Esuk lusa Anis dah nak menduduki peperiksaan UPSR.
Dia anak bongsu saya.
kalau abang2 atau kakak2 Anis yg nak hadapi peperiksaan,
saya lah yg paling sibuk dan kalut.
Tapi kali ni keadaan berbeza.
Anis terpaksa berdikari.
Anis faham kesibukan saya mengurus kakak nya yang tak sihat.
Anis tak pernah merungut malah dia banyak membantu saya urus kakak nya.
Semalam majlis solat hajat kat sekolah, saya tak dapat hadir.
Majlis pertemuan guru dn ibu bapa, saya tak dapat hadir juga..
Tadi majlis restu ilmu, kalau lah ikut kebiasaan, saya tentu ada bersama.
Kesian anak saya tu, terkapai kapai sendiri.
Saya pula, amat rasa bersalah tapi saya tak berdaya.
Anis,
mummy doakan Anis dapat menjawap soalan dgn baik.
Semoga Tuhan terangkan hati anis dan permudahkan urusan Anis.
Anak sebaik Anis yg tak pernah menyakiti hati ibu bapa tentunya diberkati Allah.
Begitu lah harapan mummy.
Good Luck Anis, do your best ..
Tak kira lah apa pun keputusan peperiksaan tu nanti,
mummy tetap rasa bertuah kerana dapat anak sebaik Anis.
kalau kakak tak macam ni, kakak juga akan ucapkan good luck buat Anis.
Anis, we all wish you the best of luck.
11 comments:
Assalamualaikum. Anak sy juga akan menduduki UPSR lusa. Mdh2an anak2 kita sihat dan tenang menghadapi peperiksaan dan berjaya dgn cemerlang, insyaAllah.. Anak-anak yang baik, mdh2an Allah merahmati dan memberkati.
Good luck untuk Anis dan anak saya Wardina.
Anonymous,
InsyaAllah, sama2 kita doakan yg terbaik buat anak2 kita
Norhaizan,
good luck buat Wardina juga..
Good luck anis...awak ada kuku yang hebat:)
Kak Hani..sy rasa sy juga bukan ibu mithali..tahun ni dua2 hero akan menduduki PMR dan SPM..sy hanya mampu doakan mereka berjaya..insyallah anak bungsu kak hani faham dan akan beri yg terbaik buat kak hani..
best of luck to you anis....moga dengan segala kebaikan yg anis buat utk ibubapa & kakak akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah & dibalas dengan memberi kemudahan untuk anis menghadapi peperiksaan kali ini dan yg akan datang....insyaAllah.
nyanyisunyi,
sama2 kita doakan keberkatan buat anak2 kita ya.
ieda,
terima kasih..
moga anis berjaya :)
insyaAllah, Anis pasti sebijak Ja. Anis sebaya dgn anak sy, semoga mereka akan di puncak jaya, aminnn
Post a Comment