Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 12, 2019

Runtuh para garam

Tu bahasa kiasan orang tua2 dulu.
"Runtuh para garam" maksudnya masakan yg terlalu masin.
Itu yang berlaku tadi.
Segan nak cerita tapi nak cerita juga.
Saya masak mee kari tadi.
Confident level memang ke langit.
Selalu dah masak mee kari.
Pejam mata pun boleh masak.
Entah di mana silap nya, tup tup masin.
Walhal jari ni dah beribu kali sukat garam dalam masakan.
Entah lah, buntu nak cari sebab masin.
Mungkin fish ball tu yg dah termasin
Mungkin cili bo  yg masin
Mungkin tersukat garam dua kali tanpa sengaja
Cuai nya saya.
Nak ditambah air dalam kuah, kuah dah cukup banyak dah.
Nak tambah sayur untuk kurangkan masin rasa membazir sbb rakyat x gemar sayur byk.
Nak buang kuah tu dah buat kuah lain?
Nak start from A semula mesti makan masa,
sedangkan rakyat dah tunggu nak lunch.
Nak tak nak, ngaku jer la...
" kuah tu termasin tuh, jgn byk sangat letak kuah tau.
Jgn ambik mee sbb mee menambahkan masin nya kuah, ambik meehoon.
Toksah tambah sambal tumis tu, untuk pedas letak cili potong jer.
Picit limau nipis lebih sikit!"
Byk la pulak syarat2 saya ni.
Terbantut selera anak negeri.

 Semua duk makan.
Diam jer ngadap meehoon kari.
Gigih suap demi suap...
" mummy, sedap nya meehoon kari ni..."
WHAT.?
Betul ke apa yg saya dengar?
Ke u all nak ambik hati mummy nih?
"Serius mummy, memang sedap, nak tambah lagi lah!"

Bukan masin ke?
Buntu batu jemala patek mikirkan nya!

2 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Hihihi... Kecur plak.

Teringat petua kalau masakan masin, campakkan potongan ubi kentang dalam periuk tu.

DonnaSha said...

Kata bebudak wechat lanih ... lori garam terbalik .. katanya laaa.. hihi

Tergelak baca post yang nih.. macam pernah terrrbuat jer dulu. Lepas tu siapla pesanan penaja itu ini, buat bebudak ni tersentap pula nak jamah.

Tapi apa pun, saya percaya rezeki tu Dia yang punya. Masam masin manis tu pun Dia yang punya. Kalau rezeki sedikit, dibanyakkanNya, masin yang banyak pun boleh disikitkanNya :) ... lagi2 masak dgn kasih sayang, seikhlas hati <3 <3

Selamat Hari Raya Tcer Hani.. maaf zahir batin atas semuanya selama ni diperkenalan maya ni. Semuga Tcer Hani sihat sejahtera, dikuatkan semangat, dilapangkan masa dan fikiran.. tenang2 saja. Semuga doa2 Tcer Hani dimakbulkanNya.. Aminn.

Salam hormat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...