Nak cerita pasal jubah ni
Kain biasa biasa dengan renda di hujung lengan.
Bagi saya cantik sangat.
Tambah2 murah pulak tu.
Rm50
Murah kan?
Ini sehelai lagi yang saya beli dikedai yang sama.
Yang ni kena tambah extra rm5 sebab material nya lain sikit.
Alah, baru rm55.
Bukan apa nak cerita sikit. Bila saya beli jubah murah ada yang cakap saya kedekut. Nak pakai cari yang murah bukan nya dari kain yang selesa dan mahal. Duit simpan takleh bawak mati. Berkira.Aik? Suka hati saya lah. Bukan mintak duit awak pun kannn...Janji saya puas hati..Awak nak beli yang mahal beli lah dah awak mampu. Bagi saya keutamaan duit tidak pada baju/pakaian. Saya ni kalau bab makan memang saya tak berkira. Rela berhabisan untuk makan.Suka tgok anak cucu makan. Suka jamu orang jugak. Puas.
Tapi kalau nak beli baju memang saya berkira. Lagi murah lagi suka.. So what?
No comments:
Post a Comment