Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, April 27, 2019

Sila beri laluan untuk saya merapu pagi nih.

Trafik jem dalam kepala
Berserabut benda yg nak di fikir
Bersimpang siul perkara perlu diurus
Berselirat hal hal wajib dan sunat
Haduhhhhh......
Ni tak termasuk pasal kewangan lagi nih.
Pun satu hal.
Duit yg perlu keluar lagi laju dari duit yg masuk
Masuk macam ubat gigi yg kena picit sampai bergulung gulung tiub.
Keluar laju sungguh, macam air paip.
Namun apa pun, masih bersyukur dgn rezeki yg ada.
Syukur masih boleh urus anak, tanggung perbelanjaan keluarga seadanya.
Alhamdullilah.
Tapi yang paling membuatkan otak saya ketat sehari dua ni ialah pasal 'masa'
Tak cukup masa untuk buat segala yg saya nak buat.
Sibuk memanjang jadinya...
Ada yg tertangguh, tertunda...
Risau sangat lah, dah nak masuk bulan puasa ni.
Saya amat berharap segala aktiviti saya
dapat ditangguhkan demi untuk fokus kepada
aktiviti wajib di bulan puasa...
Aktiviti sunat boleh saja tangguh tapi aktiviti wajib?
On jugak la jawap nya.
Apa aktiviti wajib?
Malas nak senarai.
Panjang berjela tak cukup ruang.
Tau sama tau jer lah.
Selagi ada keluarga dan tubuh sihat sejahtera,
Selagi tu lah khidmat diperlukan.
Takper, redha begitu.
Akhir kata....
Majulah sukan u tuk negara.
Apa kaitan nya nih???
Haduiii otak masuk air sungguh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...