon pada Mu Tuhan,
Kalau usia ku pasih panjang,
Kau sihatkanlah diri ku agar aku tidak menyusahkan orang lain.
Sekiranya sakit itu menemani hari tua ku,
Biarlah sakit itu tidak lama,
Agar tidak menyusahkan dan tidak mengganggu urusan orang yg sihat.
Aku ini Tuhan,
Tidak mau menjadi beban.
Masa depan ku sentiasa bermain di minda,
Bagaimana dan macam mana nanti...
Ku serahkan pada Mu Tuhan..

Tuesday, March 11, 2014

Tuhan bersama orang2 yg sabar

Hope for the best,
Get ready for the worst.
 Sentiasa lah berpegang pada kata2 ni.
Memang begitulh hidup kita semua.
Kerana kita tidak ada kuasa mutlak untuk mencaturkan masa depan maka kita kena sentiasa mengalah pada kuasa Tuhan.
Kita hanya merancang tapi Dia menentukan
Kalau kuasa di tangan kita semestinya lah kita nak yg manis2 saja.
Nak segala kemahuan tercapai.
Nak berita baik sepanjang masa.
Tapi oleh kerana kita ni dibawah kuasa Dia,
Kita harus pasrah...
'Get ready for the worst'
No one is ready for the worst, not me!
Menang la kan, payah nak menghadapi keadaan yg sukar.
Tapi lebih payah jika kita tidak mau menerima hakikat yg kesukaran itu dah diperuntukkan buat kita, hadiah dari Dia.
Nak tak nak rerima saja lah....
Cuba untuk menghadapi kesukaran dgn sebaik mungkin.
Trajedi tidak ada yg tidak mengundang tangis.
Hati remuk redam.
Jiwa kacau.
Tapi...
There is always hope.
Hope for the best out of the worst.
Jangan hilang harapan.
Jangan berhenti berharap.
Pesanan saya ni bukan hanya untuk sahabat...
Sebenarnya lebih kepada diri sendiri.

Monday, March 10, 2014

Penggulas sukarela

Bak plaster,
Gam UHU tak per jugak.
Kita tampal saja mulut mereka ni.
Tak salah buat ulasan selari,
Tapi jangan sampai ulasan tu berbau mencari salah orang.
Semua orang pun duk tumpu pada tajuk kehilangan pesawat ni,
saya pun mata mcm di glue di kaca tv.
Tapi cukuplah dgn fakta yg di beri,
Tak perlu over sangat.
Semua orang mengharapkn yg terbaik.
Pilot tu pun manusia, dia pun ada keluarga.
Dia dah cuba yg terbaik tapi secanggih mana teknologi ciptaan manusia,
Tuhan menentukan segalanya.
Seluruh dunia sedang berusaha mencari
Dah belum jumpa nak buat macam mana.
Kita doakan yg terbaik untuk semua.
Atau,
Awak saja lah gi berenang, menyelam atau kalau perlu terbang, awak terbang.
Awak cari sendiri kalau pandai sangat.
Hamboi hamboi hamboiiiiii......
Kalah channel Astroawani...
CNN pun tabek spring kat mereka ni.
Entah dari mana mereka dapat maklumat,
Siap buat analisa, nasib baik tak buat press comfrence jer.
Ehh, apa kata kalau awak diam jap,
Bising laaaaa......
Saya rasa lah, esuk awak tak yah masuk kerja,
Awak gi daftar kat sekolah penerbangan, ambik lesen memandu jet.
Owh, tak perlu kot.
Cara awak ulas kejadian ni seperti awak dah lama jadi drebar Boeing...
Nak ke bulan pun boleh.
Hmmmm.......
Hentam saja lh labu.

Sunday, March 9, 2014

Aku tahu,

Mata kami yg memandang tidak mungkin dapat merasai beratnya resah yg di pikul di bahu kamu.
Sudah 24 jam dalam keadaan tidak tahu.
Sudah bengkak kah mata mu itu wahai Sang ibu?
Sudah robek kah hati seorang isteri yg baru semalam mencium tangan Sang suami di balai pelepasan!
Sudah surut kah harapan bertemu kembali bagi seorang ayah, seorang kawan, seorang majikan dan seorang kekasih?
Tenanglah wahai anak yg akan bergelar yatim..
Jangan menangis anak,tiang Arasyi turut bergegar dengan tangisan mu, Tabah lah. Nasib mu di tangan Dia dan Dia mengetahui apa yg terbaik buat kita.
Selagi kita bergelar manusia, selagi itu lah kita di dalam genggaman takdir dari Nya.
Sama2 lh kita memohon rahmat hidayah dari Dia.
Semoga segalanya dpt kita lalui dgn redha,

Saturday, March 8, 2014

Hari ini hari untuk kaum ku.

Aku bukan lah ibu mithali.
Sekadar seorang ibu yg biasa biasa
Menyumpah seekor nyamuk hanya kerana gigitan nya memerahkan dahi anakanda...
Aku tidak pandai berbudi,
Anak2 sepatutnya mendapat ibu yg lebih baik lagi ,
Nasib merekalah mendapat ibu seperti diri ku ini.

Aku bukanlah seorang isteri mithali.
Sekadar seorang suri yg sehabis boleh untuk cuba menumpang di hati biarpun di sudut paling jauh,
Aku tidak lah yg terbaik yg boleh di puja puji.
Suami ku berhak mendapat isteri yg jauh lebih baik lagi.
Nasib dia lh mendapat isteri yg begini.

Aku bukanlah seorang wanita mithali
Sekadar seorang perempuan yang rapuh hati nya,
yang hanya ingin menyayangi dan di sayangi.
Aku tidak hebat dan tidak ratu dunia
Nasib aku lah kerana aku begini.
Biarlh....
Berjuta wanita jauh lebih baik
Berjuta wanita jauh lebih sempurna
Aku bersyukur seadanya.

SELAMAT HARI WANITA UNTUK SEMUA KAUM HAWA.

Friday, March 7, 2014

Status di facebook saya hari ni

Banana Carrot Cake,....
malas nak type N3 maka saya transfer  N3 dari facebook saya hari ni...
Cubalh buat, sedap ni walau tak lawa rupa nya.
Kalau x nak buat, tgok foto saja laaa....

Thursday, March 6, 2014

Tak der benda lain nak pikir

Macam mana cara tanam tembikai tanpa biji yer? Keratan batang ke...Kompius nih!

Wednesday, March 5, 2014

Tak marah, menyampah jer.

Tak mahu.
Cukuplh.
Penat sangat dah.
Sungguh la bagai di kata.
Bahu yg memikul lebih berat dari mata yang memandang.,
dari mulut yg memberi hukuman....
Katalah apa saja,
Kutuk lh,
Tampal label kat dahi saya pun tak apa,
Saya tak peduli dan saya tidak nak bagi ulasan selari,
Tak perlu saya nk kemukakan fakta dan bukti
Saya tidak perlu mencari sokongan kerana duka ini tetap akan saya heret sendirian.
Loya
Nak muntah.
Dengar awak buat post mortem.
Dan awak berucap seperti wali keramat yg kalis cuaca.
Maaflh saya malas nak atur kata dan langkah lagi
Saya habiskn sepanjang hidup saya untuk menjaga hati orang,
Hati sendiri terbengkalai.
Dah penat mencuba untuk berjaya.
Gagal pun tidak apa, redha....
Penat sungguh menjadi saya.
Kalau boleh tarik diri, saya dah lama buat begitu.
Lebih penat lagi,
bila
Berhadapan dgn orang yg tak ada kerja lain selain dari
Mengira dosa orang lain dan menyenaraikan pahala diri sendiri.
Lohhhh.....laaaa......

Monday, March 3, 2014

Hanya sebuah rindu

Rindu.
Tidak ada perkataan lain selain dari rindu.
Tepat dan jitu.
Itu yang ku rasa
Sentiasa begitu.
Rindu rasa bergelora di jiwa
Hari ini rindu lebih byk dari semalam
Esuk mungkin lebih lagi.
Bukan tidak cuba untuk usir jauh2 rindu itu
Pejam mata tidak membantu juga
Mungkin rindu sudah meresap ke urat nadi
Dalam darah sudah sebati.
Dalam nafas, dlm udara.
Di mana2 pun bayangan dia ada
Kadang2....
Rindu ini sudah mula menjadi racun
Seperti duri seperti kaca
Melukakan.
Sakit.
Parah
Sekiranya berpanjangan begini
Aku tak sanggup..
Aku lelah
Perindu seperti aku
Mengejar bayang mu
MerinduI kenangan semalam bersama mu
Masih terasa cinta kasih sayang
Terbau bau haruman badan mu
Terdengar dengar panggilan manja mu...
"Mummy masak apa hari ni...Ja nak balik lunch nanti..."
Ja, balik lh seperti selalu,
Kembalilah ke pangkuan mummy.
Mummy menunggu untuk hidangkan rindu yg sarat ini ke ribaan mu.
Ja,
rindu yg terkumpul ini hanya istimewa buat mu.
Mummy sangat rindukn Ja.
Rindu
Rindu
Rindu.

Kalau awak di tempat saya, awak x gelak

Okk aloh laaa....
Bakpo tak oyak dari tadi.
Sekali ingat bersalah sangat2 ..
Maaf yer dik, akak tak sengaja.

Ni ceritanya.
Hubby saya dua tiga hari ni duk marah2 pasal mat motor sorang ni.
Saya tak pernah jumpa pun budak tu, dgr cerita dari hubby saja.
Kata hubby, Mat Motor ni suka menipu.
Ptg2 dtg rumah mintak duit.
Sekejap anak sakit, sekejap bini sakit.
Ada jer alasan untuk pancing simpati.
Dah acap hubby saya bagi duit sbb malas nk layan.
Selagi tak hulur, selagi tu lh tercegat di pagar.
Berasap telinga saya dengar bila hubby cakap hari tu Mat Motor mintak lebih
Dia kata harga susu anak dah naik.
Kurang asam betul lah, yg ko bagi sudu formula tu knaper?
Puas saya pesan kat hubby supaya jgn layan lagi.
Mana tau niat buruk yg ada dlm hati dia.

Nak dijadikan cerita,
Semalam bila loceng pagar berbunyi, kebetulan hubby x ada.
Saya jenguk dan tgok Mamat tu tercegat di pagar.
Berkali kali dia tekan loceng sambil bagi salam.
" carik siapa?"
Saya buat2 tanya walau hati dah panas membara nih.
" Abg janji nak bagi duit hari ni"
Selamba dia jawap, berani menipu lak tu.
"Apa duit duit?...Apa janji janji?"
Wahh...Berani jugak saya sembur Mamat ni, berani2 takut sebenarnya.
"Nak duit kena kerja, malas kerja jgn berbini beranak...."
Dia pandang saya mcm cicak berak kapur, terkulat kulat.
" Abg suruh saya dtg ambil duit upah buat frame tingkap di rumah baru akak tu, Frame dah saya hantar tadi....."
Halamak!
Adus.....! Silap mangsa ni.
Si Mamat ni saya tabik la...
Cool jer dia walau saya macam nak makan orang menyinga tadi.
"Cori lah dik, akak silap orang tadi..."
Sengih x malu saya tu tawar ngalahkan biskut tawar .
Lebih rasa bersalah bila budak tu diam jer, tak pulak kata dia faham ke, dia tak kesah ke...
Dalam kepala dia mesti dia anggap saya ni garang betul.
Entah2 esuk dia letak papan tanda ' Beware of angry housewife' kat depan pagar rumah saya.
Apa apa lh dik, memang akak salah pun.
Wahai Encik Hubby, kalau Tukang frame ni tiba2 x nak buat frame lagi,
Jangan salahkan dia...
Dan jangan sekali kali suruh saya saja buat frame pintu ke, jendela ke..
Itu anianya namanya.
Ampun tuanku, patek tak buat lgi gitu.
( Sedaplh kawan2 gelak bila saya cerita, kalau awak di tempat saya tau lh mcm mana rasanya ....)

Sunday, March 2, 2014

Sory lah mummy pun x tau

Anak saya bertanya, kenapa orang selalu ambil kesempatan atas diri dia.
Sory lah anak, mummy tak reti nak jawap.
Mummy pun serupa.
Sepanjang usia mummy pun begitu.
Agaknya kita kebetulan berhadapan dgn orang yg suka ambik kesempatan.
Agaknya kita kebetulan nampak lemah di mata orang.
(Memang kita lemah pun, itu pasal lah orang berani ambil kesempatan).
Agaknya kita lurus sangat.
Agaknya kita ni baik sangat kot.
Agaknya kita ni bodoh.....
Agaknya dah ditakdirkan begini........
Agaknya di kehidupan kali ini sudah begini nasib kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...