Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 31, 2019

Hendak gugur, gugur lah nangka...

Alahai lah mata...
Dah kul 2.30 pagi.
Masih tak nak pejam.
Kalau pejam pun otak tetap aktif.
Bila lah nak lena nih..
Solat sudah..
Baca quran pun dah..
Astro pun dah duk ulang benda sama.
Tak tau nak buat apa, sekeliling sunyi.
Orang lain dah di buai mimpi
Saya terkebil kebil lagi.
Please la mata...
Lelap lah..
Esuk byk perlu bereskan.
Mata tak tau,
Bila mata degil, esuk kepala yg akan berdenyut.
Bila kepala berdenjut, hati pun mula lah suram.
Cukup tak suka bila tak leh tidor melanda diri.
Tak suka.
Pas tu nak buat apa?
Putar semula kenangan2 lama dlm ingatan?
Ish, buat mengembalikan luka yg dah hampir sembuh.
Tak payah lah duk kenang kisah2 semalam.
Lagi baik berangan...angan2 minah jenin.
Berangan nak bebas duka..
Nak hidup bahagia..
Menikmati hari tua tanpa masaalah
Mati pun dalam sinyiuuummmm...
Hmmm...
Tiba2 rindu pulak kat wajah itu, suara itu....
Takde pekdahnya...
Kita jer duk rindukan dia...
Buang karen jer.
Dah kul brapa ni?
Huhuhuhuhuhuuuu.....!

Wednesday, January 30, 2019

Selamat pagi

Dah pukul 7 lebih dah.
Benda perlu buat dah berbaris menunggu.
Hari ni tak ke masjid sebab ustaz ngaji tu cuti.
Jadi niatnya nak keluar jugak nanti, nak gi ziarah mana2 kawan2 atau sedara yg tak sihat.
Sepatutnya dah ziarah tapi kekangan masa menyebabkan ziarah tertunda.
Lepas urus semua kerja wajib kat rumah ni nak keluar lah.
Beginilah saya, tak kan keluar kalau tak bereskan apa yg patut dahulu.
Saya tak suka pulang ke rumah nanti ada benda kena buat.
Dah la letih, kena terus sambung kerja yg patut di buat awal pagi.
Seboleh bolehnya saya akan make sure everything is in the right order.
Kalau perlu masak untuk lunch pun saya masak siap2.
Balik nanti kalau lambat sikit pun anak negeri tak lapar.
Dalam kepala ni time table sentiasa kena up to date.
Time table berubah ikut kepentingan.
Yes, be organized.
Tapi masaalah jugak.
Bila saya sentiasa pastikan segalanya terurus, seringkali bercanggah dgn anak2.
Mereka tu entah ikut jejak siapa lah, suka buat kerja last minute.
Macam pahat dgn pemukul.
Kalau tak gitau tak buat.
Pening batu jemala patek laaaar
Mereka kata saya ada OCD.
Obsesive Compulsive Disorder.
Semua benda nak teratur.
Semua kerja nak kemas
Mata duk intai apa yg nampak tak eluk untuk dibetulkan.
Hai la anak, nasib baik mummy macam ni, kalu mummy jenis yg suka sepah barang macam mana?
Tak malu ke kalau kawan dtg rumah?
Hentam jer la anak, apa pun mummy kamu ni memang macam ni dari kecik.
Pantang tgok benda separuh jalan, kena bereskan jugak.
Ok ok, nak masak breakfast dulu ni..
Jumpa lagi di sini pagi esuk insyaAllah.
Byeeeee.......

Tuesday, January 29, 2019

Hari ni hari dia...

Akhir akhir ni byk cerita yg tak sedap di baca ada di dada media sosial.
Tak sedap pun baca jugak sbb nak tau.
Semuanya membabitkan aib orang.
Pasal dewi yg minum arak la
Pasal artis bertudung on n off lah
Pasal rumahtangga lah..
Macam macam..
Semua tu adalah aib yg terbuka.
Aib orang.
Aib kita?
Kita pun bukan malaikat yg bebas dosa.
Ada aib jugak
Bezanya...
Tuhan masih tutup aib kita tu pasal la kita nampak baik.
Kalau terbuka aib kita, kita pun sama jer macam mereka
Malu tak tau nak letak muka kat mana.
Luruh habis segala kebaikan kita yg pernah ada
Orang dah tak bilang dah kebaikan kita
Jahat itu, salah itu jer lah yg disebut sebut..
Jadi, satu jer saya nak cakap..
Pesanan buat diri sendiri..
Jangan lah jadi bahan perasa bagi menyedapkan lagi cerita aib orang.
Baca boleh tapi tak yah la komen apa apa...
Betul mereka salah langkah tapi Tuhan buka aib mereka supaya mereka sedar.
Supaya mereka tidak terus buat kesilapan tu..
Peringatan dari Tuhan.
Bersyukur lah kita aib kita masih tersimpan kemas.
Akhir kalam, saya rasala...
Kalau dosa saya, aib saya ada mengeluarkan bau..
Tak siapa dekati saya...
Busukkkk....!
Astaqfirullahilazim..

Monday, January 28, 2019

Puas cari

Dah google
Nak beli online
Katanya dah kehabisan stok.
Cari di kedai2 buku berdekatan pun x ada.
Mana saya nak cari buku ni?

Sunday, January 27, 2019

Pagi ini

Salam subuh buat semua muslimin dan muslimat.
Dua tiga hari ni saya duk update blog sebaik lipat sejadah.
Jap lagi nak prepare breakfast pulak.
Pagi2 dah fikir apa nak di makan .
Anis nak ke sekolah memandu awal pagi kena makan dulu.
Nurse yg bertugas ni pun dtg pagi2 kena breakfast dulu sebelum mula tugas.
Jap lagi pegawai fisio datang pun akan breakfast kat sini jugak.
Iffah yg baru tidor semula tu breakfast dia lambat lagi, tak apa.
Saya sendiri pula tak makan semua ni, breakfast dgn oats saja.
Kawal gula saja bukan diet pun.
Daging dah dikeluarkan dari freezer sebelum subuh lagi, kul 4.30 lagi.
Sebelum saya ngaji quran saya dah sediakan semua bahan.
Jap lagi campak dlm periuk saja.
Roti dah di uli juga, tunggu nak letak atas dapur jer.
Kopi? Milo? Teh? Minuman sendiri buat.
Siapa nak minum apa, sejuk ke panas sendiri urus.
Kul 8 saya nak ke masjid.
Janji segala urusan rumah selesai sebelum ke masjid.
Balik nnti otak tenang bila segala urusan dah beres.
Ok bye, nak masuk dapur dah ni..
Menu breakfast kacang pol dan roti arab.
Sedap tau...nak?

Saturday, January 26, 2019

Polis buat rondaan

Assalamualaikum
Selamat pagi.
Subuh.
Hening
Damai
Di luar masih agak gelap.
Di dalam rumah hanya kedengaran bunyi air di bilik air.
Ada yg baru nak wudhuk la tu..
Ke ada yg masih dalam selimut.
Jap nak check...
Jap ee......
Pagi2 dah jadi polis.
Meronda setiap bilik.
Menyaman.

Friday, January 25, 2019

Awal pagi

Kul 4 pagi dah bangun.
Dah selesaikan urusan yg sepatutnya di selesaikan.
Tinggal nak bukak quran jer jap lagi.
Nak update blog dulu sambil tunggu anak ambik wudhuk.

Hari ni mood lebih baik.
Alhamdullilah, kesihatan pun bertambah baik.
Masih batuk2 tapi nama pun manusia, takkan sihat memanjang.
Sakit itu penghapus dosa.
Redha.

Semoga kita semua dirahmati Allah.
Hari ni, esuk dan selamanya.
Ok, bye dulu, Quran menanti saya.
Assalamualaikum.

Thursday, January 24, 2019

Sangkar emas.

Jendela dunia
Di sini ku mengintai dunia
Dari bukaan sempit yg melemaskan.
Kadang kadang cerah di luar menghiburkan
Kadang kadang cerah itu mimpi yg  menghantui diri.
Aku di balik jeriji yang memenjarakan hati
Membebaskan mata tanpa sempadan
Hanya mata.
Hanya lah mata.
Di sebalik jeriji dan kaca ini ada duka yg membara
Ada kebebasan yang terantai.
Ada suara teriak yg terpendam.
Harapan lama dan baru
 meniti di palang palang besi itu
Sekali sekala terhakis setelah sekian lama berkarat
Dan mimpi gugur di hujung kaki.


Wednesday, January 23, 2019

Janji update.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
X ada apa nk kongsi
X ada crita baru
X terlintas tajuk apa2 dlm kepala
X ada yg terbuku di hati.
Kongsi foto jer lh.
Kongsi apa yg di panggil wajah warga tua.
Takper tak mcm Che Ta pun,
Tak kisah...
Janji dapat update blog, dpt muatkan N3 baru utk hari ni.
Misi berjaya, target 1 N3 setiap hari tercapai!
Masih tercapai setakat hari ni.
Semoga Tuhan beri saya kesihatan yg baik dan
kelapangan untuk terus berblog.
Semoga kuman 'malas' tidak menyerang.
InsyaAllah...

Tuesday, January 22, 2019

Tua

Cantik lawa mula luntur.
Kedut, kendur dan kecut keriput berebut tempat.
Di setiap inci kulit yg nyata
dan yg terselindung....
Seratus,
Seribu?
Beribu kedut beranak pinak setiap hari.
Meriah.
Rambut pudar warna
Mata bukan lagi helang yg merenung mangsa
Mata sekadar mata ayam yg rabun di mlm kelam.
Telinga hanya hiasan, pendengaran tidak tajam.
Senyuman jadi tawar.
Gula di bibir berpindah ke dalam darah dan
menjadikan bacaan paras gula meningkat.
Kolestrol pun lebat,
Jantung penat tersumbat.
Anggota badan dah tak larat berbakti
Seperti kurang bateri,
Menunggu untuk berhenti.
Kalau lah diri berubah sebegini pun
kita masih juga tidak peka..
Apa lagi tanda yg perlu kita nantikan?
Perubahan diri ketara
Dulu muda belia, sekarang tua..
Hati jangan terus berasa muda
Berdirilah didepan cermin
Bilanglah tua itu
Sedar lah usia sudah menipis
Entah esuk entah sekejap lagi
Mati menghampiri.
Sudah sudahlah dgn hal dunia.
Kita di sini hanya sementara.
'Sementara' bagi orang tua sangat pendek jaraknya
Bukan seperti 'sementara' orang muda..
Bertindaklah bersesuaian dgn usia
Bercakap lah dgn bahasa orang tua
Manafaatkan masa yg bersisa..
Carilah redha Tuhan..
Tuailah pahala..
Cubalah untuk tidak menyakiti hati sesiapa
Kerana mungkin masa untuk memohon ampun
sudah tidak ada....
Senyum lah dan berbahagialah seadanya.
Berkasih sayang sesama kita sementara masa masih ada.

Monday, January 21, 2019

Demam part 2.

Masih demam.
Masih melayan perasaan.
Masih menjeruk rasa
Alhamdullilah masih bernyawa.
Mlm tadi tak leh tidur.
Batuk menggangu mata.
Ni pagi2 dah rasa mengantuk.
Lepas update blog ni nak tido.
Walau demam, walau uzur...
Urusan wajib saya dah bereskan.
Selagi ada daya tak nak nyusahkan orang lain.
Lagipun kalau terbaring manjang makin uzur rasanya.
Dahi masih suam.
Nafas berhaba seperti naga.
Telinga berdengung.
Mata berair.
Hidung tersumbat.
Haha...habis deria mogok!

Saya perlu gagah.
Perlu beritau hati untuk menerima kenyataan.
Hidup tanpa awak tak mudah.
Tapi saya tau Tuhan tidak akan memayahkan saya.
Semoga begitu.
Malam tadi dlm terlelap yg pendek, saya bermimpi.
Awak ada mcm biasa.
Bila tersedar saya beristiqfar...
Rupanya sang mimpi masih belum tau awak dah pergi selamanya.
Atau mungkin demam ini mengundang rasa nak bermanja.
Mimpi adalah bahagia yg sementara.

Ngantuk nya.
Perlu tidor sekejap.
Kesan dari ubat kot.
Babai.....

Sunday, January 20, 2019

Demam

Saya demam.
Demam sorang sorang.
Awak tak ada.
Demam terasa lebih menyakitkan.
Hati pecah bertaburan.

HAIYAALASSOLAHHHH....

Kedengaran azan subuh.
Jom bersedia untuk solat.
Bersambunggg.....

Saturday, January 19, 2019

Racun

Yang pahit bukan racun namanya.
Yang manis itu racun.
Yang bawa penyakit selalunya yg manis.
Makanan manis bawa penyakit kalau diambil berlebihan.
Kata2 yg manis boleh juga merosakkan hati.
Selalunya yg manis ni membaluti kepahitan yg mendalam.
Nampak manis, rasa sedap tapi hati hati...
Bersama manis itu ada harga yg perlu di bayar.
Penawar sentiasa pahit.
Biar pun pahit ia menyembuhkan.
Nak telan lekat di tekak.
Nak hadam tak semudah niat.
Tapi pahit peria itulah yg menjadikan gula tawar.
Pahit kebenaran itulah membongkar palsunya pujian.
Dalam hidup perlu ada kepahitan.
Supaya manis tidak bermaharaja lela.
Kurangkan manis dlm makanan,
Kurangkan juga manis dalam berkata kata jika hanya untuk sedapkan rasa
Kurangkan manis dalam senyuman jika manis itu hanya kepalsuan.
Manis itu membunuh.
Pahit itu menyelamatkan.
Ok, paham tak?
Tapi pagi2 ni saya nak belanja senyum sikit lah.
Jgn risau, senyum ini senyum yg kurang manis.
Faktor usia..
Tua2 ni senyum pun tawar.

Friday, January 18, 2019

Breakfast

Untuk cucu
Pancake dgn topping mixed berries n chocolate.
Sedap kata mereka
Kalau datang rumah grandmommy, mintak pancake.
Menu tetap.
Cucu2 ni suka makan benda sama.
Kalau mereka ada perlu masak menu ni jer
Pancake
Nasi ayam
Nasi goreng telur
French toast
Wobbly Jelly
Donuts
Spegetti Cabonara
Or kalau paling senang buat sup ayam letak pasta.
Taraaaa......cucu kenyang nenek suka hati.

Thursday, January 17, 2019

Bubik yg patuh

Suka lar bibik nih.
Tak pernah komplen
Patuh.
Kerja tiptop
Senang hati saya.
Bibik ni siap masuk bawah almari, bawah katil..
Kira selagi ada tempat yg boleh dia bersihkan dia akan buat.
Bila penat dia sendiri cari charger, charge balik kuasa.
Mana nak cari bibik sepatuh ini?
Sib baik ada orang bagi free bibik.
Senang kerja saya.

Wednesday, January 16, 2019

Duit

Duit saya cair ke macam mana?
Mengalir laju jerr....
Cuba pekat melekat sikit
Tidak meleleh begini.
Aiseymannnn...!
Duit awak macam mana?

Ukur lantai shopping mall.





Macam la tak ada kerja sangat.
Tak pasal pasal duk ukur lantai shopping mall
Bukan ada benda yg nak saya beli pun, saja buang masa.
Pagi tadi saya ke masjid ngaji quran sebenarnya.
Sepatutnya selepas mengaji ada program ulasan kitab di masjid lain.
Mula tu nak hadir tapi kuman malas menyerang hati.
Terus balik rumah, tukar pakaian dan ke sini sudah nya.
Dasyat tul la godaan syaitan tadi.
Kalah pulak saya ni.
Tapi see the positive side la kann..
Anak2 nak beli barang keperluan mereka.
Saya jadi supir jer.
Kalau bukan saya siapa lagi yg nak bawa mereka kannn
Tu mujur mereka nak saya temankan.
Buatnya mereka nak keluar dgn kawan2 camna?
Alhamdullilah anak saya tak pernah saya biarkan bebas begitu.
Memang saya mummy yg kolot.
Tak apa.
Kolot pun kolot lah.
Jadi hari ni nak pendekkan cerita, di sini lah saya.
Penat berjalan saya duduk di bangku yg disediakan.
Jadi penunggu barang2 yg dibeli.
Dah siap semua, lunch dulu baru pulang ke rumah.
Penat.
Poket pun penat.
Tapi terubat juga hati dapat keluar dgn anak2.
Bukan selalu, sekali sekala jer.

Tuesday, January 15, 2019

Kelas bahasa arab.

Saya dan kawan2 masuk kelas bahasa arab.
Untuk memahami isi alQuran sebenarnya.
Dah tua baru nak belajar.
Nasib baik masih ada kesempatan untuk belajar.
Sekali ingat rasa nak tergelak.
Apa tidak nya, cikgu soal kami tergagap gagap nak jawap.
Otak dah bocor kot, berkali kali cikgu terangkan, tak faham faham.
Tapi kami tekad untuk teruskan belajar juga.
Tua pun tak apa
Slow learner pun tak apa
Cikgu jangan marah kami ok.
Sabar dengan kami ok.
Teringat pulak kat bekas anak murid di kelas pemulihan.
Macam ni la dia orang rasa kot.
Rasa macam blurr...
Lawak lar.
Tu la, Muda2 dulu tak nak belajar
'Benok' kata org kelantan.
I am benok.


Rutin

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Wudhuk
Solat.
Ngadap blog.
Update.
Masuk dapur
On water heater
On washing mashine
Off lampu kat luar.
Prepare breakfast
Rutin setiap pagi.
No complaints
Tuhan bagi sihat untuk buat benda2 ni dah syukur sgt dah.
Kalau terlantar nyusahkan orang camna?
Alhamdullilah, sehingga ke hari ni,
Sakit hanya sakit sikit2 tu biasa.
Redha.
Jom....kita teruskan rutin selanjutnya.
By the way ni rutin sebelum kul 7 pagi jer ni...
Bersambung........

Monday, January 14, 2019

Tak habis lagi

Sambung hari ke dua
Hias bilik dia
Kemas bilik dia
Upgrade bilik dia

Cat baru
Karpet baru
Perabut baru
Segala baru.
Yang lama dia sumbat dlm bilik tamu
Diacpunggah letak dlm bilik solat
Dia susun dlm bilik di tingkat atas.
Senangnya kerja dia.
Pakai tolak ke luar bilik
Janji benda2 lama tu di luar bilik dia.
Sekarang untuk saya fikir dan conggak.
Nak letak mana semua tuh? Buang?
Bagi orang?
Selit mana2?
Tumpang bilik orang lain?
Jangan menyemak dlm bilik saya dah.
No way!
Tak suka sepah2 semak, sendat dgn barang tak perlu.
Please....don't ever think of using my room as a dumping place.
Never!

Dua hari turut2

Selesaikan urusan iffah.
Penat.
Tapi biarlah...
Turuti kemahuan dia.
Dah lama sgt dia duk nak hias bilik sendiri
Taste dia tak sama dgn taste mummy.
Ok, go ahead iffah..
Do as you wish
Jangan robohkan bilik tu dah.
But then I just one to say this...
Keep it clean!
Always!
Kalau bersepah tu tak kira la perabut dtg dari langit pun tak akan cantik bilik awak tu.
So, mummy is going to watch you like an eagle.
How well you keep your things tidy.
Get organaizzzzzzz!

Saturday, January 12, 2019

Iffah balik

Kalau dia balik,
Berkumandang lah lagu2 hindustan.
Filem bollywood berulang kali dia tengok
Seperti ada india di bawah bumbung ni.
Minat dia sejak kecik.
Masa dia berusia dua tahun, byk baju india saya beli utk dia
baju stail penari bollywood tu la..
Dia suka pakai dan joget ikut tarian bollywood kat tv.
La ni dia dah 23 tahun tapi perangai tak berubah.
Senikata lagu bollywood dia hafal.
Semua cerita bollywood dia download.
Hmm...iffah pelajar jurusan akhir undang2.
Akhir tahun ni selepas chambering nanti insyaAllah bergelar lawyer.
Kena sangat la dgn minat bollywood, kawan2 pun ramai kaum tu.
Laywer ramai india kannn..
Iffah, kawan aje tau!
Minat filem aje.
Minat pelakon nya pun ok gak.
Jangan sampai mummy dpt menantu bollywood dah.
Haishhh.....risau gak.
Kita yg keturunan cina ni kalau campur keturunan india jadi mcm mana ek?
Wajah india kulit cerah tentu cantik.
Tapi kalau wajah cina kulit gelap?
Well, leave that to God.
Rahsia Tuhan, serahkan pada Tuhan.
Perancangan Tuhan adalah yg trbaik.
Yakin begitu.
And in the mean time iffah,
Stop singing that song, it makes me sick!
Bole churriaaaa.............

Friday, January 11, 2019

No 1

Tepat tengah malam.
Permulaan hari baru.
Mata belum mau lelap.
Entri blog paling awal.
Haha....cepat2 send, publish
Nak N3 ni masuk blog terawal.
No 1.
Saya ni nak berebut dgn siapa?
Takde la, suka suka jer....
Nak letak foto takut lambat upload.
Tak yah la...
Yes!
No1.

Thursday, January 10, 2019

Lalalalalalaaa....

Hari ni.
Hati manyak cenang.
Kaki dah x sakit.
Paras gula dah hampir normal
Urusan rumah dah siap.
Makan juga sudah.
Pakai baju baru dan posing dulu.
Nak keluar.
Nak ukur jalan sambil beli apa yg patut.
Bila otak bebas stress, hati lega
Dunia terasa lebih ceria.

Wednesday, January 9, 2019

Nak juga kamu singgah yer...

Ada orang baik baik...
Singgah sini, sentiasa singgah.
Baca apa yg saya paparkan di sini.
Kerana mereka baik,komen pun yg baik baik
Tak kira lah, tajuk apa pun..
Kalian tetap komen walau seringkas satu perkataan.
Sukanya saya....
Kalau saya merapu pun kalian baca jugak
Kalau saya luah rasa hati kalian memahami.
Terharu lah saya.
Betul, saya amat menghargai.
Tapi sayang sekali,
Saya x tau siapa kalian semua ni..
Saya tak kenal.
Tak pernah bersua muka
Tapi saya sentiasa seronok tengok kalian tegur saya di sini.
Kalau boleh nak kenal lebih dekat.
Tapi biasalah alam cyber ni..
Jarak memisahkan.
Waktu dan masa tidak mengizinkan.
Mungkin keadaan tidak menyokong kita untuk lebih kenal.
Satu jer nak cakap...
Thank you sooooooo much!
Kepada semua yg sudi pandang blog saya yg daif ini
Sudi baca isi hati saya yg entah apa apa.
Thank you kerana meninggalkan komen
Nasihat dan sokongan moral.
Yang tak meninggalkan bekas di blog pun ada.
Baca dan berlalu begitu sahaja.
Tapi tetap saya hargai..
Saya doakan kalian semua sentiasa dalam rahmat Tuhan.
Saya di sini begini lah, ini lah saya..
Di blog atau di alam nyata...
Ini lah saya.
Thank you again......

Tuesday, January 8, 2019

Terkawal

Yes!
Berbaloi diet 3 bulan.
Tadi check darah untuk hba1c.
Dah turun dah...
Dari bacaan 7.2 turun ke 6.4
Yahoooooo!
Doktor target buleh turun sehingga 6.5
Ini dah lebih target.
Doktor pun ucap tahniah kat saya.
Happy bukan main.
Lega rasanya.
Walau yg normal tu below 6, ni dah cukup baik dah.
Semoga saya kuat untuk terus makan cara sihat.
Amalkan gaya hidup sihat.
InsyaAllah

Sunday, January 6, 2019

Kalau awak ada...

Kalau awak ada saya dah cakap macam ni...
Pa, sakitnya buku lali saya.
Saya jatuh tadi.
Sakit sungguh.
Awak mesti cakap...
Mata letak mana?
Tu la gopoh tak habis habis
Pa,
Saya nak buat camna ni,
Nak jalan pun sakit
Ke patah?
Ke retak?
Awak mesti cakap....
Gi klinik la..
Jangan mandai2 nak gi urut
Kang makin sakit.
Tu, pain killer ada atas kabinet tu,
Makan sebijik.
Pa,
Doktor tadi tu cakap jangan byk guna kaki
Apalah doktor tu,
Bukan dia tak tau saya byk aktiviti.
Tak guna kaki nak gerak macam mana, takkan nak merangkak.
Awak mesti cakap...
Ya lah, pandai awak la dari doktor tu
Degil
Keras kepala
Kalau org cakap apa pun tak nak dgr.
Ni pun kes saya larang awak tak dengar lah ni
Tuhan marah, derhaka pada suami.
Kan dah sakit.
Pa,
Apasal awak marah saya
Saya ni dah la sakit.
Tak nak masak la hari ni
Kita beli nasi bungkus
Kaki saya sakit, tak nak masuk dapur.
Awak mesti cakap...
Sukahati awak  la
Meh sini nak tgok kaki tuh

Pa,
Saya nak ngadu kat awak
Tapi awak tak ada

Saya gosok kaki yg sakit
Tapi tak sesakit hati yg pecah semenjak awak x ada
Saya dah lama tak ke pusara awak
Hujan membataskan kunjungan.
Awak tunggu agaknya
Anak2 pun x pergi
Setiap petang khamis hingga pagi sabtu awak mesti nantikan kami
Maaflah, musim hujan, rumput panjang.
Pa,
Saya sentiasa doakan yg baik2 untuk awak
Tenang damai lah
Anak2 pun sentiasa sedekahkan bacaan yassin.
Nanti keluar mentari dan tanah kering saya datang lagi
Tunggu yer.
Nanti sembuh kaki ni saya akan ziarah pusara awak lagi
Tunggu saya dan luahan hati saya
Awak mesti kata...
Dah, dia dah mula membebel dah...

Pulakk dahhhh.....

Aduiiiii...sakitnya mak!
Terpeleot buku lali.
Signal dari Tuhan.
Ingatan.
Warning.
Entah apalah dosa ku..
Entah hati siapa yg ku sakiti..
Entah hak org mana yg aku menidakkan.
Terima kasih Tuhan.
Sakit ini menginsafkan.
Tuhan masih sayang aku
Cepat2 Tuhan balas di dunia
Supaya tidak ku heret dosa itu ke neraka.
Sakit ya amat!
Hari ni byk urusan ku terbatas.
Jalan henjut henjut.
Sepatutnya Ahad pagi aku ke masjid mengaji.
Kena cancel.
Tak apa, redha.
Jap lagi nak ke klinik.
Nak konfirm, geliat ke, retak tulang ke, sendi ke...
Tua tua ni mudah sakit tapi payah sembuh.



Saturday, January 5, 2019

Bye bye annoying people.



Sabtu ni tak naik hantu.

Suka sangat2 kalau hari sabtu.
Banyak projek dalam kepala.
Segala benda nak buat
Kalau masak pun berbaloi sbb sabtu full house.
Depan tv no empty seat.
Alhamdullilah.
Bila worih waroh ramai
Kita tak keseorangan.
Ada saja yg singgah.
Ada saja yg kongsi rasa.
Kawan2 pun sama jugak.
Ke hulu hilir dgn kawan.
Tidak apa lah saya rasa selese begini
Alone and loving it
Alone but not lonely.
Ada yg lebih dasyat.
When you are alone in a crowd.
Mujur bukan saya.
Mujur loneliness hadir hanya sekali sekala.
Sebenarnya manusia tak pernah kesaorangan.
Tuhan ada.
Kan?
Hamboiii...time otak tak masuk air, ayat sikit punya beriman.
Time otak penuh air, tak cukup tanah nak meraung guling guling.
Gitu lah kita ni manusia yg lemah..
Alhamdullilah seadanys...

Friday, January 4, 2019

Tekak tak terima

Bukan sedap pun
Gatal tangan nak cuba buat
Tengok kat fbook viral pasal steamboat stail segera ni.
Mata kata sedap
Hati pun terpengaruh
Gigih buat seperti yg di saran.
Hidang
Makan
Hampehhh!
Saya bagi markah 40/100
Bukan tak boleh telan
Boleh saja, cuma x sedap mana
Baik saya masak tomyam betul2
Resipi turun temurun,
pastu letak la segala mak nenek fishballs, meatball and whatnot.
Rasa2 lagi sedap kot.
Ni pakai rempah tomyam segera dlm paket tu apa kelas!
Tobat tak buat dah.
Pandai sungguh mata menipu minda.
Yg mangsa nya perut.
Siapa kata sedap tu lah yg habiskan..
Help yourselves guys.

Thursday, January 3, 2019

Tengok laut




Syukur

Lebat
Berangin agak kuat
Tapi syukur sangat
Ribut taufan yg di jangka Tuhan alihkan ke laut.
Berkat doa dan solat hajat semua.
Terima kasih Tuhan.

Tuesday, January 1, 2019

Rezeki

Lori berhenti depan rumah
Nak beli besi buruk
Kebetulan saya ada benda nk dihapus kira.
Dapat jugak duit beberapa ringgit.
Kebetulan ada budak2 sedang bantu saya mengemas laman.
Duit tu saya sedekahkan saja buat mereka.
Walau hanya beberapa ringgit, mereka suka sgt.
Rezeki mereka.
Petang tu saya keluar dgn anak.
Niat nak dinner outside.
Waktu tgah tunggu makanan sampai ke meja,
ada org tegur.
Kawan arwah suami saya rupanya.
Sembang2 sekejap dan dia berlalu.
Kami terus mengadap pinggan.
Sedap, menu western.
Dah siap makan saya bangun ke counter bayaran.
"Dah settle kak, Dato A**** belanja".
Alhamdullilah.
Ada orang murah hati jelaskan bil makan kami.
Rezeki kami.
Semoga Tuhan murahkan rezeki orang
yg belanja kami makan tadi.
Teringat doa solat dhuha.
Jika rezeki masih di langit, turunkan lah...
Sesungguhnya hanya Allah yg mengetahui segalanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...