Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 28, 2009

Che Zah harus tabah

Akak,
Di waktu aku rebah ke bumi
Siapa lagi kalau bukan hati mu
yang paling hampir dengan ku
Sabar tabah memimpin ku kuluar dari kemelut itu

Hari ini kata mu mentari sudah beku
Dan kau keliru dengan percaturan hidup
Dugaan itu adalah langit yang runtuh
Kata mu kau tidak akan bisa bernafas lega lagi
Akak,
Aku di sini
Sentiasa bersama mu dalam duka ini
Kau tidak akan berdiri sendiri
sebagaimana kau tidak pernah membiarkan aku
bersendirian berdiri
Kita akan harungi lautan ini walau sepahit mana pun
kerana setiap yang di peruntukkan oleh Allah
adalah yang terbaik buat kita
Dan kita makluknya yang pasrah
hadapi segalanya
dengan redha.

Sabarlah Che Zah, Tuhan bersama mu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...