Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 1, 2009

Just imagine..

My friend, my 'baik hati' friend ni ada ada aje yang boleh buat aku ketawa separuh mati...Dia ni kalau bab murah hati memang tak der tandingan lah..suka sangat belanja makan atau belikan kawan2 makanan..Tak pelik lah, sebab tuan dia pun memang suka makan..Seri lah kita kn??
Yang buat I pecah perut ni bila dengar kisah benar yang terjadi pada dia ni.
Semalam dia ni nak lah pergi menziarahi sedara dia kat hospital..Sedaranya yang sakit tu memang ramai waris warah yang tak putus2 melawat sepanjang di masukkan ke wad. Maka, oleh kerana pemurah nya kawan ku ni, dia telah belikan 15 biji kueh pau untuk di kongsi makan bersama dengan sedara2 pesakit tu...kiri kanan di bimbitnya. Inti kacang merah ada, inti kelapa ada..kira tak berebut la..sorang satu harus cukup, itu fikir dia..
Nak dipendekkan cerita, masuk saja dalam wad, terkejut besar kawan ku tadi...Dah discharged? Biar betul misi, penat bawak pau nih!!!
Hahaha...Cian kawan ku nih, Dinner dgn pau lah malam tu..Tapi aku lagi lah kesian kan Si Ah Soo, suami kawan ku ni sebab dia kurus melidi, jenis tak suka makan, tapi dah isteri paksa, makan jugak la.....Letihlah Ah Soo kn, makan pau 10 biji...Yap, Yap..ada ada saja lah awak ni.!!!

1 comment:

Anonymous said...

salam...apa khbar? lama tak bertanya khabar..moga sihat2 saja..

ada masa tu jangan lupa..melawatlah blog baru saya..

cerita Aku Blog. ( http://sirNik.blogspot.com)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...