Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 25, 2018

Angkat tangan siapa ada masaalah sama.

Penting ni.
Kena selesaikan masaalah ni sekarang jugak
Masaalah negara.
Setiap hari ni lah masaalah utama saya.
Bila perlu keluar,
dah siap mandi, pakai baju yang saya rasa nak pakai hari tu,
perlu pilih tudung.
Masaalah nya, nak pakai tudung mana?
Saya tak ada tudung.
Tak ada yg sesuai.
Lama berdiri depan rak tudung..
Pilih, gali, cuba....
Kalau kena warna nya, corak nya pulak tak kena.
Kalau kena corak nya, saiz nya pulak tak mengikuti piawaian hati.
Dengan kata lain, saya rasa macam saya tak ada tudung lah.
Tak ada.
Sungguh.
Sakit hati kalau kena tukar baju lain hanya kerana tak ada tudung yg boleh dipadankan dengan baju.
Kadang tu terpaksa pakai tudung hitam utk jalan penyelesaian yg mudah.
Tu pasal tudung hitam banyak.
Tapi ada kala nak juga tudung warna lain
Pastu apa perlu saya buat?
Beli tudung.
Saya perlu beli tudung.
Jap lagi nak keluar beli tudung.
Kesian saya tak ada tudung.
Cuma satu soalan buat semua kaum hawa yg macam saya,
yang asyik pening kepala dgn masaalah tak ada tudung .
Kenapa ya, kalau beli tudung baru pun setiap kali nak guna,
kita tetap tak ada tudung sesuai.
Kenapa?
Sekali lagi saya berdiri depan rak tudung.
Yang lebat bergantungan tu tudung siapa?
Malas nak jawap lah...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...