Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, December 18, 2021

Saturday itu Sabtu

 Hujan begini tak tau nak buat apa.

Bunyi khabar air sungai dah melimpah di kuala krai.

Banjir sudah beberapa kawasan.

Kota Bharu masih tak terjejas.

Walau mendung dan hujan sekali sekala, rasanya tak banjir kot.

Nanti bila air dari hulu sungai turun kalau pun nak banjir, lambat lagi tu..

Banjir bagi penduduk bandar ni adalah pesta air.

Berebut rebut keluar ke tambatan diraja untuk tengok paras air sungai.

Kalau air masuk bandar, berduyun duyun la keluar celup kaki dalam air.

Memang macam tu dari dulu dulu lagi.

Pelik juga kan? Yang duduk kawasan tak banjir suka sgt kalu banjir nak main air.

Yang rumah tenggelam dan harta benda lain rosak tu mesti sentiasa doa agar tak banjir.

Mereka memang serik dengan banjir. Takut.

Penat lagi tu nak kemas rumah selepas banjir.

Kita doakan semoga banjir kalau pun berlaku tak lah sebesar mana.

Semoga kita dijauhi musibah banjir seperti tahun 2014 dulu.

Aaminn.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...