Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 19, 2020

Beli nasi berlauk jer pun.

Cuba untuk nampak sihat macam biasa
Walau sebenarnya saya tau saya masih lemah.
Saya gagahkan diri demi anak cucu
Saya tau mereka risau kalau nampak saya terbaring saja.
Saya sendiri pun x suka dilayan macam orang sakit.
Saya kena kuat.
Kena cepat kembali aktif seperti saya yang biasa nya.
Tadi saya pandu kereta, dekat2 ni jer.
Singgah pasar yg menjadi kebiasaan bagi saya dulu.
Hari ni dah tak macam biasa.
Saya rasa sesak nafas bila tengok orang ramai.
Tengok tangga rasa semput, belum panjat lagi tu.
Rasa tak sanggup nak redah suasana pasar.
Walhal kalau dulu pantang free saya ke pasar.
Seronok jumpa orang, seronok berinteraksi dgn si penjual
Ada saja gelak gurau dan cerita baru yg saya kutip untuk di bawa balik
Tapi kenapa hari ni kaki beku di tempat duduk kereta.
Adakah kerana badan tak sihat dan tubuh lemah menghalang saya melangkah?
Akhirnya saya gagahkan diri masuk juga ke pasar.
Cuba.
Try hard.
Yes. Uzur pun saya boleh berdikari lagi.
Malah boleh lagi beli sarapan untuk orang lain.
Berjaya! Yes yes yes.
Now I feel good.
Alhamdullilah.

1 comment:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
Semoga semakin sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...