Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, March 20, 2009

Rebah sendiri

Kerana kesibukan, akhir akhir ini aku jarang berkesempatan berada di ruangan ini walau pun banyak yang hendak aku perkatakan..Sarat rasa hati yang perlu di luahkan. Namun apa daya ku, masa adalah terlalu terhad dan aku sekadar boleh hinggap melepas lelah sementara terus mengumpul kepenatan yang berikutnya.
Bagi ku istilah penat bukan saja penat fizikal. Penat yang lebih membuatkan aku rebah adalah penat mengharung badai perasaan dan fikiran..Penat memujuk hati, penat untuk terus ketawa walau hati masih menangis didalam....
Penat yang teratas ialah penat untuk terus berpura pura tidak terluka..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...