Maksudnya suka hati kamu lah.
Cakaplah apa saja saya akan setuju
Sekurang kurangnya pura pura setuju.
Dari nak bangkang, nak kelahi bagai nak rak saya pilih untuk setuju
Tak mau cari gaduh
Nak elakkan perang mulut apa lagi perang kaki tangan.
Bila dah usia tua purba macam saya ni pandangan tentang hidup mula berubah.Tua tua ni nak tenang tenang saja.Hidup nak baik baik sahaja.SenyumElak hati dari simpan unsur2 negatif.
Goodbye segala dendam
Go away segala bisikan syaitan.
Hati mau sentiasa think positive.
Jangan cari musuh takut tak sempat nak minta maaf.
Kawan2 pun cukuplah mana yang ada.
Tak perlu ramai keliling pinggang kot timbul masaalah lain pulak. Biar anak menatu cucu dan sedara rapat yang keliling pinggang. Sebabnya? Kalau sakit demam atau kematian mereka yang akan uruskan.
Yang ada pasangan tu mereka bertuahlah. Yang macam saya yang solo ni teruskan stay solo! Bahagia macamtu. Jangan cari pasal undang masaalah free dgn cari pasangan baru. Betul! Caya lah...
Just live life as it is. Tak lama mana dah punn..Usia di hujung ranting dah..Daun usia dah nak gugur...Semoga saya bahagia cara saya hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment