Semenjak tak kerja, cuti ke tidak, tak ku tahu.
Hanya berpandukan anak yg bersekolah.
Hari ni dia tak ke sekolah, so cuti lah maksud nya..
Cuti apa Anis? Satu Msia.
Saya nak cuti jugak lah.
Cuti dari buat semua perkara rutin boleh ke tidak?
Cuti dari ngemas,
cuti dari masak
cuti dari mendobi
cuti dari gi pasar
Cuti dari jadi drebar
Cuti dari jadi Misi
Cuti dari jadi jadi manusia yg hidup?
Sedap lah mulut dia yg tak ada insyuran tu,
ada ke patut dia suruh saya cuti dari membebel...
Hambik! Sebijik atas dahi saya yg kurang licin nih.
Oppa, membebel tu kerja tetap dan berpencen,
mana boleh cuti.............
Ja, Ja nak kapas buat sumbat telinga tak...?
Ksian Ja, mau tak mau kena tahan telinga jugak.
Cer tutup telinga tu Ja.
Mau nya pengsan mummy kalau Ja buat macam tu sekarang.
2 comments:
sunyi dunia ni kalau kita bercuti membebel kan kak..
sy sgt tensen sebab anak remaja kerap balik lewat..sebelum dia balik sy cakap dlm hati tk mahu bebel..lantaklah..tapi bila nampak je muka dia terus sy bebel..memang tkkan stop bebel selagi kita bernafas..
Cuti-cuti gini, IM banyak habiskan masa riadah waktu pagi, makan kenduri di tengahari dan kemas rumah di hujung hari...
Post a Comment