Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 14, 2020

Terlajak perahu takper.

Walau masih uzur, mulut masih laju menyaman orang..Gini cerita nya.¹
Saya kat dapur petang marin. Pintu dapur saya selari dgn pintu keluar masuk ke tingkat atas.
Sedang saya duk di sink, bunyi mcm benda besar terbalik
GEDEGANG!
Saya syak mesti kerja anak jantan saya yg ada di tingkat atas.
Dia pernah sebut pasal rak kasut tingkat atas dah goyang.
Apalagi, saya full volume la marahkan dia.
Saya tau dia dengar jelas dari atas.
" Wei bertuah. Jangan ganas sangat boleh tak? Takde kerja lain ke?."
Diam. 
Senyap.
Aik, dia buat tak dgr ke. Ikut kebiasaan eluk jer suara dari bawah sampai ke telinga di atas.
Diam dan senyap.
Gedegangggg! Sekali lagi 
Darah saya menyirap bila dgr bunyi tu.
"Acu mari sini teh nak oyak., koho ore lare koho buat, tok reti nih.apolarrrr!
( dialek kelantan ni tanda meter marah dah menyala)
TIBA TIBA.....
Suara itu buat saya rasa nak masuk menyorok dlm rumah.
Suara itu buat saya bersyukur pagar memisahkan kami jadi dia tak kenal wajah saya.
"Dok doh makcik... Pah ni kita lerak bata koho koho doh .."
( Tak buat lagi makcik. Kita buat perlahan lahan selepas ni)
Rupanya....
Yang saya dengar tu bunyi dari luar pagar .
Boroh dalam pembinaan rumah sebelah.
Mereka longgokkan bata di sebelah pagar saya.
Tak pasal2 budak tu kena marah.
Menanah telinga budak boroh tu.
Sian budak tu, sah dia ingat saya marahkan dia.
Sepanjang dia jadi boroh belum pernah lagi kot kena marah bila longgok bata.
Sejarah tercipta hari ni.
Dia kena bebel kat mokcik yg tak dikenali adalah sejarah bagi dia.
Saya membebel sehingga merentas sempadan daerah tu sejarah bagi saya.
Sorry la anak, mokcik uzur2 ni bekeng sikit.
Kalau mokcik sihat mokcik bekeng banyak.
Kwang kwang kwanggg...

2 comments:

PeRdU cINta said...

Bekeng tanpa sengaja .kuikuikui.

Warisan Petani said...

Faktor usialah tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...