Aku segan sebenarnya,untuk mempersembahkan duka ku ke ribaan mu.
Aku lebih rela menelan saja setiap payah yg tersuap.
kerana harga diri memaksa ku untuk begitu.
Terima kasih saja lah,
Jika di hati mu masih ada ruang untuk ku berteduh rasa,
Sekali sekala bila aku hampir tidak berdaya,
Mau saja aku tumpang bertapa di situ,
tapi kewarasan ku memaksa aku untuk berundur.
Aku tidak pernah melupakan budi mu.
cuma aku rasa,
aku perlu cuba untuk tidak lagi menjadi bayang
yg mengekori mu kesana ke mari..
Aku segan sebenarnya,
Bila derita ku tak putus putus,
sedangkan rahmat buat mu melimpah ruah..
Antara kita begitu jauh jurangnya..
sengsara milik ku, bahagia milik mu.
Kau hadir semalam, di mata mu simpati meleleh..
Kau renung wajah ku seakan membaca setiap garis payah itu.
Kawan, pandang lah ke arah lain..
Aku segan kerana tidak dapat menjinakkan mata,
Berkali kali ku cuba kesat pipi ku yg basah
dengan senyuman palsu ku tapi.
aku gagal untuk menipu mu.
Aku segan sebenarnya,
bila seorang sahabat seperti kamu,
cuba ambil peduli keadaan ku.
Pecah berselerak empangan tangis yg cuba ku bendung.
Aku ini sahabat,
Semalam hari ni dan esuk pun,
tak habis2 di landa derita jiwa.
Aku segan sungguh berada di samping mu, wahai sahabat ku.
kerana kita tidak serupa.
6 comments:
Kalau namanya sahabat...
dia akan sentiasa dekat. :)
Ye..tulah yg dinamakan sahabat kalau dia ada bsama d kala kita susah n senang.bkongsi suka duka..bkongsi tawa n airmata
Suka duka kita bersama ....sahabat dunia akhirat....insyallah.....
Hidangkan apa saja lauk yang k. Nie masak hari ini untuk kami. Walau hidangan itu sepahit jadam, walau hidangan itu sepedas cabai, walau hidangan itu tidak sempurna masak...ingin kami makan bersamamu.
Tak perlu senyum, kerana kami telah tahu masakan itu berkuahkan airmata.
Dalam persahabatan ada hubungan,
Tetapi adakala dalam perhubungan tiada persahabatan.
Bezanya adalah nilai perhubungan itu cenderung untuk mendesak jiwa bersifat peribadi.
Persahabatan tetap utuh dengan suka duka yang bersifat setia kawan dan saling mempercayai.
N...
Ku tadahkan dua tangan
menghadap kiblat
mendoakan segala kerahmatanNya
buatmu...
Maaf.
Post a Comment