Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, May 8, 2009

Salah siapa Norhayati jadi begini..

Dah empat kali belek profile budak nih...Hanya Tuhan yang tahu apa yang membuatkan dia susah sangat nak terima sedikit ilmu.IQ ke? Faktor apa? Dah nasib dia ke? Kesilapan siapa?
Aku terpandang anak ku yang sedang melukis entah apa apa di sebelah ku..sesekali dia bercerita pasal kawan, sesekali pasal katun kat tv..Tau, saja nak kan attention dari ku yang dari tadi duk depan laptop nih..sekejap semak kertas ujian murid, sekejap cari bahan kat net.Soalan2 dari dia kadang2 ku jawap, kadang2 ku buat derk...Dah, gi main jauh2, mummy nak siapkan keje! Mulalah muncung dan buat lagi banyak gangguan...Ok, ok kita gi main air hujan kat luar nak??
Cuba bayangkan, sekiranya anak kitalah yang tergolong dalam kumpulan yang lemah, berada di kelas tercorot, tidak tau membaca, menulis dan mengira...Apa daya kita??Rela kah kita jika di takdirkan anak kita tak berjaya seperti anak orang lain..Tidak kecewakah kita bila melihat dia merangkak rangkak mengeja sedangkan kawan sebaya nya sudah boleh menulis cerita?
Kata orang, kalau semua jadi bijak pandai, jadi doktor, jadi menteri..sapa yang nak bersihkan jalan, sapa nak bina rumah batu gah untuk menteri melepas lelah??
Rezeki dan masa depan hanya Tuhan yang tahu..Allah telah menetapkan bahagian masing2..Tetapi kita manusia ada upaya untuk berusaha kerana kita percayakan Rukun iman.
Bagi ku kejayaan seseorang itu bukan kepada berapa gulung ijazah yang mampu di genggam, bukan pada sebanyak mana harta yang boleh terkumpul..Tidak juga pada ramai mana pengundi setia yang tetap menyanjungi..
Kejayaan sebenar yang aku harapkan untuk anak anak ku adalah kejayaan mereka mengurus hidup di dunia dan akhirat. Berkat dan ke jalan Allah. Semoga masa depan mereka lebih baik dari aku.
Buat masa sekarang, aku hanya perlu doakan semoga cepatlah reda hujan kerana aku perlu alasan untuk bereskan kertas ujian yang masih bertimbun...esuk kalau hujan kita main air lagi Anis k, now mummy nak go back to work..


Di depan meja ku kau berdiri Norhayati,
seperti kelmarin, esuk juga begini.
Batu apakah yang menyumbat minda mu
sehingga kau begitu payah untuk terima
ilmu dari ku..
Kosong mata mu setiap kali aku kemukakan soalan
ketar tangan mu dan kau tunduk
tidak mau memandang marah ku
kau tidak tahu membaca, itu aku tahu
Aku bukan cuba menyakitkan minda mu
Aku tahu beratnya hati mu pagi tadi
untuk bersua dengan ku saban hari
adalah keputusan yang payah
Walau tangisan sudah di penjuru mata
Kau masih hadir di kerusi itu
beratnya buku mu di bahu
cuma buku, bukan ilmu
kau pulang dengan tangan kosong
di jari mu tiris keringat ku
di hati mu hanya yang bertapak
adalah jemu dan buntu.
Aku disini Norhayati,
bukan megajar kira kira
membilang celamu
Bukan juga paksa mu membaca
bahasa putus asa
Aku sekadar seorang guru tua
mengajar kau mengenal
mana satu mimpi
mana satu realiti


( Norhayati seorang murid yang sudah berada di kelas pemulihan selama dua tahun tapi masih belum tahu memegang pensil, jauh lagi menulis A B C)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...