Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, February 10, 2011

Kesian Wak Dogol ..Gaji tak cukup ke?

Cerita WakLong dengan Wak Dogol.
Wak Long ni dah tau kereta tak de road tax di bawaknya jugak kesana kesini.
Sekali ditahan dek Wak Dogol.
Ampun maaf dah di pinta oleh Wak Long tapi Wak dogol nak saman jugak.
Last last Wak Dogol cakap kat Wak Long, nak selesai cara baik pun boleh.
Berapa boleh bayar? Opssssss!!!!!
Wak Long ni budak U yang memang tak der duit,
maka di tunjukkan lah wallet dia yang hanya ada rm7 ringgit.
Maklumlah keluar untuk beli roti saja tadi.
Rm 7 ringgit pun rm7 ringgit lah...
Wak Dogol ambik semua.
Kalau yer pun, tinggal lah sikit untuk di beli roti..
Mummy Wak Long gelak besar bila Wak Long balik tanpa roti.
Kalau Wak Dogol tinggalkan no talipon,
boleh mummy gorengkan meehoon ganti roti untuk di sedekahkan pada dia.
Kesian kan,Wak Dogol tak de duit sampai gitu sekali tu...

4 comments:

Ibu n Abah said...

hani...
kalau wak dogol tu polis yang memang kerjanya minta rasuah... memanglah hina sungguh perbuatannya...
apa nak jadi pada anak bangsa kita?

Khairul Abdullah said...

saya pernah di tahan wak dogol kerana memotong barisan 15 tahun yang lalu dan ketika itu saya masih seorang pelajar yang cuma ada RM5 dalam poket. Wak dogol berkeras tak nak saman saya dan terus membebel dan akhirnya saya berkata kepada wak dogol, saya tiada duit utk diberikan kerana saya pelajar dan cuma ada sebanyak ini (sambil menunjukkan dompet yang ada terselit RM5. Wak dogol pun berkata, ok lah..boleh lah, lalu diserahkan buku samannya kepada saya untuk menyelitkan RM5 tadi di celah buku tersebut lalu diserahkan kembali kepadanya. Kesian saya sebab habis duit tetapi saya lagi kesian kepada Wak Dogol...

Granny Hani said...

Ibu dan abah,
masih ingat lagi berita kat dada akhbar tentang seorg yg di denda ratus ribu kerana hulur duit kat wak dogol rm500..agaknya kalau hulur rm50,000, bising jugak ke?

Granny Hani said...

Khairul,
Ada jugak yang senasib dgn anak saya..hehehe,kesian wak dogol, kesian sungguh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...