Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, December 26, 2021

Azwan Omar

Wanita manakah yang pernah rahimnya ditumpangi lelaki ini selama 9 bulan?
Lelaki mana kah yang telah mendidik hati dia dengan ilmu yang bermenafaat?
Siapa kah Azwan ini?

 
Bertuahlah wanita yang bergelar ibu kepada Azwan ini..

Sudah terbukti berjaya cara ayah Azwan mendidik anak nya.

Tabik spring buat mereka.

Semoga murah rezeki Azwan Omar dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Monday, December 20, 2021

Banjir reda lah...

 


Langit berhenti la bersedih

Jangan menangis lagi

Bumi telan la tumpahan itu

Serap lah..

Betul lah kami telah berdosa.

Betul lah ini signal dari Tuhan kami.

Kami sedar begitu.

Kuatkan lah kami menghadapi musibah ini.

Kami tau..

Tuhan ku hanya hulurkan dugaan yang mampu kami hadapi. Sesuai dengan kemampuan kami.

Siapa lah kami ini.

Hanya insan yang lemah dan banyak dosa.

Ampuni kami ya Allah.

Kesihani kami dan anak cucu kami.

Hanya pada Mu tempat ku bermohon.

La yukallifullah.....

Resipi musim hujan

Pulut Ayam Thai.
Hujan di luar
Perut minta di isi.
Masak simple2 tapi sesuai untuk di makan di waktu hujan begini.
Makan panas panas.
Bahan nya..
Pulut yang di kukus.
Sos masam manis Thai sytle
Bawang goreng 
Salad dan timun batang.
Ayam goreng dgn perapan Thai.
Sedap awak, caya laaa...
Ayam kena perap dulu pastu goreng celup tepung beras. Ranggup diluar.
Sos kena masam manis dan bau garlic / daun ketumbar.
Bawang goreng kena goreng sendiri jgn guna yg dah siap, x bau dan tak sedap.
Pulit tu kukus rendam dlm santan cair dulu pastu kukus dgn daun pandan.
Buat nya mudah sgt..
Makan masa ayam baru goreng panas2 ...
Fabiaiyiaalaaa irobbikuman tukazziba.
Maka nikmat Tuhan kamu yang mana kah yg masih kamu dustakan?
Surah ArRahman.

Saturday, December 18, 2021

Saturday itu Sabtu

 Hujan begini tak tau nak buat apa.

Bunyi khabar air sungai dah melimpah di kuala krai.

Banjir sudah beberapa kawasan.

Kota Bharu masih tak terjejas.

Walau mendung dan hujan sekali sekala, rasanya tak banjir kot.

Nanti bila air dari hulu sungai turun kalau pun nak banjir, lambat lagi tu..

Banjir bagi penduduk bandar ni adalah pesta air.

Berebut rebut keluar ke tambatan diraja untuk tengok paras air sungai.

Kalau air masuk bandar, berduyun duyun la keluar celup kaki dalam air.

Memang macam tu dari dulu dulu lagi.

Pelik juga kan? Yang duduk kawasan tak banjir suka sgt kalu banjir nak main air.

Yang rumah tenggelam dan harta benda lain rosak tu mesti sentiasa doa agar tak banjir.

Mereka memang serik dengan banjir. Takut.

Penat lagi tu nak kemas rumah selepas banjir.

Kita doakan semoga banjir kalau pun berlaku tak lah sebesar mana.

Semoga kita dijauhi musibah banjir seperti tahun 2014 dulu.

Aaminn.....

Friday, December 17, 2021

Rezeki

Dah azan zohor.
Singgah sini sekejap untuk beli air kelapa.
Beli 2 gelas rm4.
Hulur duit rm5
Cakap kat adik tu keep the change.
Terkejut saya laaa
Adik tu beria ucap terima kasih.
Cium2 duit tu lagi
Siap doakan saya murah rezeki. Aaminn.
Tak tau pulak saya duit balance rm1 tu begitu dia hargai
Tak terpikir pulak saya dia sampai seronok begitu sekali.
Rm1 jer pun
Saya pulak yang rasa segan.
Sedekah sekecik tu jer pun.
Kalau boleh tak nak cerita kat sini tapi terpaksa cerita sbb nak support dari semua yg berdekatan.
Cerita adik ni...
Saya dari kul 10 dah bukak warung.
Hari ni mendung tak ada orang singgah beli air kelapa
Baru niat nak tutup warung sekali akak singgah.
Rasa bersemangat nak terus berjualan la pulak.
Itu cerita adik tu.

Dik, dalam rezeki akak ada rezeki adik.
Hidup ini memang begitu.
Yang kita tak jangka sering terjadi.
Terus kuat dik!
InsyaAllah ada lah tu rezeki adik nanti.
Go dik go.
Kepada yang lalu depan warung adik ni, singgah la..beli la..support la usaha adik ni cari rezeki halal.
Lagipun air kelapa dia sedap manis secukup rasa, isi kelapa pun tak kedekut.
Rm2 segelas bukan rm20 pun.
Kita bantu sama kita.

 

Thursday, December 16, 2021

Pudar sudah pelangi

 Makin ku simpan makin melukakan.

Hendak ku luah tak siapa kan faham.

Apa yang ku rasa 

Apa yang mengganggu fikiran ku

Tuhan tolong lah aku

Aku perlu keluar dari belenggu rasa yang perit ini.

Aku mau bebas dari gangguan kekecewaan.

Memang aku takut pada satu kehilangan.

Tapi kuatkan aku untuk menghadapi nya kalau itu yg perlu aku hadapi.

Betul lah kata orang, jika boleh ku undurkan masa, aku ingin pilih semula siapa yang perlu aku kenali dan siapa yang perlu aku jauhi.

Berharap itu penat.

Wednesday, December 15, 2021

Meleret leret

 Saya demam lagi hari ni

Tak pernah pernah demam meleret leret macam ni

Dah 2 minggu badan tak sihat.

Kejap sihat sikit kejap demam pulak.

Aisey, faktor penuaan agak nya

Sepapan panadol belum cukup.

Sebotol ubat batuk dah habis dihirup.

Ubat selsema tu dah macam candu..nak celik mata pun dah takleh..ngantuk memanjang.

Nasib baik bukan covid, syukur.

Tapi awak tau....Sakit2 pun makan pantang dihulur.

Laju jer mulut...kenyang jer perut.

Alhamdullilah selera masih ok.

Hari ni apa projek?

Apa lagi..Tido lah. 

Gud nite.

Tuesday, December 14, 2021

Empat kaki

Ni rakyat 4 kaki yang menumpang rezeki ku.
Terpaksa di kurung dalam sangkar dulu sehari dua ni.
Mereka tak sihat.
Baru balik dari klinik.
Yang putih tu teruk sikit.
Tu terpaksa asingkan.
Duk diam diam dalam kurungan lah ya.
Ni pulak 2 ekor dari 4 ekor semua nya
Dah besar piring dah
Kadang kadang rasa tak larat dah nak bela.
Rasa nak gi lepaskan ke dalam tali air.
Biar mereka bebas.
Entahlah serba salah.
Lepas kang, kalau cucu datang tak ada pulak mainan bagi mereka.
Kena pikir dulu.

Sunday, December 12, 2021

Kita tak serupa

 Aku setuju jika kau kata

aku tak reti berpuisi.

Betul lah tu.

Dulu aku budak aliran sains

Belajar biologi, belajar fizik.

Guru bahasa inggeris kerjaya ku,

sastera aku tak tahu.

Ayat ku adalah bahasa hati.

Terus menerus tanpa digilap diperhalusi.

Tulis apa saja yang melintas dalam kepala

Hanya suka suka.

Aku menulis dari remaja.

Cuma dulu aku menulis hanya 

untuk ku ulang baca sendiri.

Ku kumpul setiap puisi ku,

 ku simpan jadi makanan diari.

Bukan utk dikongsi.

Sekarang di media sosial jadi lapangan

Buat puisi puisi ku mendarat.

Beranikan diri dan kongsi saja 

walau sedia tahu bahasa ku tenat.

Hari hari ku kongsi ilham yang tak seberapa.

Komen lah apa saja, semuanya ku terima.

Cuma pinta ku,

Jangan bandingkan aku dengan mereka

Aku hanyalah rumput yg tumpang berkongsi 

tenaga suria dan suburnya bumi.

Rumput yang tumbuh melata.

Tak pernah cuba untuk menyaingi

tegaknya pohon pohon cengal dan

gagahnya meranti.


Terima kasih.

Ada juga yang sudi membaca puisi ku ini.

Hani 11Dis 2021



Saturday, December 11, 2021

Selepas subuh

 Sabtu yang biasa biasa.

Saya dah semakin pulih dari selsema dan batuk.

Otak pun dah mula la duk pikir nak kemana hari ni.

Sebenarnya kerja2 tertangguh banyak yang perlu diberi keutamaan.

Tapi saya nak ikut kata hati bukan kata minda.

Nak rilek dulu hari ni.

Be cool...

Jadinya, hari ni hari makan dan rehat dan tidor.

Boleh ke macam tu?

Badan rehat tapi otak ni duk pikir pasal satu tajuk tu tak habis habis.

Duk pikir macam mana nak settle kan satu masaalah negara ni.

Dah...dah....malas fikir lah. KIV dulu.

So guys, have a very good day and stay safe ok.



Friday, December 10, 2021

Sampai hati awak tinggalkan saya.

 Kalau nak cerita panjang sangat.

Tak larat nak mematuk keyboard.

Tapi nak kongsi juga cerita ni.

Ok saya cuba hadkan kata kata.

Macam ni.....

Setelah bertahun duk naik turun pejabat yang berkaitan, kelmarin selesailah segala yg tak selesai. Selesai cara saya, cara pilihan keluarga saya. Semoga tenang lah roh arwah di sana. Kami dah buat yang terbaik . Cuba sehabis boleh ikut apa yang arwah nak..InsyaAllah betul dah ni..Pusaka arwah sudah dibahagi mengikut kehendak arwah..Alhamdullilah.

Malam tadi...

Tidur saya terganggu dek mimpi.

Tiba tiba dia hadir dalam mimpi saya.

Dia pulang lihat rumah nya, lihat anak menantu dan cucu nya..

Dia lihat saya seorang balu yg dia tinggalkan. Dia tau saya sedang menangis dan  dia pimpin saya ke meja makan. Dia hulurkan tisu untuk saya lapkan air mata.

Allah hu... Allah hu akhbar. Betul lah...Kehilangan dia adalah kehilangan tempat mengadu sewaktu hati sesak...Walau ada keluarga, ada kawan2, ada bumbung utk berteduh, ada lantai untuk berpijak, rezeki masih tak putus tapi saya kehilangan suara.Semenjak dia tiada, saya tercari cari telinga yg menadah segala yg keluar dari mulut saya. Malam tadi bila tgok dia berdiri di situ, saya menangis mcm budak kecik. Saya terjaga dari mimpi tapi masih terisak isak...Malas dah nak sambung menaip..... Nak sambung menangis lah.

Thursday, December 9, 2021

Esuk sambung lagi.

Seharian uruskan hal2 berkaitan dgn pusaka.
Mujur ada anak yg tolong memudahkan urusan saya
Thanl you Iffah.
Maka saya hanya ambil jawatan supir, bawak dia ke mana perlu.
Dah selesai semua urusan kami singgah lunch.
Penat jugak la driving sepanjang hari gitu.
Iffah belanja hari ni
Mummy punya la happy.
This is my lunch
My fav food
Lepas makan balik rumah kepenatan.

Sangat sangat penat tapi hati senang bila urusan beres.Esuk sambung lagi urusan lain nya yang berkaitan jugak.Semoga Tuhan permudahkan urusan kami anak beranak.

Wednesday, December 8, 2021

Dah nasib badan kannn..

 Masih demam.

Masih hidung tersumbat

Masih rasa lesu

Masih nak rehat..

Tapi

Banyak nya yang tertunggak

Saratnya senarai benda perlu urus

Maka..

Nak tak nak

Larat ke tidak

Kena gagahi juga langkah.

Lain lah orang2 yang bertuah,

ada tempat bermanja boleh sakit lama lama

ada tempat mengadu boleh la nak rehat pagi sampai malam

ada tukangvsuruh boleh buat segala urusan.

Saya?

Saya tak nak nyusahkan orang lain, anak2 sekali pun

Kesian orang lain kena hadap tanggungjawap saya.

Selagi saya mampu melangkah, demam ke , uzur ke, saya nak buat sendiri.

Ok Hani, no manja2 k.

U are a strong woman, u can so it!

Monday, December 6, 2021

Redha

 Demam.

Selsema.

Batuk.

Sakit2 habis badan.

Nak duk diam2 tidor saja.

Janji jangan positif covid dah!


Sunday, December 5, 2021

Hujan dan puisi.

Sebelum berpuisi kita makan dulu.
Hujan hujan ni perut asyik lapar saja.
Maka terhasil lah cinnamon buns ni
Bau nya ya ampunnnnn....
Harum satu rumah!
Dah kenyang?
Ok, kita berpuisi.
Puisi spontan saja.

 

Friday, December 3, 2021

Kembar


 

Kat rumah saya ada juga sekor yang suka duduk macam tu...
Siapa lagi, Si Owk laaa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...