Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, June 25, 2019

Melatah ke buat buat latah?

Dengan tak sengaja tertekan channel ni.
Rancangan khas buat orang2 yg melatah.
Macam sukan rakyat gitu.
Artis yg melatah dikumpul untuk melatah berjemaah.
Rasa nak komen.
Menyampah!
Tu aje .
Bukan nak hina orang yg latah, sungguh tidak.
Tapi saya tgok yg latah dlm rancangan tu tak real.
Fake.
Mungkin betul mereka latah tapi tak lah selatah itu.
Sepanjang rancangan asyik latah jer..
Berjangkit jangkit..
Latah tapi boleh pulak kontrol bersesuaian dgn konsep rancangan.
Latah yang lebih pada ngada ngada.
Macam buat buat..melebih lebih.
Maaf lah, saya memang membebel saja sambil tgok rancangan tu.
Tengok juga cuma tengok bukan kerana minat.
Kerana sakit hati.(tak pasal2)
Anak2 saya cakap kalau mummy x nak tgok tukar jer lah channel lain.
Padan muka saya kena sound dgn anak2!

Meh sini nak cerita..
Ada orang betul2 latah. Ada.
Ada sedara saya yg latah.
Dia pendiam, tak suka bergaul.
Mungkin untuk elakkan diri memalukan diri sendiri.
Latah dia bukan saja depan orang, belakang orang pun dia boleh melatah.
Dengan kucing pun dia latah, betul, saya pernah intai.
Pernah satu kali tu dia duk makan di dapur sorang2
Saya intai dia..niat nak usik dia tapi tak sempat usik
Ada kucing sekor ni tiba2 melompat atas meja nak curi ikan goreng.
Makcik ni punya la latah, di tuang nya kicap satu botol dlm nasi.
Dan jgn tak caya, sungguh2 dia suap dan telan nasi banjir kicap tu.
Lepas tu bila reda saya tengok dia menangis.
Kesian..perlahan lahan saya undur, cancel niat nak usik dia.
Tu baru latah asli.
Ini tidak, latah hanya depan orang.
 kalau ada penonton menjadi jadi latahnya.
Tu pasal la saya cakap latah tu macam di buat buat.
Di tambah perisa bodoh.
Kalau nak tengok, cer bukak tv cari rancangan ni ..
Saya rasa ada yg sokong saya.
Kalau tak sokong pun tak apa, ni sekadar pandangan saya saja.
Kalau nak jadi seorang pelatah, go ahead, jadi lah...
Bukan saya larang pun...
Sekadar pandangan.
Tepuk dada tanya selera.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...