Saya ni..
Menulis puisi, hanya suka suka...
Tak berkaitan dgn yg hidup atau yang mati.
Sememangnya saya suka berpuisi
Sejak dari remaja dulu lagi.
Saya bukan menulis kerana nama.
Bukan untuk jadi penulis tanah air yang terkenal.
Hobby. Isi masa lapang saja.
Bengkel untuk mengasah bakat berpuisi tu saya tak minat.
Perjumpaan dgn group2 pemuisi juga saya tak pernah hadir.
Seperti saya kata tadi lah, saya org biasa bukan penulis..
Terlalu jauh kalau nak duduk semeja dgn group2 pemuisi yg hebat2 tu, segan ada la.
Jadi jangan la banding saya dengan mana2 pemuisi samaada pemuisi kampung atau yg tersohor.
Saya menulis untuk menghiburkan hati sendiri.
Syok sendiri? Betul la tu.
Tak apa lah walau pun kata2 tak hebat, ayat tak power.
Janji saya faham dan sampai ke otak saya.
Kalau awak faham dan terkesan di hati awak, itu sudah cukup baik dah bagi saya..Tq soooo much.
Jadinya, yg nak saya tegaskan adalah....
Saya bukan penulis cuma minat menulis. Tak pernah jadi penulis dan tak akan jadi penulis.
Cukuplah saya jadi Hani atau Debumelukut (nama pena saya yang saya pakai sekian lama).
No comments:
Post a Comment