Ada rahsia biar kekal rahsia.
Biar diam dalam dada hingga ke akhir hayat.
Rahsia adalah cerita.
Panjang berjela dan ada nama lain yang terlibat.
Tak perlu di ungkit demi menjaga aib.
Sekali sekala rahsia ini berlegar dalam kepala.
Berulang tayang tanpa perlu disuruh.
Apa yang boleh saya rumuskan hanya satu.
Saya tak pernah kesal dengan apa yang berlaku.
Malah saya anggap itu satu kepuasan, satu kejayaan.
Walau rahsia itu tidak mengubati hati luka saya diwaktu itu, cukuplah rahsia itu menjadi neraca keadilan.
Adil
Sangat2 adil.
Kata mat salleh YOU REAP WHAT YOU SOW.
Kalau dia yg terlibat merasakan saya seorang yang pendendam, maka betul lah.
Kerana dendam saya lah maka semua tu terjadi.
Dan berterima kasih lah kerana sekarang saya telah memaafkan dan tiada lagi dendam.
Luka tetap luka.
Ingat tetap ingat.
Rahsia ini terpahat kuat dalam diri.
Tidak bercadang untuk dikongsi.
No comments:
Post a Comment