Setiap pagi saya akan tengok kalau2 ada perubahan baru bagi dia.
sudah boleh pandang saya ke..
Sudah boleh bersuara ke..
Sudah boleh gerakkan anggota badan ke...
Saya pandang dia, tatap wajah dia lama lama.
Apa agaknya yang dia rasa sekarang...
Sakit ke,
lenguh sana sini ke..
ke dia di alam yg berbeza di mana dia amat tenang di sana..
Saya tertanya tanya,
Dia nak ke kembali seperti sedia kala?
Atau mingkin kah,
dia mahukan yg sebalik nya..
Apa sajalah perancangan Tuhan.
Saya terima.
Asal anak saya tenang dan bahgia,
di mana jua tempat nya,
saya redha.
Pagi ni selepas subuh saya tengok dia tidak tidor.
Mata berkelip2 seakan sedang berfikir..
Ja, tak payah fikir apa apa,
Kita dah berusaha,
kita serahkan saja segalanya pada Dia.
Dia yg menentukan segalanya.
1 comment:
Kekadang, bila dah habis segala usaha, pasrah adalah cara terbaik untuk meringankan beban di dada!
Post a Comment