Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, April 30, 2019

Miss dah 1 hari....

Aik? Dah terlepas satu hari?
Lupa pulak nak update N3 .
29 April x dak N3 lah
1 posting utk 1 hari dah calar.
Takper, keep on trying.
I will keep on trying.
InsyaAllah.

Boleh tak share N3 pagi ni kira bayar hutang?
Belated N3 gitu....
Ok, dgn bertajuk..
"Ini lah aku"
Done.

Sunday, April 28, 2019

Kadang2 ok, kadang2 tidak.

Seperti air laut, mood pasang surut.
Faktor usia kot.
Mungkin juga faktor persekitaran.
Hari ni mood eluk jer, otak positif dan hati redha.
Esuk mood ke laut, otak serabut dan hari pecah bertaburan.
Suis nya mudah saja.
Sepatah kata dari mulut orang
Sebaris ayat dari media sosial
Atau mood boleh rosak teruk kerana diri sendiri.
Diri sendiri yg tak pasal2 duk ulang tayang sejarah luka
Diri sendiri tak pasal2 duk banding nasib badan dgn nasib orang lain
Diri sendiri yg layan bisikan syaitan di telinga
Betul lah saya pernah terbaca kata seorang penceramah...
" Musuh yang paling aku takuti ialah diri sendiri."
Bila hati sendiri berkata kata, otak pun membisu.
Minda yg waras terpaksa mengalah pada hati.
Tak pasal2 segala benda dah jadi tak ceria.
Murung sekejap..
Self pity.
Menangis sorang2
Rasa macam tak mau melangkah ke depan.
Seperti kehidupan sudah berhenti atau lebih baik berhenti.
Mujur lah ada sedikit iman dalam dada..
Memujuk hati supaya sabar...
Sabar....Sabar....Sabar....
Tuhan ada dan Tuhan tau.
Astaqfirullahilazim..
Ni lah akibat kalau saya tak dapat tidur.
Mulalah otak masuk air.
Ampun yg Allah.
Aku lemah dan sering kali rebah.
Hanya Kau lah maha pengampun.
Maha mengasihani.

Saturday, April 27, 2019

Sila beri laluan untuk saya merapu pagi nih.

Trafik jem dalam kepala
Berserabut benda yg nak di fikir
Bersimpang siul perkara perlu diurus
Berselirat hal hal wajib dan sunat
Haduhhhhh......
Ni tak termasuk pasal kewangan lagi nih.
Pun satu hal.
Duit yg perlu keluar lagi laju dari duit yg masuk
Masuk macam ubat gigi yg kena picit sampai bergulung gulung tiub.
Keluar laju sungguh, macam air paip.
Namun apa pun, masih bersyukur dgn rezeki yg ada.
Syukur masih boleh urus anak, tanggung perbelanjaan keluarga seadanya.
Alhamdullilah.
Tapi yang paling membuatkan otak saya ketat sehari dua ni ialah pasal 'masa'
Tak cukup masa untuk buat segala yg saya nak buat.
Sibuk memanjang jadinya...
Ada yg tertangguh, tertunda...
Risau sangat lah, dah nak masuk bulan puasa ni.
Saya amat berharap segala aktiviti saya
dapat ditangguhkan demi untuk fokus kepada
aktiviti wajib di bulan puasa...
Aktiviti sunat boleh saja tangguh tapi aktiviti wajib?
On jugak la jawap nya.
Apa aktiviti wajib?
Malas nak senarai.
Panjang berjela tak cukup ruang.
Tau sama tau jer lah.
Selagi ada keluarga dan tubuh sihat sejahtera,
Selagi tu lah khidmat diperlukan.
Takper, redha begitu.
Akhir kata....
Majulah sukan u tuk negara.
Apa kaitan nya nih???
Haduiii otak masuk air sungguh!

Friday, April 26, 2019

Dia dah mula berbisik

Kalau dia berbisik tu tanda
Ramadhan dah dekat
Yusuffff toiyubbbb......
Memang dah dekat dah
Dah terasa kehadiran dia makin hampir.
Tadi kat masjid, ada ceramah pasal Ramadhan.
Masjid2 dah bersedia untuk aktiviti di bulan Ramadhan.
Tanah kubur dah di bersihkan
Telekung untuk solat terawikh dah ready.
Esuk taddarus sempena Ramadhan dah nak mula.
Mula awal gitu.
Yang heran nya...
Ada juga yg kedepan...fikiran maju kedepan.
Bukan Ramadhan yg dinanti, lebih pada tunggu nak raya.
Dah siap biskut raya bagai.
Dah tempah baju raya
Dah berkira kira nak masak apa untuk tamu di hari raya nanti.
Hamboiiii.....Ramadhan baru nak dtg,
Syawal pulak yg di tunggu tunggu.
Kalau yer pun bawak bersabar ya.
Kita hadapi kemuliaan Ramadhan ni dulu
Kita hidupkan malam2 di bulan mulia ini
Kita cuba lebihkan ibadah, cuba.
Ni tidak, Syawal juga yg di kejar.
Meh sini nak tanya...
Awak yakin ke usia awak tu panjang hingga ke Syawal?
Mana tau mati dlm bulan puasa.
Tak sempat raya.
Mana tau kannnn....
Bukan mengata orang, ingatan untuk diri sendiri jugak.
AHLAN WASAHLAN WAHAI RAMADHAN ALMUBARRAK.

Thursday, April 25, 2019

Harap2 settle hari ni.

Hadoiii....
Saya cukup risau kalau
Terpaksa buat benda yg saya tak pernah buat.
Tak kira lah walau benda remeh temeh bagi orang lain,
bagi saya tetap merisaukan.
Memang saya macam tu, tak suka benda baru
Selesa dengan apa yang dah selalu saya hadapi.
First time is the worst time.
Hari ni saya kena berhadapan dgn orang yg saya tak kenal
Berurusan pasal benda yg saya tak tau hujung pangkal
Ke tempat yg tak pernah saya pijak kaki.
Tak reti nya, risau nyaaaa.....
Duk fikir pasal ni dari marin lagi
Semoga cepat2 la beres dan berlalu.
Selagi belum siap selagi tu lah saya terfikir fikir.
Nak buat kerja lain pun terganggu.
Semoga Tuhan permudahkan urusan saya hari ni.
Doakan yg baik2 buat saya ya..

Wednesday, April 24, 2019

Jangan pandai2 nak kutuk2 orang...

Tertarik dengan isu hangat kat media sosial.
Ada suami jandakan isteri
Dan jadikan seorang janda sebagai isteri.
Hmm...
Macam2 pendapat.
Kutuk dan sokong bertalu talu .
Ni nak keluarkan pendapat saya.
Saya tak tau cerita sebenar, tapi setiap kali terbaca cerita begini
Pasal rumahtangga, pasal suami isteri...
Satu jer saya boleh nak cakap...
Seorang suami yg baik tu adalah untuk isteri yg baik..
Begitu juga bagi seorang lelaki yg jahat, layak nya hanya perempuan yg jahat jugak
Sebaliknya pun begitu juga lah.
Yang baik tu kekal dgn yg baik, atau kalau putus pun
mungkin akan jumpa yg lebih baik buat dia.
Yang tak baik tu eluk la jumpa sama x baik..Kan?
Padan muka gitu.
Adil kan?
Tu janji Allah dalam AlQuran.
Percaya Yakin.
Tak payah keluh kesah.
See it that way.
Settle.
Tuhan lebih tau segalanya.
Akur dgn perancangan dari Tuhan.
Then only you have your peace of mind.
(Surah An Nur ayat 26.)

Tuesday, April 23, 2019

Kelas terakhir hari ni.

Hari ni penutup kelas bahasa Al Quran di masjid kami.
Dah nak masuk bulan Ramadhan ni kami KIV dulu kelas ni.
Ramadhan nanti kami semua ada aktiviti lain bersempena Ramadhan pulak.
Maka hari ni kami tutup sessi dgn sedikit jamuan sesama kami.
Seronok nya makan2, sembang2 dan mengenali hati budi kawan2 baru ni.
Semoga panjang umur, lepas raya nanti kita jumpa lagi.
Sambung kelas kita ni lagi.
InsyaAllah.






What type are you?


Monday, April 22, 2019

Selalu macam tu

Seluas luas rumah,
Sebanyak banyak tempat landing,
Kat situ jugak ko nak landing ya.
Baju baru jer gosok, tunggu nak sarung ke badan jer.
Dah nak kena gosok sekali lagi.
Akuuuuuu jugak la.

Sunday, April 21, 2019

Sesat

Lawak sungguh!
Saya dan seorang kawan baik pergi kenduri .
Bukan jauh pun, daerah yg sama.
Di Kg Peringat daerah Kota Bharu jugak.
Tapi tu first time ke sana.
Masa pergi tu kami ambik jalan utama.
Dari sini ke sana dlm 15 minit saja.
Masa nak balik ada orang cadang kami guna laluan jalan bawah.
Tak sibuk dan lebih dekat.
Ok, kami ikut saja.
Tau2 dah di Jelawat.
Tau2 dah nampak signboard Bachok.
Tau2 dah ada tanda ke Tok bali
What??
Where are we?
Mana tanda jalan 'pengkalan Chepa' nih?
Aiseyyy...kami macam itik dgn ayam.
Sama2 tak tau hala, tak tau arah...
Walhal dalam jajahan takluk sendiri.
Bukan jauh sampai gua musang pun
Bukan jajajhan Jeli pun..
Dari jajahan Kota Bharu tak pasal2 masuk jajahan Bachok.
Kami gelak sakan.
Bodoh sungguh dua orang yg bergelar cikgu nih.
Entah macam mana boleh tersesat.
Tak sangka pulak.
Lain kali kena check dulu kat peta, google dulu
Jangan ikut redah gitu jer...
Pengalaman adalah pengajaran.
Padan muka kami.
Dari tgahari dah nak asar baru sampai semula ke rumah.
Nasib baik sempat lagi zohor kat rumah.
Haduhhh!

Saturday, April 20, 2019

Muka ada senyiuumm

Ada nampak mummy happy?




Masaalah negara.

Bila ada funtion/majlis,
Tak kira funtion formal ke, besar ke,kecik ke...
Masaalah saya hanya satu.
Tak tau nak pakai baju apa
Nak pilih yg mana
Buntu. Pening kepala pikir.
Betul lah, masaalah besar nih!
Esuk nak hadir majlis,
malam ni dah tercegat depan Wardrobe.
Scan baju2 yg tergantung.
Mula2 pilih warna
Pilih material
Pilih corak
Dpt satu pasang, pilih tudung matching pulak.
Diri depan cermin, tak perlu pakai lagi
Pegang depan badan dgn hanger sekali.
Tilik..depan kiri kanan.
No no no..baju tu nampak mcm tuan nya gemuk!
Pulak dah.
Gali baju lain..start all over again.
Bila cermin bagi green light baru gosok.
Gosok baju dan tudung, gantung di sana dulu
Tilik lagi...
Ke baru jer pakai baju ni?
Ubah fikiran.
Tukar lagi.
Mula proses sekali lagi.
Again and again and again and again...
Berjam jam...
Hadoiiiiii...Tu sebab saya dah cakap tadi, payah!
Belum ke majlis dah penat.
Dah stress!
Sebenarnya pakai lah baju mana pun,
kalau dah tua kerepot, gemuk dan muka tak lawa macam saya ni...
Tetap tak kan jadi muda dan cantik dah...
Tetap jadi saya, tak kira pakai baju mana pun.
Bazir masa dan tenaga jer duk pilih baju.
Kan?
Tapi dah dari dulu macam ni, tak leh ubah.
Habit.
Bukan saya sorang tau, kebanyakan kaum hawa pun.
Mak awak pun
Adik kakak awak pun
Isteri awak pun....
Kannnnnnnnn???

Friday, April 19, 2019

Jadi kucing

Kan senang jadi kucing.
Tido bangun saja kerjanya
Makan orang hidang
Tandas orang cuci
Nak rehat seharian pun takper
Tak ada masalaah langsung
Nak jadi kucing?
Tak nak lah

Meriah

Terima kasih matahari
Panas membuatkan bunga berlumba lumba nak keluar
Tak puas tilik
Banyak bunga banyak juga gugurnya
Tak apa, pagi2 sapu jer
Penat sikit saja berbanding hati seronok
Gumbira nya rasa di dalam dada
Kalau zaman budak2 dulu, dah boleh main tuan puteri dah ni
Selit bunga di rambut, 
nyanyi2 dgn dayang di taman.
Bestnyer.



Thursday, April 18, 2019

Aku lah musafir itu

Musafir lalu
Hujan malam menambah resah
Hati sepi sejak kau tiada
Semakin hari semakin rindu
Biarpun badan terpisah jauh
Bagai patah tak tumbuh lagi
Bagai hilang tidak berganti
Bagai terbawa separuh diri
Bersama pergimu yang tak kembali

Bukanlah gurauan
Bukan sekadar
mainan perasaan
Apa yang tersurat
Itu yang tersirat namun ku rela

Dalam doaku kusebut namamu
Tenanglah dikau sayangku
Aku bagai musafir lalu
Menyusulmu sudahlah tentu
Disana kasih kekal abadi
Suci dan kudus janji Ilahi

Dalam doaku kusebut namamu
Tenanglah dikau sayangku

( lagu nyanyian Ramli sarip)
https://youtu.be/M9_qMbXYH0k)


Wednesday, April 17, 2019

Mana la geng saya belum jugak sampai nih...

Assalamualaikum.
Pagi ni bersiaran dari penjuru ruang Masjid Tmn Uda.
Pagi ni saya sampai awal, solat dhuha pun di masjid.
Datang awal rasa lebih tenang, tak berebut trmpatvparking kereta.
Tak berebut tempat parking tuan kereta jugak.
Jangan tak tau, saya ni tak suka berubah duduk.
Nak duduk di penjuru yg saya dah biasa duduk.
Selesa begitu.
Pelik?
Itu lah perangai saya, dari kecik sampai tua macam tu
Hari Rabu hari yg saya tunggu2
Seronok di sini dgn kawan2 yg mula dikenali di sini .
Ngaji quran dan ulasan kitab.
Kebanyakan nya sebaya saya, tu yg best tu.
Mentaliti serupa.
Waktu ni nampak makin ramai dah yg datang.
Jap lagi penuh lah.
Semoga Tuhan berikan saya kesihatan yg baik untuk saya teruskan aktiviti saya disini.
InsyaAllah.

Tuesday, April 16, 2019

Putus cinta pun tak seteruk ni..

Memang macam tu.
Waktu dia ada kita tak hargai nya
Dah tak ada tu baru nak teriak pecah bijik mata rasanya
Baru tau susah nya hidup tanpa dia
Tu baru hilang sekejap, kalau selamanya?
Boleh jadi haru biru hidup ku kalau begini.
Bukan putus cinta la awak,
ni putus yg lebih dasyat nih...
Putus bekalan letrik.
Malam tadi lama jugak letrik buat hal.
Masaalah besar nih
Tak ada letrik seperti tak ada separuh nyawa.
Nipis rasa oksigen dalam udara.
Lemas, buntu dan tergendala kerja
Kalut.
Apa tidak nya..
Hidup kita ni bergantung pada letrik.
Tambah2 hidup saya dan
kehidupan orang sakit yg saya sedang jaga.
Semua nya perlu letrik
Katil letrik
Tilam letrik
Peralatan kecemasan bergantung pada letrik
Air paip perlu letrik untuk hidupkan pam.
Pagar rumah nak letrik
Gadget memasak semua letrik
Gadjet hiburan semestinya lah letrik
Gadget bilik air pun letrik
Segalanya lah.
Dah la sekarang ni musim panas
Bila aircon takleh beroperasi
Dan kipas mati, rasanya macam
duk dalam oven.
Panas dan lagi sakit hati bila nyamuk
rampas kuasa...
Hadoiiii....
Kalut sungguh!
Letrik adalah nyawa kedua.
Walau sekejap saja TNB menduga kesabaran saya,
terasa seperti berada di hujung nyawa.
Dasyat!
TNB wei, jgn acap2 buat perangai macam ni.
Kalau merajuk pun jgn lama lama...
I lab U TNB....
Putus bekalan letrik lebih dasyat dari putus cinta!

Sunday, April 14, 2019

Yesterday

Birthday Anis.
Koleksi foto Anis 
Anis dgn anak sedara
Anis dgn cousin
Anis dgn mummy
Anis dgn nenek
Anis dgn aunty
Mewakili ahli keluarga yg lain nya

Masak masak makan makan dgn rakyat jelata.

Menu untuk yg jaga kesihatan.
Anis request macam tu

Hahaha...sorry Anis terpaksa edit foto nih
Tampal wajah Anis yg bertudung.
Alhamdullilah syukur atas rezeki  Mu ya Allah.


Saturday, April 13, 2019

Alangkah baik nya...

Kakak,
Aku mau pinjam telapak tangan mu dan jari2 mu
Kerana aku juga mau menadah di Raudhah
Mempersembahkan setiap pinta ku,
Doa ku bertimbun kak,
banyak sekali mau ku.
Alangkah baik nya kalau boleh ku pinjam jari mu kak

Kakak
Pinjamkan aku dahi mu
Kerana aku juga ingin bersujud di Tanah Haram itu
Beban duka ku ingin aku tebarkan di situ
Mau saja ku tumpahkan selautan air mata
Di dada ini ada rindu yg belum dirawat
Di sujud itu ku harapkan hati terubat
Segalanya mungkin bila dahi menyentuh sejuk lantai bersaksikan Baitullah.
Alangkah baik nya kalau boleh ku pinjam dahi mu kak

Kakak
Pinjamkan aku kaki mu
Kerana aku juga mau berjalan dari safar ke marwah
Mengutip pahala di setiap langkah
Merasai dan mengenang kembali payahnya Siti Hajar
Ulang alik 7 kali sehingga zamzam terpancar
di hujung kaki Nabi Ismail alaihiwasallam.
Alangkah baik nya kalau boleh ku pinjam kaki mu kak

Kakak,
Aku ingin sekali berada di tempat mu di waktu ini
Tapi aku redha dgn percaturan hidup ku
Tanggung jawap merantai kaki tangan ku
Maka
Di sejadah usang ini aku terus menadah
Di tepi katil sakit ini aku tak putus harap
memohon doa mengharap pinta diangkat
Memohon dan meminta pada Mu Tuhan
ArRahman
ArRahim

(Kakak, semoga ibadah diterima dan sentiasa didalam rahmat Allah. Selamat menunaikan umrah dan segala urusan dipermudahkan. Salam buat abgSir dan anakanda Mie)






Friday, April 12, 2019

Cho

Tu nama dia
Seorang wanita separuh usia
Muda beberapa tahun saja dari saya
Dia saudara saya yg paling rapat dgn saya
(Dulu rumah ayah kami berjiran)
Kami rapat,membesar bersama.
Teman sepermainan, teman kelahi, teman kamceng.
Teman waktu hati pecah juga.
Meh sini, saya nak crita pasal Cho nih.
Cho garang.
Suka bebel.
Hujung minggu dia selalu datang.
Dia rajin bantu saya urus rumah saya.
Pagi2 dah sampai.
Masuk jer mula lah...
" Eh, bila pulak perabut ni berubah tempat?. Kalau aku jadi perabut, aku boikot dah. Asyik di heret ke sana ke sini..."
Tu ayat pertama dia kalau dia dtg selepas saya ngemas susun atur perabut.
" Mana pergi penyapu? Sangkut kat mana pulak? Takleh ke biarkan penyapu tu duk di tempat sama, pening lar mencari cari ni..."
Tu ayat kedua dia.
Pot pet pot pettt...
Saya buat2 tak dengar.
"Coh, dah breakfast lum? Nak makan apa, hani keluar belikan sambil ke pasar"
Saya cuba ubah tajuk.
" Tak payah duk membazir beli bagai, tu dlm peti ais tu berlambak makanan. Panaskan yg tu jer. Nak gi pasar buat apa? Bukan dah ada lauk2 mentah dlm freezer? Masak yg tu pun dah cukup"
Pulak.
Saya jugak yg tak kena nih.
Dia jugak yg sentiasa betul.
Cho, jgn garang sgt boleh tak?
Senyum sikit boleh tak?
"Hani, cer kamu gi tidor, rehat. Aku tgok kamu ni mcm lipas kudung. Ada jer kerja nak buat, sekejap keluar sekejap masuk, sekejap keluar lagi..tak reti duk diam ke?"
Aikkk?
Naper pulak saya yg kena marah nih?
Bertenang Cho bertenang...
Buatlah apa yg kamu nak buat.
Cho ni walau garang rajin sangat, kalau dia dtg habis segala kerja mengemas dia buat.
Mengemas sambil pot pet pot pet...
2 in 1.
Hentam jer lah labu.
Jangan tak datang dah.
Kalau dia tak dtg terasa sunyi, teringat gelak tawa dia dan cerita membawang dari dia.
"Cho, malam ni tidor sini ke nak balik?"
Ayat rutin saya bila nampak dia dah selesai mengemas dan duk mengadap makanan di meja makan.
"Tidor sini kot"
Yes!
Suka sgt kalau dia bermalam di sini.
Ada teman kongsi cerita
Kongsi duka
Kongsi tawa.
Itu lah Cho, seorang sedara yg memahami saya dan tau segalanya tentang saya.
Duit boleh di cari...
Teman sejati tak boleh dijual beli.
"Hani, kalau kamu ke pasar tani, belikan aku seluar warna hitam, jgn yg sendat dah. Beli baju matching sekali boleh?"
Yer lah yer lah....cukup jawap setakat tu jer. Kalau jawap panjang2 pun buat kena bedil jer.
Makcik ni demanding tul lah!
Nak tgok foto dia...jap nak cari....
Tu diaaaa......
Cho yg saya sayangi.
I labiU Cho.


Thursday, April 11, 2019

Hari ni hati munga munga...

Wassup dari kakak buat saya happy
Kakak saya kata...
Ada silent reader blog saya di Mekah.
Haah?
Biar betul.
Alhamdullilah, berbunga bunga hati saya.
Terima kasih lah wahai 'silent reader' blog saya tu.
Alangkah baik nya kalau kita boleh berkenalan juga.
Tuhan temukan kamu dgn kakak saya secara tidak dirancang
Kita tak rancang, tapi itu perancangan Tuhan.
Terbaik gitu.
Suka nya saya...
Tak caya bila kakak beritau berita ni.
Maklumlah di tanah haram
Bersaksikan Baitullah.
Tapi terfikir gak,
Camna lah boleh tersebut nama saya dan
blog saya dalam perbualan?
Hahaha...Tak kira lah macam mana pun, saya tetap seronok
Rasa macam artis lak!
Wahai silent reader,
Saya doakan segala urusan di tanah suci dipermudahkan
Semoga Ibadah diterima
Semoga kesihatan terjaga.
Terima kasih sekali lagi walau kita hanya berjumpa di blog saja.
Selamat berkenalan dengan kakak saya.
Kenal dia, serupa lah kenal saya..


Wednesday, April 10, 2019

Tidur itu nikmat.

Senyap sunyi
Semua orang dah tidor
Tinggal saya sorang
Mata masih butang
TV terpasang
Tak pandang pun,
sekadar memecahkan sunyi malam
Tutup quran dan lipat sejadah.
Bukak blog
Hmm..nak merapu lah ni
Nak cakap sorang2
Hey you!
Yang sedang baca blog ni lah
Tak tidor jugak ke?
Gi lah tidor..
Hendak gugur,gugur lah nangka
Jangan menimpa si dahan pauh
Hendak tidur, tidur lah mata..
Jangan mengenang orang yg jauh.

Mengenang orang jauh?
No no no..
Tak ada nak kenang siapa2 pun.
Rindu sudah berlabuh
Tua2 ni pikir nak jaga kesihatan jer
Tu lebih penting dari duk layan hati.
Bila nak ngantuk nih?
Please lar mata...
Please larrrr.

Monday, April 8, 2019

Betul sangat

Kata orang...
Kalau lah dosa itu mengeluarkan bau.
Tak siapa yg nak duk berkumpul, semua jauhkan diri dari orang lain.
Toksah cakap lah, amalan muamalat setebal mana pun,
Selagi nama manusia takleh lari dari berdosa.
Sikit dosa dan banyak dosa
Hanya itu bezanya.
Nabi kita rasulullah saw bebas dosa sbb hati beliau dah di cuci oleh malaikat.
Tu kelebihan dia, kekasih Allah.
Kita pulak toksah cuba nak nampak bebas dosa dan duk nampak dosa orang lain saja.
Jangan macam tu..
Tak baik macam tu.

Sekor lagi ...

Duk depan kedai
Kurus kering
Kurap penuh satu badan
Terketar ketar kelaparan
Suara pun dah tak keluar, nampak mulut jer ternganga nganga.
Saya cari kotak
Mudah saja dia masuk dlm kotak tanpa dipaksa
Bawak ke klinik
Lepas tu bawak balik
Bagi makan minum dan kurung jauh dari kucing2 yg dah ada
Mana tau berjangkit kurap tuh
Duk la ko dalam kandang 
Sehingga sembuh
Sehingga kau mampu berdikari
Aku hanya lah cuba untuk memudahkan urusan mu
Atas dasar kesian
Kita terserempak atas kuasa Tuhan.
Dan dgn keizinan Tuhan nanti kau akan sembuh
Akan kembali cantik
InsyaAllah

Sunday, April 7, 2019

Sudu Garpu

Dah sihat
Dah cantik
Anak2 pungut dan jadi anak negeri
Berumah di sini, bermukim di hati.
Duk diam2 Sudu
Jangan suka kelahi Garpu
Jaga perangai tu..
Jangan buat aku naik darah k.
Membesarlah sebagai johan di sini.
Sudu
Garpu
Aku.

Friday, April 5, 2019

Ingat 5 perkara ...

Salah saltu dari nya
Ingat sihat sebelum sakit.
Yup, syukuri nikmat sihat.
Malam tadi tak pasal2
Tekanan darah saya turun mendadak.
Bermula dgn sakit perut berulang ke tandas
Pastu jadi mual
Letih penat mcm nak pitam
Lama2 tak leh bangun, pening
Rasa confused, berpeluh.
Nasib baik anak2 ada
Ke klinik ambik ubat.
Lepas telan ubat rasa mengantuk
Tido yg sgt nyenyak.
Sedar2 dah kul 4 pagi.
Rasa lebih stabil.
Syukur tak melarat
Alhamdullilah.
Pagi ni pun ok dah
Pening sikit2 tak apa
InsyaAllah makin baik la tu.
Setiap kali sakit ingat mati.


Wednesday, April 3, 2019

Senyumm, tak perlu kata apa apa

Bila kita senyum
Semua orang pun senyum

Senyuman dia lebih menawan.

Tak berbaloi saya senyum sampai ke telinga.
Awak tetap pandang Si Kakak Tua tu jer.
Kannn?
Kerana senyuman dia lah saya tertarik nak posing dgn dia.
Tapi membazir saja senyuman saya tu
Kalau saya masam pun tak apa
Tak siapa perasan pun.
Tumpuan hanya pada patung burung tu.
Si Kakak Tua yg manis senyuman nya.


Menahan jerat...

Pernah tak rasa berkenan kat satu benda tu tapi tak mampu nak dapatkan nya?
Berkenan sangat sangat
Terbawa bawa dalam mimpi
Nak sangat
Tapi hanya mampu tengok saja
Tak mampu nak memiliki
Tak mampu tu bukan hanya tak ada duit nak beli
Mungkin juga tak mampu kerana benda tu bukan untuk dijual
Sudah menjadi milik orang
Sekadar pameran saja..
Atau tak mampu kerana susah nak dapatkan.
Atau juga tak dapat memiliki kerana walaupun cantik dan berkenan
Mungkin tak sesuai utk di miliki..
Senang cerita macam ni laaa.....
Terus terang kan senang.
Saya nak tu.
Orang duk share kat fbook.
Rumah kenalan pun ada.
Acap melintas bayangan benda tu di mana mana.
Godaan menggoda.
Nakkkkkkk.....
Ada sesiapa yang nak berikan saya hadiah?
Hari jadi lambat lagi, hadiah saja2 boleh?
Bagi benda tu.
If you want to make me happy, let me hv that.
Buy me one, get me one.
Or let me have the whole set.
Jadi camna ?
Agak2 ada peluang untuk saya miliki secara undi kesian tak?
Hahaha....taktik kotor!
Tak kira, janji dapat.

Nanti kalau dpt foto benda tu, saya share.
Sedang cari kat google.
Tapi kalau saya share, awak nak belikan tak?
Saya bukan apa, nak menjerat jer ni.



Tuesday, April 2, 2019

Riwayat tertulis penuh dengan.......

Saya tak ada asas dalam penulisan.
Sekolah dulu pun aliran sains
Tak belajar bab kesusasteraan ni
Saya hanya menulis apa yang tersirat di hati
Dengan bahasa tunggang langgang
Caca merba selang seli bahasa ibunda dan bahasa kedua.
Selesa begitu walau jauh dari sempurna.
Kalau ikut hati,
Pernah terdetik nak tulis buku riwayat hidup.
(Bukan main timggi angan2)
Saya rasa kalau saya kongsi perjalanan hidup saya,
tulis dalam bentuk novel,
ulas setiap episod suka duka yg saya lalui,
Buka setiap pekung yg selama ini disembunyi...
Tentu tebal novel itu nanti.
Tapi saya tak mampu buat semua tu
Kemahiran menulis saya terbatas.
Kecuali kalau saya tulis pakai kaedah hentam saja lah.
Dah tu jadi mcm blog saya pulak.
Tu pasal la saya rasa sampai ke mati angan2 nak tulis novel,
Tinggal angan angan.
Biarkan sajalah setiap titis air mata kering begitu saja
Setiap gelak tawa hilang ditelan masa
Rahsia itu kekal rahsia..
Biarlah begitu hingga akhir nyawa.
Teringat arwah nenek saya.
Di akhir usia dia, dia suka ceritakan kisah2 hidup dia yg lama lama.
Saya nanti pun akan jadi macam tu kot
Hanya dari bibir setiap sejarah diri akan mengalir keluar
Semoga ada telinga anak cucu cicit yg sanggup terima
Novel sejarah diri bukan buku yg tersusun di lemari.
Tapi novel itu masih bernafas dan berdenyut nadi
Segala nya masih tersimpan didalam dada ini
Terkumpul kemas menunggu hari untuk dibebaskan.
Bila?
Mungkin di akhir nyawa.



Pattah dan Owk

Dua ekor ni
Pelik sungguh perangai
Sekor tu memang kaki melawat kawasan.
Ngalahkan tok wakil.
Semua jiran kenal Si Pattah
Dan Pattah pun kenal semua orang
Suka sangat ronda ronda tapi risau jugak sbb
Pattah x reti lintas jalan.
Hati2 yer Pattah.

Si Owk ni pulak,
Tak pernah keluar dari pagar
Memerap jer kerja dia
Owk x suka orang dekat dengan dia
Tambah2 org yg dia tak kenal.
Owk tak friendly
Kalau kat rumah ada tamu Owk menyorok.

Tapi mereka dua ni best friends.
BFF
Kadang tidur sekali
Kadang main sama2
Makan sama2 tak berebut.
Saya selalu perhatikan.
Bila Pattah pulang dari mana2..
Dia duduk dekat Owk.
Agaknya kongsi cerita terkini la tu
Membawang pasal jiran.
Pattah merangkap wartawan cari berita
Owk tukang tadah telinga.
Hmm...suka hati kamu la kucing wei.
Janji bahagia.
Sebenarnya dua2 ni kucing terbuang.
Orang tak nak saya bawa balik.
Bela dan sayangi.
Huduh ke, apa ke tak apa.
Janji sihat.
Wahai kucing berdua....
Doakan kesejahteraan ku k.
Semoga aku murah rezeki
Dan
Kamu boleh lah makan makanan yg lebih baik.
Duduk lebih selesa
InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...