Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 30, 2022

Ada makhluk nak kena simen esuk!

Saya panggil dia dgn panggilan Nal.
 Kerja dia baiki apa saja kerosakan di sekitar rumah saya dulu, kini dan selamanya.
All rounder.
Segala kerosakan kecil atau major dia akan uruskan.
Kadang2 dia buat sendiri, kadang2 dia cari pakar lain.
Kelmarin dia baiki longkang tersumbat.Tu yang baju pink tu saya lah tu..selaku 'Tok Mandur'

" Nal, tolong tukar mentol bwh porch jugak ye"

"Beres Kakni"

" Nal, paip di sink tu mcm goyang jer.."

" Baik Kakni, nanti saya baiki.."

Sebelum pulang Zainal sempat simen satu bahagian kat tepi longkang.Selepas dia pulang saya turun nak tgok hasil kerja dia hari ni..Dari jauh saya tengok ada makhluk Allah yang selamba jalan melintasi simen basah tu. Macam model gitu, satu satu atur tapak atas simen basah.

Kan dah berbekas dah simen tu.Ni la penjenayah yang meninggalkan kesan tapak kaki di simen yg basah tu. Tunggu la ko, esuk ko hadap la bebel berapi dari Pokcik Zainal.
Haishhhh! Cakap la apa saja..Si Owk ni selamber jer, buat dunno jer... I wish I can be like you Owk.

Tuesday, November 29, 2022

Rainbow

Cantik memukau
Tak puas tengok
Selain saya ada juga kenderaan lain yg berhenti tepi jalan untuk snap photo pelangi ni.
Begitu hebat ciptaan Tuhan.
Ya Rahman ya Rahim.

 

Monday, November 28, 2022

Alhamdullilah

Ini namanya 'bersyukur'
Hidup kena selalu bersyukur
Kalau ikutkan nak merungut tu memang tak cukup mulut..
Sekali sekala menagisi nasib malang tu biasalah
Tapi jangan sampai kita menidakkan rahmat Allah.
Betul lah kita susah tapi ada orang lebih susah dari kita.
Sabar dan redha.
InsyaAllah segalanya akan baik baik saja.

 Ketika otak tak masuk air sedap la cakap kannn..Kita manusia macam tu lah. Saya ni kalau datang waktu otak tersumbat rasa tak cukup tanah nak teriak nangis berguling2..Tapi bila istiqfar, urut dada dan tarik nafas, sejukkan hati tu ok saja....

Sunday, November 27, 2022

Tak pasal pasal dapat malu free.

Baru ni jumpa kawan seorang pengusaha pusat kecantikan.
Dia perasan kulit saya kering.
Terlebih kecut dan kedut kes penuaan kot.
Dia tawarkan buat rawatan facial.
Mula tu saya menolak sebab saya tak pernah kisah pun pasal muka saya yg hodoh ni.
Dah fitrah kan, makin tua makin kusam.
Redha.
Tapi tak reti nak menolak, demi seorang kawan saya setuju dalam terpaksa.
Hentam sajalah.
Hahaha..kalau diingat memang nak tergelak.
Lain yang ditawarkan, lain yang saya dapat.
Yang paling best bukan pasal rawatan facial tu.
Paling best ialah.....
Sessi tidor.
Boleh tidor sejam setengah tanpa gangguan!
Pejam mata. Lelap.
Diiringi bunyi selawat merdu yg di mainkan.
Bilik harum dihiasi bunga segar.
Hiasan bilik mendamaikan
Redup dan peaceful.
Aircon tak lah sejuk sangat, selesa gitu.
Maka...Wahai tuan2 dan puan2
Ambo jenero la weiiiii! 
Jenero sengoti.
Bila rawatan dah selesai saya rasa segar.
Kulit jadi apa saya dah tak kisah.
Tidor tu yang paling best.
Tapi yang kurang best nya ada jugak.
Kawan saya tu cakap saya siap berdengkur...
Uishhhh...bunyi mesin tebu ke blender?
Nasib baik kawan kalau tak buat malu jer.




 

Saturday, November 26, 2022

Gempa bumi

Negara jiran.
Cianjur sebuah daerah di Jawa barat.
Kesian sungguh
Ramai korban 
Yang cedera ribuan penduduk.
Kalaulah gempa ini terjadi di tanah kelahiranku.

Kalaulah rumahku yang ranap ditelan bumi.

Kalaulah semua orang berlarian menyelamatkan diri..

Aku?

Aku akan tetap di sisi anakku yg sakit terlantar.

Kita mati bersama lah duhai anak.

Tidak akanku tinggalkan dia sendirian dalam mala petaka begitu.

Selagi mummy ada, kamu jangan risau, mummy takkan tinggalkan kamu. 

Astaqfirullahilazim...tiba2 terfikir begitu.

Yalah, begitulah hati seorang ibu.
 

Friday, November 25, 2022

Masih belajar


 Bila otak masuk air, rawatan yang paling mujarab ialah 'memasak' dan 'makan'. Saya lah macam tu..tu pasal la badan meriah lemak. Tadi saya masak pulut kuning seperiuk. Hambek kau! Makan la pulut tu seharian. Sampai habis. Bahagia caraku begitu..

Dah kenyang intai kucing. Macam2 hal la makhluk kesayangan nabi nih..Duk berebut tingkap tu knapa?



Puas duk bebelkan kucing kita buka album lama. Aisey...nostalgia betul lah. Ini foto saya posing dgn sepupu. Malu2 kucing wei! AlFatihan dibaca buat arwah sepupu saya tu. Foto lama banyak. Kenangan yang mengusik jiwa.

Terpandang pulak bunga bi di luar jendela
Cantik
Garlic vine
Berbunga si musim hujan
Sayang sekali bunga gugur bila kena hujan
Cantik yg sekejap
Takper lah janji cantik menawan.

Last sekali...Ni anak saya dokong kucing jiran.Geram kan? Gebu gitu.
Maka itu saja laporan kejadian hari ni..Jap lagi subuh. Bosan sungguh terkebil kebil dari pukul 2 pagi..Mata saya ni macam ni lah..ikut waktu German kot.
Apa pun the moral of the story is that..Saya bahagia cara saya. Syukur. Thank you Allah for everything...

Pening otakku!


 

Tuesday, November 22, 2022

Sunday, November 20, 2022

Bezanya..

Ada beza tak tempat makan murah dengan tempat makan mahal?
Tempat murah kerusi plastik. Panas melekit. 
Tempat mahal kerusi pun cantik.
Tempat murah panas membahang
Tempat mahal aircon nyaman.
Tempat murah makanan murah amat.
Tempat mahal makanan harga kayangan.
Rasa sedap yang mana? Kena tanya tekak yang merasa. Kalau yang murah tentulah yang ditawarkan sesuai dgn harga. Yang mahal tu kena sehebat harga juga.

Tepuk dada tanya selera. 

Seterusnya apa?

 


Sudah mengundi

Sudah dikira undi

Sudah ada yang menang

Sudah ada yang kalah

Kerajaan masih belum boleh dibentuk.

Ramai tak tidur malam tadi

Ramai ada resah dalam hati

Saya?

Dah la terconggok depan tv sampai pagi

Nak qada tidor pagi ni memang takleh.

Terbit matahari tugasan dan tanggungjawap harian menanti.

Tetap rutin yang sama

Siapa pun akan membentuk kerajaan, hidup saya masih serupa

Tak ada beza

Susah senang sendiri rasa.


Saturday, November 19, 2022

Bonding day

Cuti hari ni
Ajak anak, menantu dan cucu keluar breakfast.
Makan pagi dalam pasar Peng Chepa.
Nenek dengan cucu.

Dari pasar ke pasar.
Kami ke Pasar Kota Jembal pula selepas breakfast.
Nak melihat suasana saja.
Padan la viral, penuh sesak manusia kat sini.
Kawasan cantik tapi tak dpt nak capture surroundings sbb org ramai sangat.
Nantilah kalau free saya dtg semula utk snap photos persekitaran pasar.

Beli ni.
Pulut dengan ikan rebus goreng.
Tak sedap sangat
Tekak saya lagi suka yg dijual di pasar siti khatijah.
Ok...done for today. Hampir zohor balik rumah.
Kekenyangan seharian. 

Joni


 

Tuesday, November 15, 2022

Hati seorang teman.




Sebenarnya nak cerita pasal kawan saya ni
Kawan lama
Rapat
Tempat mengadu
Tempat kongsi gelak tawa
Kongsi tangis juga
Setiap kali ada dia, saya rasa terhibur.
Tapi itu sepuluh tahun yang lalu
Sekarang entah kenapa dia menjauh
Entah apa salah saya
Dia sudah berubah banyak
Entahlah...
Dah acap saya hubungi dia
Tapi dia macam sentiasa 'busy' untuk saya.
Mungkin kerana sekarang dia dah bahagia, dah tak perlukan moral support dari saya.
Kadang2 wang dan kedudukan boleh merubah hati.
Tak apalah, saya doakan dia terus berbahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Budi dia tak pernah saya lupa.
Kenangan lama tetap terpahat dalam dada.
Awak tetap kawan saya dunia akhirat.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...