Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 29, 2021

Masih ada yang sayang ...


Terima kasih.

Suka sangat sangat.

Dapat kiriman tudung dari seorang yang dekat di hati.

Semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Rasa ter'muda' pulak la bila pakai tudung ni.

(Orang tua ni perasan sungguh!)

Tudung yang lawa sebenarnya.

By the way, minggu ni minggu murah rezeki saya ..

Terima macam2..

Pokok bunga siap dalam pasu

Daging dendeng yang sedap sangat

Sambal hitam yang umppp!

Teh chai masala dan sweetener.

Juga menerima  salam dari yg telah lama terputus hubungan.

Alhamdullilah, masih ada yang tak lupakan saya rupanya nya.

Thank you deep from my heart.


Ni belanja foto posing sambil pakai tudung baru terima ni...warna kelabu yg sangat cantik. Lawa tak?




Monday, September 27, 2021

Awak pun ada rahsia kan?

 Ada rahsia biar kekal rahsia.

Biar diam dalam dada hingga ke akhir hayat.

Rahsia adalah cerita.

Panjang berjela dan ada nama lain yang terlibat.

Tak perlu di ungkit demi menjaga aib.

Sekali sekala rahsia ini berlegar dalam kepala.

Berulang tayang tanpa perlu disuruh.

Apa yang boleh saya rumuskan hanya satu.

Saya tak pernah kesal dengan apa yang berlaku.

Malah saya anggap itu satu kepuasan, satu kejayaan.

Walau rahsia itu tidak mengubati hati luka saya diwaktu itu, cukuplah rahsia itu menjadi neraca keadilan.

Adil

Sangat2 adil.

Kata mat salleh YOU REAP WHAT YOU SOW.

Kalau dia yg terlibat merasakan saya seorang yang pendendam, maka betul lah.

Kerana dendam saya lah maka semua tu terjadi.

Dan berterima kasih lah kerana sekarang saya telah memaafkan dan tiada lagi dendam.

Luka tetap luka.

Ingat tetap ingat.

Rahsia ini terpahat kuat dalam diri.

Tidak bercadang untuk dikongsi.



Saturday, September 25, 2021

Serba salah

 Nak tegur ke nak buat tak tahu

Nak wassup ke tak payah ganggu

Nak hubungi ke baik duk diam2 tunggu tgok reaksi 

Nak berhenti setakat ini ke nak teruskan

Haduh payah nya nak buat perkara yang tidak direstui oleh hati.

Minda yg rasional suruh buat lain, hati yang beremosi cakap lain.

Hari ni saya masih lagi menimbang pro dan cons atas tindakan saya nanti.

Masih lagi tak berani nak buat keputusan, takut nanti menyesal.

Payahnya nak lupakan sesuatu yang hati sentiasa ingat.

Makin nak dilupakan makin bertambah ingat.

Habis macam mana?


Thursday, September 23, 2021

Kuasa jari

Bahagia cara saya.

Luas pantai melapangkan dada
Hati tenang bila tengok ombak
Bayu laut menyapu pipi
Di sini ada duka yang perlu dihanyutkan.
Damai lah diri yang dibalut sepi

Wednesday, September 22, 2021

Ada yg sokong tak?

Paling sedap di dunia
'NASI GORENG BODO'
Pasangan dia IKAN KERING BODO
Ni sedang nak goreng keropok .

Sedap tau.
Simple but sooooo good!
Percaya ke tak percaya?
Meh sini share 'nasi goreng bodo' ni.
Nasi jer bodo, yg menggoreng belum bodo lagi.

Sunday, September 19, 2021

Not in my best health

 


Alhamdullilah.

Dah rasa much better.

Semalam tak ada posting apa2.

Rehat, tak jengok fbook, ig atau blog.

Wassup pun tak jeling.

Tido saja seharian.

Harap2 soon boleh back to normal.

I am a happy person.

I can still smile in bad days.

I hope I can still be that way.



People say....

'Worry' is like sitting on a rocking chair.

It gives you something to do but it gets you nowhere.

True.

But sometimes this 'batu jemala patek' tak makan saman..

Ada jer tajuk nak difikirkan..

Tu pasal la jadi jem dlm batu jemala patek nih.

Pastu naik darah.

Hmm....tak tau nak cakap apa dah..

Hentam saja la labu...

Friday, September 17, 2021

Uzur.

Tak sihat.Tak pernah begini.Tekanan darah lebih tinggi dari biasa. Dah ke klinik tapi doktor tak bagi ubat apa pun. Doktor suruh rehat, jgn stress dan kalau tidur cukup 6 jam.Dr suruh pantau tekanan darah pagi dan petang. Kemudian catat. Kalau tak turun2 tekanan tu kena jumpa doktor sekali lagi. Saya biasanya hypotension atau tekanan darah rendah. 117/75 saja tekanan normal bagi saya. Kalau rasa tak sihat mesti kerana tekanan turun sampai 90/60.Entah kenapa tiba2 jadi naik tekaan sehari dua ni..Tadi check 141/100. Risau weh bila doktor tak bagi ubat..risau sunguh2.Makin stress ada lah. Duk fikir what if the preasure goes higher.Hopefully tak lah. Hari ni niat nak rehat. Nak kurangkan aktiviti 'fikir 100 tajuk'.Tak nak fikir2 dah, tak nak stress dah..boleh ke? Mampu ke buat macam tu?

Wednesday, September 15, 2021

Mr Diy

Dah berbulan berkurung di rumah.
Berbulan tak singgah di kedai berhantu ni.
Tadi nampak kedai tu macam x ramai orang.
Mungkin sebab baru bukak, pagi lagi.
Saya singgah nak beli screw.
Bawa balik screw dan langsir bling2 berjurai jurai ni.
Tak pasal pasal terbeli
Menyesal singgah tadi.

 

Tuesday, September 14, 2021

Jaga SOP

Semalam kawan2 datang untuk breakfast bersama.
Kami dah lengkap vaccine 2 dos la awak.
SOP tetap SOP
                             Bukan ramai pun
Kami berempat saja
Saya ajak mereka ke tingkat atas memandangkan kat bawah ahli keluarga ramai.
Payah nak jaga penjarakkan nanti.
Kami duduk makan2 pun patuh SOP.

Seronok sungguh bertemu mata.
Maklum lah sejak pkp ni kami langsung tak keluar sama sama.
Sekarang dah boleh keluar pun kami masih takut nak ke tempat ramai.
Itu pasal lah kami pilih untuk berjumpa di ruang ini saja.
Sembang2, makan2...
Rindu terubat.

Sunday, September 12, 2021

BFF

Dua ni memang laa..
Kalau yg oyen tak datang cari yg kelabu,
yang kelabu cari oyen.
Masing masing memerlukan.
Sama sama faham jiwa.
(Sorry drama terlindung dibalik tong biru tu)
Haiwan tau erti persahabatan.
Saya pun tau.
Teman gelak ketawa.
Kongsi air mata juga.
Teman sahabat rakan dan kawan
Bukan kenal sehari dua ni, berpuluh tahun

Tengok dua ekor ni, membawang la tu..
Saya pun pandai membawang.
Like nenek like cucu.
Kemain lagi cucu membawang .

Saturday, September 11, 2021

Kelmarin itu kenangan.

Suka benar belek album lama2.
Buang tebiat ke apa?
Tengok foto zaman remaja seperti melihat sejarah diri
Detik2 yang ditinggalkan terakam dalam gambar.
Lama sungguh ni
Tak silap tahun 1978.
 Payah nak share foto ni, kena edit bagai.

 

Waktu remaja semua nya indah.
Hati belum tau erti kecewa luka..Jiwa belum tau pedih rasa ..Minda tenang tanpa kusut serabut.....Segalanya berubah bila dewasa menjelma..Tanggung jawap dan kehendak berbeza....Perubahan usia dan waktu.Ujian dan dugaan mematangkan akal fikiran..Walau apa pun terpaksa redha.Tempuhi segala rintangan berbekalkan sabar walau senipis kulit bawang. Nak tak nak pasrah jer lah..Cuba cari pelangi selepas gerimis. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada kerana itu lebih baik dari menangisi apa yang tak mampu digenggam...Kutip sisa bahagia yg berbunga disebalik duri derita. Itu lah kehidupan. 
Sekarang dah tua ni malas dah nak fikir lebih2.Hanya menunggu mati..Sebelum tu, take one day at a time..Tak gitu?
Dah tua ni berbahagia dengan cucu2 saja lah.
Mereka penawar hati gundah 
Syukur Alhamdullilah.


Thursday, September 9, 2021

Shadow

Percaya tak...
Bila kita di dalam kegelapan kesusahan, usahkan sahabat handai,
Bayang kita sendiri pun lari meninggalkan kita.
Masa susah, pandai pandai la urus masaalah kita sendiri.
Tak siapa nak tolong pun.

 Stay strong Hani.

Always be strong.

Wednesday, September 8, 2021

Tuesday, September 7, 2021

Berkawan biar beribu berjuta juta..

Musuh jangan dicari.
Betul sangat
Saya rasa saya tak pernah ada musuh.
Dalam selimut saya pun tak ada musuh berani menyorok.
Bebas musuh
Alhamdullilah.
Tapi kalau orang lain nak anggap saya musuh tak tau lah.
Suka hati depa la kannn..
Buat apa nak bermusuh dengan saya?
Saya bukan ganggu hidup orang pun
Hidup sendiri tunggang langgang, tak ada masa nak intai hidup orang.
Nak bermusuh bab harta, saya tak ada harta..
Bab kuasa pun saya ni memang tak kuasa nak berkuasa pun.
Kalau bab rupa lagi lah, dari muda sampai la ni saya ni tak ada rupa.
Ke nak bermusuh sebab mulut saya?
Hehe...mulut saya ni hanya bising di blog saja.
Betul la, saya ni bukan jenis orang yang peramah mana pun.
Payah nak mulakan perbualan kecuali dgn orang yang dah rapat dgn saya.
Saya lebih suka mendengar dari menyumbang bahan utk di bahas.
Pastu kenapa nak anggap saya musuh?
Ada ke? Takut gak la, mana tau terguris hati orang tanpa sengaja.
Atau punnn....jeng jeng jenggggg....
Terambil hak orang?
No no no...pantang tok nenek bab hak orang nih.
Dont worry laaa....apa pun kalau dah kepunyaan orang,
bukan lah pilihan saya.
Tak termasuk dalam senarai saya.
Apolaaaar....
So the moral of the story is...
I am happy tu be me and happy to have you as friends.
I have all the right people in my life.
Alhamdullilah.

Monday, September 6, 2021

Jaga jaga

7.0
Hb1c saya masih 5.7 kadang2 6.2.
Hadoi...Tak tinggi tak rendah tu.
Masih dalam era prediabetic.
Syukur dah tu
Dalam jaga makan dan pantang gula, masih tak turun2.
Tak apalah, tak naik kira ok dah.
Yala, umur macam saya ni dah tak pelik kalau ada kencing manis pun.
Nasib baik belum lagi.
Setakat hari ni belum perlu makan ubat lagi.
Harap2 bertahan lah.
Tua2 ni senyuman dah tak manis dah, yang lebih manis hanya gula dalam darah.

Sunday, September 5, 2021

Selesai

Punya lah lama.
Dua bulan lebih jarak antara dos pertama dengan yg kedua.
Kawan2 dan sedara2 yang sama tarikh vaccine pertama dulu dah lama selesai dos kedua.
Kes AZ la ni...
Takper la janji dah beres.
2 minggu lagi boleh bebas.
Yes Yes Yes!!!!!!
 

 

Saturday, September 4, 2021

Di luar

Di luar
Ada mimpi yang berterbangan.
Ada rindu yang tak kesampaian.
Berdiri di balik kaca jernih ini
Membilang usia yang terlucut
Yang menebal hanyalah
Kesal dan sesal
Banyak nya yang terlepas dari genggaman
Tangisan bersilih ganti dengan senyum tawa.
Segalanya dah hampir ke titik penamat
Aku hanya lah johan dalam kegagalan.
Sentiasa mencari di mana silap langkah ku
Yang ku cari masih belum ku temui hingga ke saat ini.




 

Friday, September 3, 2021

Shoppe menggoda

Dah tau tak leh kemana mana, beli baju baru buat apa?
Pastu nak pakai melaram kat mana?
Alah, no problem.
Posing depan rumah pun boleh.
Hentam saja la labu...
            Posing tang sini..Posing tang sana

Berdiri
Duduk
Senggeng kiri kanan
Janji muka kena sinyiummmm.

Bila bosan ini lah jadi nya..Otak masuk air. Tak kisah la kan, janji tak kacau orang. Baju kita, badan kita,rumah kita, hset kita...
Sebenarnya sejak takleh keluar rumah ni anak2 duk membeli belah online. Ni oda kat shoppe.. So if you can't beat them, join them..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...