Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 6, 2018

Bubar

Esok parliment bubar.
Tak lama lagi pilihanraya.
Semoga negara kita aman damai
Jangan ada keganasan
Jangan ada yg nak cari pasal
Parti mana sekali pun
Tak kira
Kalau tak aman semua susah.
Ambik iktibar bila tgok negara orang yg bertelagah sama sendiri
Kesian rakyat jelata
Kesian anak2..
Nak berkempen berkempen lah
Nak pasang bendera pasang lah
Nak tampal poster sila lah..
Tapi letak dalam hati,
Kalah menang terima dgn hati terbuka
Yang penyokong pun satu hal..
Jgn over sangat.
Bercakap di kedai kopi macam nak bertikam
Dengan jiran pun dah renggang kes sokong parti berlainan .
Hadoiiii...pokcik, mokcik,
Mereka menang undi jadi menteri,
Awak tu dia orang tak kenal pun.
Bawak2 la mengucap...
Kita jalankan tanggung jawap kita,
Keluar mengundi...tu yg penting.
Minum kopi tu pakcik,
Dah dah la berucap bergegar tiang warung tu.
Kopi tu bayar sendiri ke org sponsor?
Sedap, manis berkrim
kopi sponsor 5 tahun sekali.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...