Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, November 29, 2021

Toktua

Toktua saya baru selesai buat pembedahan mata.
Terpaksa pakai spek hitam halang cahaya dari suluh mata.
Wahhhhh.....bergaya la Ma.
Anak cucu cakap macam bintang pujaan tahun 60an.
Pop ye ye gitu
Hentam la wei, cakap la apa kamu suka.
Ma senyum jer, tak marah pun.
Saya ajak Ma welfie.
Ma cepat2 datang rapat.
Siap pesan supaya kongsi dengan adik beradik yg duk jauh foto ni nanti.
Ya Ma, dah share dah ..
Sekejap jer dapat feedback dari adik2.
Yang bestnya Ma gelak jer bila saya bacakan komen2 anak cucu Ma. Sporting la Ma.Ok Ma, rehat dan jgn lupa titik ubat di mata tu..We all love you Ma.



Sunday, November 28, 2021

Sendiri buat sendiri makan.

Rock bun.
Inti kacang merah.
Ranggup di luar lembut di dalam.
Inti melimpah ruah. Sedap tau!
                Ini yang masak sedang2 saja.
Untuk mak saya
Dia tak suka yang cruncy2 gitu.
Ini tukang buat roti.
Menyibuk!
Kita uli roti dia nak uli jugak.
Kita isi inti dalam roti dia nak isi jugak.

Nasib baik buat roti untuk makan anak beranak saja.
Kalau nak jual memang tak laku.
Siapa la yang nak beli kalau tengok assistant chef bawah umur ni.
Haha...Jangan risau, yang dia buat main tu tak di bakar pun, buang jer.
Uli roti belah pagi
Bakar roti belah petang.
Anak cucu penghibur hati.
Usir sunyi, sepi pun hilang.

Thursday, November 25, 2021

Blood is thicker than water.

My uncle.
Known by the name 'Tok Anjang'.
He knows me well.
Knows my flaws but still accept me as I am.
At 75, he is a fragile old man with all sorts of medical complications.
Yesterday he was here after such a long time away.
We had a nice time, making the best of the precious time.
                         And this is my cousin.
Someone I grew up sharing childhood days together
How time flies.
We are now in wrinkles and greys but when we meet, like always the naughty little kid inside us emerged.
What a day to remember.
Happy to see him, so happy!
Can you guest who was the happiest 'girl' yesterday?
My mom.She was smiling all day and enjoying the presence of everyone around her .
After not seing her brother for quite sometime, yesterday she was having the time of her life.Happy to see her happy.

Deep inside sadness creeps in.
God knows whether we will meet again or not.
Life is short. Much shorter when you know that your love ones are already the ' warga emas'.
Even worst when I myself is a ' warga emas' also.
Never mind, make the best of today before tomorrow. Let God decide since God is the best planner. Allah hu Akhbar.

Footnote: I wrote this entry with tears. I dont care about the spelling mistakes or what ever. I dont want to check or recheck ..this is what comes to my mind now n I just wanted it to be it.

Monday, November 22, 2021

Bukit keluang, again.


 






The last but not least, here comes the camerawoman behind these scenes...
Thank you Tini for keeping up with us. 


Friday, November 19, 2021

Sian M.Nasir

Jari kebas.
Susah nak control stroke.
Tu alasan jer.
Sebenarnya skill dah berkarat.
Dulu pun bukan hebat mana bab lukis potret ni
Suka lukis saja walau tak pernah puas hati.
Jangan marah Saudara M Nasir k...

 

Wednesday, November 17, 2021

Belum subuh dah merapu.

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun lain dah, sebulan lebih2 lagi tahun baru. Sepanjang tahun ni apa yang dicapai? Apa yang terlepas? Apa yang boleh dibanggakan? Apa yang merugikan?
Kita hari hari sibuk memanjang. Macam macam jenis sibuk. Lain orang lain sibuk nya. Sibuk kerja, sibuk tak kerja. Sibuk ke sana sini, sibuk tak kemana mana.
Tak kisah la kan, janji bahagia. Payah ke nak bahagia? Kalau redha dengan apa yang dah jadi bahagian kita, bahagia lah kita. Kan? Mudah sangat bunyi nya tu.
Meh nak cerita apa yang saya dapat dan apa yang saya hilang setahun ni...
Yang saya dapat ialah dosa dan pahala(InsyaAllah). Harap2 banyak dapat pahala dari dapat dosa..
Yang saya hilang ialah usia. Makin hari makin nipis sisa usia yg berbaki. Makin tua dan makin menghampiri mati.
Allah hu Akhbar, hanya Tuhan sebaik baik perancang.

Tuesday, November 16, 2021

Orang tak faham..

 Saya ni..

Menulis puisi, hanya suka suka...

Tak berkaitan dgn yg hidup atau yang mati.

Sememangnya saya suka berpuisi

Sejak dari remaja dulu lagi.

Saya bukan menulis kerana nama.

Bukan untuk jadi penulis tanah air yang terkenal.

Hobby. Isi masa lapang saja.

Bengkel untuk mengasah bakat berpuisi tu saya tak minat.

Perjumpaan dgn group2 pemuisi juga saya tak pernah hadir.

Seperti saya kata tadi lah, saya org biasa bukan penulis..

Terlalu jauh kalau nak duduk semeja dgn group2 pemuisi yg hebat2 tu, segan ada la.

Jadi jangan la banding saya dengan mana2 pemuisi samaada pemuisi kampung atau yg tersohor.

Saya menulis untuk menghiburkan hati sendiri.

Syok sendiri? Betul la tu.

Tak apa lah walau pun kata2 tak hebat, ayat tak power.

Janji saya faham dan sampai ke otak saya.

Kalau awak faham dan terkesan di hati awak, itu sudah cukup baik dah bagi saya..Tq soooo much.

Jadinya, yg nak saya tegaskan adalah....

Saya bukan penulis cuma minat menulis. Tak pernah jadi penulis dan tak akan jadi penulis.

Cukuplah saya jadi Hani atau Debumelukut (nama pena saya yang saya pakai sekian lama).

Sunday, November 14, 2021

Ubi kayu

Cubaan menanam ubi kayu februari dulu dah berhasil.
 
                                 Dah boleh gali 
Dah berisi
Suka sangat2
Mokcik posing style tokey 'putu halba'Sesuai tak jual putu halba?
Ada cutting tak?
Ni dia tulang gali ubi yang sebenarnya
Thank you anak, bantu mummy.
Dah masak pun.
Ubi rebus cicah kelapa parut.
Legend nih..makanan orang dulu2.
Sedap.

Ni ubi masak sambal.
Bau semerbak udang kering dan daun kari.
Pedas2 manis.
Peminat ubi kayu sila la menjelma.....

Saturday, November 13, 2021

Ada geng macam ni tak?

Ya, tau.
Dah tua.
Acap lupa.
Tapi buat jugak.
Tak serik
.

Dah entah berapa banyak periuk terpaksa dibuang gitu aje.
(Best gak, dapat beli periuk baru)
Ingatan buat semua kawan2 yang sewaktu dengan nya
Dan ingatan buat diri sendiri jugak
Lain kali awakkkkkk......
Kalau dah tua tu..
Bila jerang apa2 atas api jangan tinggal.
Toksah cakap la nak gi tgok wassup kejap jer..
Nak ambik daun pandan kat bawah  ke
Nak gi toilet ke..
Sila padamkan api.
Please!

Kalau tak padamkan api?
Ni la hasil nya
Nak keluar tutup tv 5 minit pun tak sampai..
Dah tutup tv, angkat pakaian di jemuran lah dulu kot2 hujan.
Sambil tu pangkas pokok bunga la sikit..
Cuci kolam ikan dulu la..
Tau tau.....bau hangit.
Alahhhh, rumah jiran la tuh.
Tau tau nampak berasap dari pintu dapur.
Mau nya tak cukup kaki lari masuk ke dapur.
Padan muka.
Mujur tu saja yg hangus.
Kalau dapur sekali terbakar?
Nauzubillahiminzalik.



 

Wednesday, November 10, 2021

Cerita hari ni

Tengok langit cerah..
Jadinya nak kemana hari ni?
Jom kita jalan jalan tanpa tujuan.
Mula2 ke Rantau panjang.
Tak ada apa yang menarik.
Pulang tangan kosong.
Kami singgah di tumpat pula.
Dah kebetulan lalu ikut kg Jambu ni, singgah posing depan pakcik yg sedang tidor ni. 
Dengat khabar patung ni yang terpanjang di Asia tenggara.

Kemudian kami singgah pulak di kedai 'Pokhok' yg tersohor tu.
Sedap sungguh nasi lauk kepala ikan gulai.
Diet letak tepi.
Lepas makan kami melawat kubur tok janggut.
Dekat saja dari kedai Pokhok ni.
Jalan jalan sinonim dgn makan makan.
Singgah beli air kelapa tepi jalan.
Nak beli goreng gorengan belum masak lagi.
Next time, no problem.
On the way back, singgah rumah Kakma.
Posing dalam garden dia.
Cantik
Ok, thats it for today. InsyaAllah ada kelapangan kita keluar ukur jalan lagi. Isi masa lapang dan rawat hati sepi. Thank you my dear friends for the time spent.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...