Buang tebiat ke apa?
Tengok foto zaman remaja seperti melihat sejarah diri
Detik2 yang ditinggalkan terakam dalam gambar.
Lama sungguh ni
Tak silap tahun 1978.
Payah nak share foto ni, kena edit bagai.
Waktu remaja semua nya indah.
Hati belum tau erti kecewa luka..Jiwa belum tau pedih rasa ..Minda tenang tanpa kusut serabut.....Segalanya berubah bila dewasa menjelma..Tanggung jawap dan kehendak berbeza....Perubahan usia dan waktu.Ujian dan dugaan mematangkan akal fikiran..Walau apa pun terpaksa redha.Tempuhi segala rintangan berbekalkan sabar walau senipis kulit bawang. Nak tak nak pasrah jer lah..Cuba cari pelangi selepas gerimis. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada kerana itu lebih baik dari menangisi apa yang tak mampu digenggam...Kutip sisa bahagia yg berbunga disebalik duri derita. Itu lah kehidupan.
Mereka penawar hati gundah
Syukur Alhamdullilah.
Sekarang dah tua ni malas dah nak fikir lebih2.Hanya menunggu mati..Sebelum tu, take one day at a time..Tak gitu?
Dah tua ni berbahagia dengan cucu2 saja lah.Mereka penawar hati gundah
Syukur Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment