Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, March 25, 2021

Tu pasal la org gelar TokNebe Kale Cepo


 Pasar tani Kale Cepo.

Khamis wajib ke sini.

Ada benda nak beli ke, tak ada apa nak beli ke, mesti jugak singgah.

Hobby...Hehe...

Singgah untuk jumpa mata. Suka suka buang masa dengan sengaja.

Tengok adik jual ayam gunting, berbalas senyum, cukup membahagiakan dah.

Happy.

Makcik jual solok lada dari jauh dah tanya nak berapa hari ni.

Regular customer kann...

Penjual ayam madu dah siap letak tepi bahagian yg saya suka. Dia tau saya pasti beli. Tq tolong simpan buat saya tanpa perlu booking.

Bila melewati gerai tudung, Si Nisah tokey tudung tarik tangan saya.." Nie, awak tau tak, betul lah cerita yang saya cakap hari tu...dah confirm dah". Lol! Sempat lagi membawang nih.

Apa apa lah janji aktiviti kita tak susahkan orang lain. Tak ganggu orang lain.

Duit kita, kaki kita, suka hati kita la kann..

Kadang2 jumpa org yg kita kenal, sapa menyapa sekejap.

Kadang2 jumpa orang yang minta derma, hulur jer lah sekadar termampu. Dia happy. Kita puas.

Awak tau tak kat pasar tani ada khemah barang reject.

My favorite place to browse.

Pernah ada kenalan lalu kot depan khemah tu dan menyapa..

" Wei Hani, wak gapo situ, tok malu ko org tgok? Meh la kita ke depan sana..."

Aik, knapa nak malu.? Bukan dia jual barang curi dan saya pun bukan nya nak free.

Jaga status? Kalau nak jaga status baik awal2 x yah dtg pasar tani.

Hai awak, saya ni hanya seorang ibu tua, nenek, tak ada gaji, tak ada tittle, serba kurang.

Dah sinonim lah pasar tani ni dengan gaya hidup saya ni.

Bagi yang tak tau, meh nak cakap...best tau kalau dah jejak kaki kat sini.

Rasa macam balik kampung, saling kenal....haha

" Cikgu, gi mana minggu lepas macam tak dtg kan?"

Laa...ada orang rindu ke..penjual air yg rindu kita pun cukup berbunga bunga dah hati ini.

Wahhh...famous jugak saya ni, Yb(yg bersara cgu tetap org panggil cgu tau) la katakan..

Jom, kita ke Pasar Tani Kale Cepo pagi ni, jommmm

TOK NEBE KALE CEPO




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...