Kata orang tuah ayam nampak di kaki,
tuah manusia tak siapa tahu.
Kelmarin hari bertuah saya, alhamdudillah.
Hari murah rezeki.
Dari pagi ada saja rezeki yang hadir ke riba.
Dimulai dengan kehadiran seorang sahabat membawa seplastik buah mangga.
Mangga manis, sedap.
Tak sampai se jam, bunyi loceng pagar.
Bila saya jenguk, terpacak anak saudara di situ.
" Chenin, pizza."
Alamak anak, ni sudah bagus ni..Tq tq tq.
Sewaktu saya nak ke kereta ambil barang yg tertinggal kebetulan ada tamu di pagar.
Saya ajak maduk tapi dia menolak, singgah nak hulur ni saja kata nya.
La..makanan lagi.
Kali ni lauk kegemaran saya untuk makan tengahari.
Sukanya tak payah masak hari ni, cukup masak nasi saja. Lauk dah mewah.
Lepas zohor saya ke kedai depan rumah nak beli keperluan sikit.
Langkah kanan saya hari ni.
Sehelai sejadah cantik dihulukan oleh orang yg tak saya kenali.
Buat solat terawikh kata nya, sedekah sempena nisfu Syaaban.
My God, suka nya. Pahala buat yg memberi.
Hati saya bunga bunga, sejadah saya peluk erat.
Last sekali, rezeki datang lagi..
Saya terpandang wassup...What??
Puan dijemput kemajlis Sayembara puisi tahunan.
Sajak saya dah di antalogikan dan akan diedarkan di majlis tu nanti.
Suka nyaaaaaaa.......
Alhamdullilah...
Begitu lah hidup ini,
dalam susah ada senang
Dalam susah ada senang.
Inna maal usri yusra...
1 comment:
Allahu Akbar! Tentu ada banyak kebaikan yang cikgu buat sehingga digantikan rezeki yang berganda2, Alhamdulillah...
Post a Comment