Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, October 30, 2020

Ada saja yang nak dibuat...

Penuh agenda hari ni
Pagi pagi singgah di pasar tani dulu.
Lepas tu balik kampung jengok mak mertua.
On the way back, singgah rumah seorang kawan.
Dia baru menerima kehadiran cucu yg ke dua puluh.
Murah rezeki dia.
Sedap sungguh riba baby.
Harum bau baby tak puas cium.
Dah tengahari, azan zohor dah berkumandang.
Perut dah mula bernyanyi.
Pilih untuk makan tengahari di sini
Langit mendung dan laut luas mententeramkan hati
Dia ni...
 sukarela datang duk sebelah saya.
Bagi makan tapi dia tak sudi.
Malu kot.
Tengok2 dah terlena pun.
Ni wajah dia yang tak ku kenali 
Manja dan jinak
Agaknya dia tahu saya tak berteman
Ok lah, boleh la..
Kucing pun kucing lah.
Balik rumah baru rasa penat.
Lega.
Home is where the heart belongs

 Dah di rumah tu macam biasa lah
Hadap apa yg perlu dihadap.
Buat apa yang perlu di buat.
Hujan emas negeri orang
Hujan batu, hujan besi, hujan balak pun tetap aman di negeri sendiri.
Rumah ku syurga ku.

Wednesday, October 28, 2020

Kita yang kekal terpisah.

 Selamat hari ulangtahun kelahiran buat mu.

Semoga kamu tenang damai di sana

Kamu tidak pernah kami lupa

Sentiasa ingat.

Aku ini sebenarnya ingin sekali berada di tempat mu

Di sini aku sudah tidak diperlukan.

Boleh kah kita tukar saja?

Pindahkan aku ke sana

Dan kau kembali lah ke sini.



Tuesday, October 27, 2020

Patuh arahan

 

Hari ni kelas dibatalkan
Semua masjid tak dibenarkan anjur kelas2 agama.
Cuti sekejap.
Covid punya pasal
Tak apa, demi kebaikan bersama kita duk rumah diam diam.
Nak buat apa ya, buntu juga.
Bila jadual harian berubah tiba2 macam ni tak tau nak buat apa.
Jom kita keluar breakfast lah
Ke tak boleh?
Duk rumah ngadap fbook dan wassup saja lah nampak nya.
Harap2 minggu depan masjid boleh beroperasi semula.

Monday, October 26, 2020

Perjalanan hidup

Aku yg masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari satu kebebasan
Aku yg masih di perhentian hidup ini
gitu lama mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari satu kebebasan
Mencari satu kedamaian
Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esuk dan lusa bukan milik ku oh Tuhan ku
Lindungilah hamba mu yg hina ini
Aku setia hanya pada mu oh Tuhan ku
Damaikan hati kami
Damaikan lah jiwa kami
Ya Tuhan
( Lagu Ramli sharip)

Biarkan foto berbicara
A picture paints a thousand words.



 



Sunday, October 25, 2020

Jom la awakkk...

Mujur tak hujan. 
Hello hello kira jadi.
Awak nak ikut jalan2?
Kita ajak kalau2 sudi.
Kunci dah di tangan
Kawan dah tunggu
Sessi ukur jalan.
Jom ke Ganu
 Ada jualan ubi dan labu
Semua nak, rambang mata
Mokcik beli ubi kayu
Ubi setelo pun nak juga
  
Dari gerai singgah makan.
Tepian pantai mokcik terpesona.
Celup tepung udang dan ikan
Masakan panas pun ada juga.
Berbaju putih bertudung renda
Hati mokcik berbunga bunga
Duduk dan posing macam biasa
Bebaskan apa yg menyesakkan dada.
Damai sungguh indah suasana
Pasir halus membelai kaki
Ikut hati nak duk lama lama.
Kalau boleh nak datang lagi.
)
Apa direnung laut yg dalam
Perahu singgah penuh muatan
Apa dikenang cerita semalam
Rindu di hati pada mu tuan
Duduk tepi pantai
Tengok pemandangan
Pantang jumpa buai
Mokcik berayun sakan
Buai sorang sorang
Kasut penuh pasir
Ajak awak datang
Nok ko toksir?
Buai berdua
Pegang pegang tangan
Mokcik dah tua
Saja jalan jalan
Gi mari gi mari
Supo tak dok kijo
Kita nak ubat hati
Awak tau gapo.

Haaa.....masukkkkkkk!

Mana kawan saya sorang lagi ni? Opss, camerawoman ye, padan la tak ada..Tq Tini dear.

Saturday, October 24, 2020

Can't thank you enough

 

Thank you for the good time.

Thank you for the memories.

Thank you for the joys n laughter.

Thank you for being here for me.

Thank you for the hugs n kisses.

Thank you for the love.

Thank you for accepting me as I am and forgiving my flaws.

Last but not least, most of all, thank you for being you...







Thank you for the 'doa' that I received.
Loads and loads of well wishes from everybody and everywhere.

Footnote.
Birthday presents in the form of food, all gone already...hehehe.
Cookies
Cakes
Desserts
Fruits
Chocolates
Sweet potatoes? Really?
Sweet potatoes from someone sweet enough to come all the way just to deliver it. You know who you are and I love you for your effort.

Friday, October 23, 2020

This is what friends are for

Sempena bulan maulud, selawat dan salam buat junjungan

Seterusnya kita potong kek

Sah lah dah tua..warga emas dah ni

Selamat menjamu selera

Acara wajib-posing

Posing sambil duduk la pulak

Detik2 sebelum icing mendarat di tempat yg tak sepatutnya

Bacaan yassin dan doa.
Terima kasih kawan2 kerana menghadiahkan ketawa riang buat saya hari ni


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...