Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 29, 2018

Wednesday, November 28, 2018

Hari yg nyaman

Sedap
Beli yg dah siap kupas dan dah di potong.
Riba sebekas
Sambil tgok tv
Kalau hari hari macam ni kan best.
Bebas stress
Otak damai.

Monday, November 26, 2018

God help me.

Moody
Ada hari saya ok.
Ada hari saya sangat tak ok.
Hari ni salah satu hari mood saya x comei.
X ok
Dari celik mata sebelum subuh sampai la ni
masih rasa macam nak teriak guling2...
Nak duk di bucu dinding diam2 sorang2
Sulking like a baby.
Betul, itu lah yg saya rasa.
Tak ada kaitan dgn sesiapa pun.
Tak ada sesiapa pun usik hati saya.
Its just me!
Waktu2 begini otak jadi tak cerdik.
Hati rapuh dan rasa down n alone.
Dalam kepala asyik duk ulang tayang segala
duka yg pernah hinggap..
Segala kecewa
Segala mimpi yg musnah
Terbayang setiap wajah yg pernah menyakiti
Wajah2 yang dirindui...
Wajah2 yg tidak mau ku temui lagi.
Terbayang waktu ketawa yg menjadi tangis
Gelak yg bertukar getar isak.
Dan...
Airmata lah yg menjadi teman.
Memang segala duka dan luka akan sentiasa menjadi milik saya
Sampai bila bila, selamanya.
Jangan menilai saya jika tidak pernah berada didalam kasut saya.
Please no.
Just bear with me until my mood swing subsides..
I'm just a human being that had been torn to pieces.
Shreaded.
I need time to heal.
Bear with me...
Please bear with me.

Sunday, November 25, 2018

Cerita hari ni

Pagi2 saya dah keluar
Byk benda nak di settle
Hulu hilir memandu sorang2.
Biasa sgt bersaorangan ni
Dah selesa begini.
Tgahari balik rumah tengok2 ada tamu menanti.
Dah lama agaknya dia menunggu.
Sembang2 sekejap mereka mintak diri.
Nak ke rumah imam yg uzur kata mereka.
Jom lah, saya join sekali.
Mujur ada teman,
Kalau sorang2 tak selesa juga.
Kami jalan kaki macam itik pulang petang.
Rumah imam tu dekat saja.
Kami tekan loceng berkali kali
Tak siapa menjawap atau menjengok ke pagar
Salam juga telah kami hulur.
Tiga org wanita 'tua' tercegat di pagar.
Sorang berjubah, dua lagi pakai baju kurung.
Lama jugak la kami tercegat di luar.
Kereta lalu lalang dgn pemandunya menoleh ke arah kami.
Tiba2 kami tergelak...
Tau apa dalam kepala kami?
Kami ni dah macam orang yg datang mintak derma atau mintak sedekah.
Tercegat di luar pagar...
Sebijik serupa dgn yg selalu datang ke rumah kami mintak derma.
Agaknya apa perasaan peminta sedekah bila tekan loceng dan tuan rumah tak keluar2?
Kami ni at last tuan rumah bukak juga gate.
Tuan rumah pun heran kenapa kami gelak sama sendiri.
Sebenarnya bukan lucu tapi kami tak sangka yg hari ni kami akan berada dalam situasi begini.
Sekarang saya tau.
Harga diri seorang peminta sedekah.
Sebab itu lah islam tidak menggalakkan meminta minta

Saturday, November 24, 2018

Selamat datang tetamu ku.

Ramai pulak tamu yg singgah hari ni.
Pagi ada tamu, petang pun ada.
Kalau tau ramai nak singgah, dah tentu saya masak macam2.
Boleh makan ramai2,seronok.
Tapi saya frust sungguh sbb mampu hidang air dan kueh tunjuk sahaja.
Tak sempat nak masak pun.
Saya sebenarnya lebih suka kalau tetamu beritau lebih awal nak datang.
Senang saya nak sedia menu yg sepatutnya.
Boleh saya sedia awal2 ramuan,
Gi pasar awal2.
Nanti dah siap masak, tamu dtg saya x gelabah.
Kalau tamu dtg tiba2 tanpa gitau awal,
saya terkilan.
Bila sembang pun x leh fokus sbb dlm kepala duk berkira kita..
Nak jamu apa ?
Apa ada dlm peti ais?
Apa ada kat dapur?
Ke tak ada apa benda?
Hish! Ganggu mood nak membawang.
Alih2 masuk dapur buat teh bujang.
Serba x kena saya di buat nya.
Saya paling suka bila saya dapat masak
Tamu makan sampai licin.
Rasa puas.
Hmm....esuk ada tamu tak?
Agak2 ada tak?
Give me a call k.

Friday, November 23, 2018

Saya hanya menunggu giliran.

Pagi ni tak hujan.
Matahari dah mula memanjat langit
Saya di sini seperti pagi pagi lain nya
Datang menghampiri dia
Dekat dgn dia
Di sini saya ada dia
Menanti hadir nya saya
Sepi menipis bila berada di sini.

 Embun menyapa kaki
Basah jubah saya
Kasut pun basah
Mata pun basah
Hati lenjun
Setiap kali menziarahi dia,
inilah masaalah saya.
Embun masuk mata.

Memutih bunga rumput
Cantik.
Pusara dihiasi kemuncup
Sinar mentari menyapu duka
Assalamualaikum wahai ahli kubur.
Semoga damai lah kamu..
Luas pembaringan mu
Harum ruang mu
Dan
Semoga malaikat berlembut dgn mu
Mengasihani mu
Tenteram lah kamu di sini
Saya datang bawa doa dan rindu

Sudah agak panas mentari di dahi
Saya mau pulang.
Sebelum terlupa, Anis kirim salam dan doa.
Anis pesan supaya beritau papa yg dia demam.
Dah 3 hari beguk, sakit nak menelan.

Selamat tinggal wahai ahli kubur.
Esuk2 saya datang lagi.

Wednesday, November 21, 2018

Hati berkata kata tanpa persetujuan minda

Sim ra alif ba wau ta
Serabut
Betul ke saya eja tu?
Saya tak celik jawi.
Main hentam jer.

Ya, serabut.
Sangat2 serabut.
Hari ni rasa nak lari masuk batu belah batu bertangkup
Telan lah aku....makan lah aku..

Bila segala benda perlu di galas di bahu sendiri
Menjunjung tanggung jawap yg berbukit
Hati pecah.
Pedih
Payah

Tuhan, aku hanya nak habiskan sisa usia yg sedikit
Bantulah aku melangkah ke depan.
Sokonglah aku bila ku jatuh
Tegakkan ku bila aku condong.
Atau
Tamatkan saja riwayat hidup ku di sini, di saat ini.
Aku tau Kau menduga manusia sesuai dgn kemampuan nya.
Tapi aku dah rasa tak mampu sangat.
Allah hu...

Tuesday, November 20, 2018

Ketenangan

Dah 3 round.
Berpeluh peluh
Berjaya.
Rasa seronok dapat keluarkan peluh.
Rehat jap.
Duduk di buai.
Tengok keliling
Perhati orang lain
Kaji
Nilai
Senyum sorang sorang.
Best jugak bersaorangan nih
Bebas
Tak perlu jaga hati org lain
Org lain x perlu jaga hati saya.
Comfortable being alone n loving it.
Harap2 bahagia ini berpanjangan, dirahmati Tuhan.
Tak mau ubah apa apa, biarkan begini selamanya.
Aku dgn dunia ku, susah senang ku...
Tawa dan tangis ku...
Segalanya pengalaman yg mematangkan ku.
Alhamdullilah syukur ya Allah.
Fain namaal usri yusra
Inna maal usri yusra..

Monday, November 19, 2018

Tak sedar diri

Kami geng PI- private investigation
Tak ada orang upah kami, sendiri cari kes.
Tak ada kerja cari kerja.
Kerja kami skodeng orang tu
Jadi spy menyepai.
Ni adalah mangsa kami yg terkini.
Dah lama kami duk ikuti perkembangan dia
Secara rahsia.Shyyyyy....!
Tak, dia bukan artis, org biasa biasa saja.
Orang yg dah jadi warga emas.
Seronok ikuti jejak dia ni.
Kenapa?
Kerana dia lah raja menipu.
Orang yg nampak jahat menipu tu tak jahat sebenarnya.
Ni, org yg menipu tapi nampak baik, ni yg betul2 jahat.
Tu pasal kami fokus pada kehidupan dia.
Nak tgok sampai bila dia mampu menipu.
Agaknya dlm kubur pun nak menipu lagi.
Dia punya tipu, dasyat tau.
Tipu anak bini
Tipu kawan2
Tipu ppuan2 dahi licin.
Tipu semua org yg dia mampu tipu.
Kami gelar dia ulat bulu yg tak jadi rerama.
Sampai ke akhir tetap ulat bulu.
Nak tgok wajah dia?
Jap nak share...
Ni...
Ready?








Sunday, November 18, 2018

Rezeki

Alhamdullilah murah rezeki saya hari ni.
Ada kawan bagi kura2 sepasang untuk cucu saya.
Inni cakap untuk cucu saya bukan untuk saya.
Hahaha...takper, ingatan tu yg penting.
Terima kasih, suka nya saya.
Ada jugak kawan yg prihatin.
Cucu mesti gembira ni.
Rezeki ke2 pula dtg dari kawan berbangsa cina.
Kawan lama.
Saya ke kedai dia sbb ada hal nak bincang.
Borak punya borak, dia tunjuk pokok2 yg dia bela.
Cantik2 belaka.
Masa saya nak balik dia hulur anak2 pokok buat saya.
Murah hatinya dia.
Tanpa kita mintak.
Dia tau saya suka berkebun.
Dia tau nak gembirakan hati seorang kawan lama.
Terima kasih both of you (Yang Garden)
Deep from my heart, tq.
Rezeki ke3.
Ni rare, amat rare.
Saya ke Atm 7e nak keluarkan duit.
Lepas tu belek2 roti wholemeal.
Beratur belakang sorang wanita.
Mesti mak datin ni sbb nampak gaya dah boleh agak
Dia beli panadol, hulur duit rm50.
Agaknya dia segan sbb x ada duit lebih kecil.
Siap dia bayarkan roti dan sardin saya.
Sedangkan jumlah saya lebih byk dari jumlah yg dia beli.
Semoga Tuhan murahkan rezeki puan,
tingkatkan keimanan puan,
panjangkan usia puan.
Aminnnnn.
Tuhan ku,
Hanya engkau yang mampu murahkan rezeki ku hari ni, esuk dan bila saja Engkau mahu.
Alhamdullilah, Englau sentiasa mengawasi langkah ku..
Maha mendengar dan melihat.
Aku bersyukur atas nikmat dari Mu Tuhan.

Saturday, November 17, 2018

Pagi yg cerah tanpa mendung

Dari niat nak turun ke taman untuk trim pokok,
terjebak dgn mengemas dan membaik pulih suasana dalam taman.
Maka mula lah misi ubah kedudukan pasu bunga dan menanam semula.
Tarik pasu ke situ, heret pasu ke sini.
Punggah yg kiri letak belah kanan.
Tukar kedudukan.
Susun, atur dan perhatikan dgn mata macam helang.
Tak puas hati ubah lagi
Dan lagi
Dan lagi
Dah rasa cantik di mata baru boleh berhenti.
Lega!
Cuma satu masaalah.
PENAT
Penat giler!
Sakit urat dawai ku.
Kalau gi gim pun tak penat macam ni.
Berpeluh peluh.
Walau apa pun,
yang pasti hati manyak cenang woiii...
Tengok ubah suai pokok bunga rasa tenang minda.
Terapi buat hati
Ni saya duk update blog setelah masuk rumah dan mandi.
Nak rehat sebelum masak lunch.
Tido jap.

Friday, November 16, 2018

Wednesday, November 14, 2018

Kamu sangat syantik

Geram tengok anak bulus 3 ekor ni.
Dah berusia 2 bulan.
Bukan kucing saya pun.
Ni anak2 kucing pendatang tanpa izin ni.
Mak dia la, dtg tumpang beranak dlm stor.
Nak dihalau pun kesian.
Saya bagi makan, siapkan tempat dia duduk dalam pantang.
Selesa, tak kena hujan dan tidak ada pemangsa.
Sekarang dah besar dah
Saya tak nak pelihara sbb saya dah ada kucing sendiri.
Siapa nak boleh dtg ambik kat rumah saya.
Free
Ambik dgn mak dia sekali lah.
Kesian nak dipisahkan pun.
Wahai anak2 kucing,
Jgn risau..
Nanti aku carikan tuan buat kamu
Sementara tu kamu duk diam2 di sini.
Kamu ni punca pahala free buat ku insyaAllah.
Hari2 aku bagi makan minum..
Kamu pulak tlg la doakan aku murah rezeki ya.
Kucing adalah binatang kesayangan nabi kita.
Jangan sesekali menzalimi kucing.
Itu pesan mak saya.

Tuesday, November 13, 2018

Si Bongsu

Anis si bongsu ambik spm hari ni.
 Cool anak cool....
Kan dah berusaha bertungkus lumus..
Dah ikhtiar..
Sekarang serahcpada Tuhan
Tawakkal
Solat hajat dan doa banyak2..
Itu saja yg kita mampu buat di waktu ni.
Tuhan yang akan menentukan rezeki kita
Tuhan yang mampu memudahkan urusan kita
Tuhan sebaik baik perancang.
Kita bertenang lah..
Langkah dgn kaki kanan
Mulakan dengan bismillah
Tenang, tarik nafas dan lepas perlahan.
Anis,
Mummy hanya nak anis buat yang terbaik.
Tak kira la macam mana keputusan nya nanti
Puas bila kita dah berusaha.
Yang lain nya bukan urusan kita.
Mummy tak nak Anis stress tau.
Tak yah gelabah..
Tak mau lebih2 risau..
Apa pun nanti...
Mummy tetap sayang Anis ketat2.
Sayang semua anak2 mummy.
Selamanya.

Monday, November 12, 2018

Ragam cucu

Hiburan bagi seorang nenek.
Bila lihat telatah cucu2
Hati terubat.
Tak apa lah rumah bersepah bila mereka hadir.
Tidak apa apa.
Tak apa lah riuh bising teriak tawa..
Tidak apa apa.
Nenek suka.
Bila semua dah ucap bye bye grandmummy, see u again ....
Hati nenek pecah.
Sepi seperti dinding tumbang atas kepala
Sunyi melekat di setiap ruang yg mereka tinggalkan
Jejak dan bayang mereka diulang tayang di sini.
Anak cucu...
Semoga masih ada kesempatan untuk kita bertemu lagi
Semoga ada lagi baki usia
Semoga Tuhan permudahkan segalanya.



Sunday, November 11, 2018

Ahli terkini dah masuk senarai

2018 dah nak tiba di penamat.
Banyak yang saya lalui tahun ni
Suka dan duka.
Lebih kepada duka sebenarnya.
Tapi Alhamdullilah,
Satu berita gembira yang buat saya happy sangat2.
Di akhir tahun begini,
Dalam suasana muram mendung dan hujan
Saya di khabarkan yang saya akan menerima ahli keluarga baru nanti.
Yes yes yes....
Syukur sangat2.
Terima kasih Tuhan.
The best news ever for this year.

Kenapa semalam tak ada N3 baru?

Ni sebabnya...
Pagi sibuk jamu selera
Nasi bungkus ,lakse,roti nan dan kueh2 tunjuk.

 Tengahari makan makan lagi
Dan mereka celebrate belated birthday saya
Buat kejutan gitu, berbunga bunga hati saya
Alhamdullilah
 Malam pulak kalut masak dan makan ramai ramai
Malam ni mak pun join dinner kat sini.
Lagi ramai lagi best.

Dan 4 orang kat bawah ni punca kalut jugak.
Bila anak menantu dan cucu berkumpul,
walau bukan semua ada,
tetap meriah.
Alhamdullilah.
Bila mereka ada saya rasa sgt bahagia.
Tak apa lah saya tak ada harta, cukuplah mereka ni harta saya.
Fabiaiyiaalaaaa irrobikuman tukazziban.
Maka nikmat Tuhan kamu yg manakah yg kamu masih dustakan?
Surah ArRahman.

Thursday, November 8, 2018

Wednesday, November 7, 2018

Tersedar

Tadi ku bermimpi...
Sewaktu di satu pesta, beg tangan ku diragut.
Aku kehilangan segalanya.
Marah,sedih dan buntu.
Aku pulang ke rumah.
Duduk di kaki dia.
Ceritakan segala musibah yg melanda.
Luahkan rasa geram dan marah itu.
Menangis mcm budak2.
Tiba2 bunyi petir menyedarkan ku dari tidur.
Astaqfirullahilazim, aku hanya bermimpi.
Masih terisak isak dari mimpi tadi.
Aku tersedar dari mimpi..
Realiti nya...
Aku bukan kehilangan beg tangan tapi
aku kehilangan tempat mengadu.
Hilang tempat bercerita
Allah hu, Allah hu....
Hujan dan tangisan ku terus lebat hingga ke pagi.
Suara hujan tidak mampu mengusir sepi ku.
Cepat lah pagi...
Cepat lah tenteram duhai hati.

Tuesday, November 6, 2018

Lagu rindu

Lebat sungguh hari ni.
Sejukkkk...
Bantal memanggil manggil
Mujurlah tak payah keluar hari ni
Duk diam diam depan tv
Sekali sekala mata ke luar jendela tgok hujan
Langit ketirisan
Rindu selebat hujan.

Monday, November 5, 2018

My kakma.


Kakma macam kakak.
Suka bagi tunjuk ajar
Banyak nasihat
Macam2 petua
Kakma tempat saya share rasa hati
Saya tempat kakma share rasa hati dia juga
Dua wanita
Perempuan
Ibu
Nenek
Tau sama tau

Sunday, November 4, 2018

Lepak

Bukan pasal apa yg sayai makan.
Bukan pasal berapa ramai kawan2 saya.
Bukan.
Saya memang dah lama tak keluar dengan kawan2
Lama sangat melayan duka sendirian.
Puas kawan2 ajak, bukan mereka x ajak.
Mereka nak saya kembali menjadi saya yg sebelum ni.
Maka
Hari ni saya keluar breakfast.
Marin pun saya keluar
Acap saya keluar untuk damaikan hati
Tak kira lah dgn anak, sedara atau pun dgn kawan2
I have to heal.
Give myself a chance to heal.
Kalau boleh tak nak dah pandang belakang.
Let bygones be bygones.
Nak langkah ke depan.
Nak kutip bahagia yg masih ada bersisa.
Byk lagi bahagia buat saya
Alhamdullilah.
Tq friends.....
I am ok thanks to you
And
Tq Allah

Saturday, November 3, 2018

Masih kah kau ingat?

Masih kah kau ingat?
Pada waktu itu..
Sekuntum mawar mekar
Kau selit ke rambut ku
Masih kah kau ingat..
Ia menjadi mimpi
Dan menjadi rindu
Masih kah kau ingat
Kita berlari lari
Di kaki langit
Mengejar pelangi
Lalu hujan turun
Kita basah bersama
Masih kah kau ingat?
Masih lah kau ingat?
Sekuntum mawar ituu
Ditelapak tangan ku
Ia menjadi layu
Lalu ku genggam
Ia menjadi debu
Masihkah kau ingat?

Friday, November 2, 2018

Jadi kijo laaaa.....

Supo tak dok kijo lain.
Jadi kijo sungguh mummy sehari dua nih.
Takper, follow your heart.
Janji hati happy.
Pantai.
Sokmo2 pun suka tgok laut.
Dah lama sgt tak tgok ombak.
Ni baru ada kesempatan.
Wahai ombak....
Wahai pasir pasir pantai...
Wahai camar yg singgah...
Aku datang mencari damai
Aku tumpahkan duka ku di sini
Hanyut lah bersama arus gelombang
Bebaskan aku dari sedih pilu.
Sebebas camar.
Lapangkan dada ku
Selapang lautan tenang.
Tuhan,
Pantai dan langit biru ini mengingatkan aku
Akan kebesaran Mu.




Thursday, November 1, 2018

Tiba2 terdengar lagu lama ni...

Dengar lagu....
Tak bertempat nak mengadu...
Alam keliling membisu...
Kalau ada ayah dan ibu..
Tak kan begini nasib ku...
Sedih la weiiiii....
Terkenang nasib badan.
Bersendiri melangkah
Bersendiri membuat apa pun keputusan
Bersendiri menghadapi hati tua
Bersendiri melayan hati.
Sedih, memang menyedihkan.
Tapi...
Mungkin lebih baik begini.
Bersendiri dan bebas.
Tepuk dada tanya rasa
Nak makan apa
Nak buat apa
Nak pakai apa
Nak pergi mana
Sendiri tentukan.
Tak perlu fikir perasaan orang
Tak perlu jaga hati orang
Betul happy ?
Tak jugak.
Bila ada cerita nak di kongsi terasa tak ada telinga nak dengar
Tak ada bahu untuk sandarkan duka
Tak ada hati untuk dihuni.
Rasa tidak diperlukan.

Itu lah kehidupan yg perlu dilalui.
Redha itu penawar gundah di hati.
Syukur seada nya.
Ingat segalanya sementara.
Tuhan ada.
Senikata lagu di atas tu x betul tu...
Saya masih ada ibu..
Tapi alam keliling tetap membisu.
Ke saya kena cari senilata lagu lain?
Hadoiiii...petang2 ni entah hapa hapa laa...
Dari tidor baik merapu di blog.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...