Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Friday, December 31, 2021
Thursday, December 30, 2021
Wednesday, December 29, 2021
Tuesday, December 28, 2021
Monday, December 27, 2021
Sunday, December 26, 2021
Azwan Omar
Bertuahlah wanita yang bergelar ibu kepada Azwan ini..
Sudah terbukti berjaya cara ayah Azwan mendidik anak nya.
Tabik spring buat mereka.
Semoga murah rezeki Azwan Omar dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Saturday, December 25, 2021
Friday, December 24, 2021
Thursday, December 23, 2021
Wednesday, December 22, 2021
Tuesday, December 21, 2021
Monday, December 20, 2021
Banjir reda lah...
Langit berhenti la bersedih
Jangan menangis lagi
Bumi telan la tumpahan itu
Serap lah..
Betul lah kami telah berdosa.
Betul lah ini signal dari Tuhan kami.
Kami sedar begitu.
Kuatkan lah kami menghadapi musibah ini.
Kami tau..
Tuhan ku hanya hulurkan dugaan yang mampu kami hadapi. Sesuai dengan kemampuan kami.
Siapa lah kami ini.
Hanya insan yang lemah dan banyak dosa.
Ampuni kami ya Allah.
Kesihani kami dan anak cucu kami.
Hanya pada Mu tempat ku bermohon.
La yukallifullah.....
Resipi musim hujan
Saturday, December 18, 2021
Saturday itu Sabtu
Hujan begini tak tau nak buat apa.
Bunyi khabar air sungai dah melimpah di kuala krai.
Banjir sudah beberapa kawasan.
Kota Bharu masih tak terjejas.
Walau mendung dan hujan sekali sekala, rasanya tak banjir kot.
Nanti bila air dari hulu sungai turun kalau pun nak banjir, lambat lagi tu..
Banjir bagi penduduk bandar ni adalah pesta air.
Berebut rebut keluar ke tambatan diraja untuk tengok paras air sungai.
Kalau air masuk bandar, berduyun duyun la keluar celup kaki dalam air.
Memang macam tu dari dulu dulu lagi.
Pelik juga kan? Yang duduk kawasan tak banjir suka sgt kalu banjir nak main air.
Yang rumah tenggelam dan harta benda lain rosak tu mesti sentiasa doa agar tak banjir.
Mereka memang serik dengan banjir. Takut.
Penat lagi tu nak kemas rumah selepas banjir.
Kita doakan semoga banjir kalau pun berlaku tak lah sebesar mana.
Semoga kita dijauhi musibah banjir seperti tahun 2014 dulu.
Aaminn.....
Friday, December 17, 2021
Rezeki
Thursday, December 16, 2021
Pudar sudah pelangi
Makin ku simpan makin melukakan.
Hendak ku luah tak siapa kan faham.
Apa yang ku rasa
Apa yang mengganggu fikiran ku
Tuhan tolong lah aku
Aku perlu keluar dari belenggu rasa yang perit ini.
Aku mau bebas dari gangguan kekecewaan.
Memang aku takut pada satu kehilangan.
Tapi kuatkan aku untuk menghadapi nya kalau itu yg perlu aku hadapi.
Betul lah kata orang, jika boleh ku undurkan masa, aku ingin pilih semula siapa yang perlu aku kenali dan siapa yang perlu aku jauhi.
Berharap itu penat.
Wednesday, December 15, 2021
Meleret leret
Saya demam lagi hari ni
Tak pernah pernah demam meleret leret macam ni
Dah 2 minggu badan tak sihat.
Kejap sihat sikit kejap demam pulak.
Aisey, faktor penuaan agak nya
Sepapan panadol belum cukup.
Sebotol ubat batuk dah habis dihirup.
Ubat selsema tu dah macam candu..nak celik mata pun dah takleh..ngantuk memanjang.
Nasib baik bukan covid, syukur.
Tapi awak tau....Sakit2 pun makan pantang dihulur.
Laju jer mulut...kenyang jer perut.
Alhamdullilah selera masih ok.
Hari ni apa projek?
Apa lagi..Tido lah.
Gud nite.
Tuesday, December 14, 2021
Empat kaki
Sunday, December 12, 2021
Kita tak serupa
Aku setuju jika kau kata
aku tak reti berpuisi.
Betul lah tu.
Dulu aku budak aliran sains
Belajar biologi, belajar fizik.
Guru bahasa inggeris kerjaya ku,
sastera aku tak tahu.
Ayat ku adalah bahasa hati.
Terus menerus tanpa digilap diperhalusi.
Tulis apa saja yang melintas dalam kepala
Hanya suka suka.
Aku menulis dari remaja.
Cuma dulu aku menulis hanya
untuk ku ulang baca sendiri.
Ku kumpul setiap puisi ku,
ku simpan jadi makanan diari.
Bukan utk dikongsi.
Sekarang di media sosial jadi lapangan
Buat puisi puisi ku mendarat.
Beranikan diri dan kongsi saja
walau sedia tahu bahasa ku tenat.
Hari hari ku kongsi ilham yang tak seberapa.
Komen lah apa saja, semuanya ku terima.
Cuma pinta ku,
Jangan bandingkan aku dengan mereka
Aku hanyalah rumput yg tumpang berkongsi
tenaga suria dan suburnya bumi.
Rumput yang tumbuh melata.
Tak pernah cuba untuk menyaingi
tegaknya pohon pohon cengal dan
gagahnya meranti.
Terima kasih.
Ada juga yang sudi membaca puisi ku ini.
Hani 11Dis 2021
Saturday, December 11, 2021
Selepas subuh
Sabtu yang biasa biasa.
Saya dah semakin pulih dari selsema dan batuk.
Otak pun dah mula la duk pikir nak kemana hari ni.
Sebenarnya kerja2 tertangguh banyak yang perlu diberi keutamaan.
Tapi saya nak ikut kata hati bukan kata minda.
Nak rilek dulu hari ni.
Be cool...
Jadinya, hari ni hari makan dan rehat dan tidor.
Boleh ke macam tu?
Badan rehat tapi otak ni duk pikir pasal satu tajuk tu tak habis habis.
Duk pikir macam mana nak settle kan satu masaalah negara ni.
Dah...dah....malas fikir lah. KIV dulu.
So guys, have a very good day and stay safe ok.
Friday, December 10, 2021
Sampai hati awak tinggalkan saya.
Kalau nak cerita panjang sangat.
Tak larat nak mematuk keyboard.
Tapi nak kongsi juga cerita ni.
Ok saya cuba hadkan kata kata.
Macam ni.....
Setelah bertahun duk naik turun pejabat yang berkaitan, kelmarin selesailah segala yg tak selesai. Selesai cara saya, cara pilihan keluarga saya. Semoga tenang lah roh arwah di sana. Kami dah buat yang terbaik . Cuba sehabis boleh ikut apa yang arwah nak..InsyaAllah betul dah ni..Pusaka arwah sudah dibahagi mengikut kehendak arwah..Alhamdullilah.
Malam tadi...
Tidur saya terganggu dek mimpi.
Tiba tiba dia hadir dalam mimpi saya.
Dia pulang lihat rumah nya, lihat anak menantu dan cucu nya..
Dia lihat saya seorang balu yg dia tinggalkan. Dia tau saya sedang menangis dan dia pimpin saya ke meja makan. Dia hulurkan tisu untuk saya lapkan air mata.
Allah hu... Allah hu akhbar. Betul lah...Kehilangan dia adalah kehilangan tempat mengadu sewaktu hati sesak...Walau ada keluarga, ada kawan2, ada bumbung utk berteduh, ada lantai untuk berpijak, rezeki masih tak putus tapi saya kehilangan suara.Semenjak dia tiada, saya tercari cari telinga yg menadah segala yg keluar dari mulut saya. Malam tadi bila tgok dia berdiri di situ, saya menangis mcm budak kecik. Saya terjaga dari mimpi tapi masih terisak isak...Malas dah nak sambung menaip..... Nak sambung menangis lah.
Thursday, December 9, 2021
Esuk sambung lagi.
Wednesday, December 8, 2021
Dah nasib badan kannn..
Masih demam.
Masih hidung tersumbat
Masih rasa lesu
Masih nak rehat..
Tapi
Banyak nya yang tertunggak
Saratnya senarai benda perlu urus
Maka..
Nak tak nak
Larat ke tidak
Kena gagahi juga langkah.
Lain lah orang2 yang bertuah,
ada tempat bermanja boleh sakit lama lama
ada tempat mengadu boleh la nak rehat pagi sampai malam
ada tukangvsuruh boleh buat segala urusan.
Saya?
Saya tak nak nyusahkan orang lain, anak2 sekali pun
Kesian orang lain kena hadap tanggungjawap saya.
Selagi saya mampu melangkah, demam ke , uzur ke, saya nak buat sendiri.
Ok Hani, no manja2 k.
U are a strong woman, u can so it!
Tuesday, December 7, 2021
Monday, December 6, 2021
Redha
Demam.
Selsema.
Batuk.
Sakit2 habis badan.
Nak duk diam2 tidor saja.
Janji jangan positif covid dah!